London: Ibu mithali sanggup berjuang dan melakukan apa sahaja buat anaknya walau terpaksa bergadai nyawa untuk meneruskan kehidupan. Semangat itu yang ditunjukkan pesakit kanser, Kathleen Osbourne, 28, dari Cambridgeshire, timur England apabila memutuskan untuk memotong sebelah kakinya demi menyelamatkan nyawa anak dikandung.
Kathleen menjalani pemeriksaan MRI dan ketika itulah dia mengetahui bahawa dia hamil empat bulan. Berikutan itu, doktor memberi pilihan sama ada untuk meneruskan kandungan atau memilih kakinya di mana di situlah kansernya merebak. Ini kerana, sekiranya dia meneruskan kehamilan, dia tidak boleh menjalani kimoterapi, kecuali memilih untuk mengorbankan kakinya.
Maka, Kathleen memilih untuk mengorbankan kakinya bagi menghalang kanser terus merebak. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT