CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terima Kasih Kerajaan Setuju Cadangan Ke-3 Daripada 20 - Ahmad Maslan

15-9-2021 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2045| Komen: 1

Datuk Seri Ahmad Maslan menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju dengan salah satu cadangannya untuk melakukan transformasi Parlimen.

Cadangan itu mewujudkan seorang lagi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat menjadikan jumlah jawatan itu kepada tiga orang yang dikhususkan untuk wakil pembangkang.



Kredit foto:


Sementara itu, timbul spekulasi lain mengenai penangguhan pemilihan Timbalan Speaker yang sepatutnya diadakan hari ini.

Veteran UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, sehari selepas Memorandum Persafahaman Kerajaan-PH (Pakatan Harapan) dimeterai, suhu politik kembali panas.

Pemilihan Timbalan Speaker terpaksa tangguh.

Beliau difahamkan, ahli-ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan 4 ahli Parlimen bebas menolak pencalonan Ahmad sebagai calon kerajaan.

"Sudah tentu pihak yang berdendam terhadap Ahmad Maslan menjadi dalangnya. Dan sudah tentu kluster mahkamah dijadikan alasan.


"Kenapa double standard? Memorandum yang dimeterai melibatkan DAP. Apakah Lim Guan Eng bukan kluster mahkamah? Dia naik atas pentas mewakili DAP semalam," dakwa beliau.

Tambahnya, disebabkan bimbang Nga Kor Meng calon DAP menang percuma, kerajaan didakwa meminta ehsan PH supaya bersetuju mengeluarkan agenda memilih Tiimbalan Speaker daripada senarai aturan Parlimen hari ini.

Susulan itu, pindaan Perlembagaan akan dibuat untuk menambah jawatan Timbalan Speaker kepada tiga orang.




Satu darinya akan diberi pada DAP jika sokong pindaan itu.

”Bermakna ada tambahan item baru dalam memorandum persafahaman kerajaan-PH. Politiking berterusan.

”Semoga Perdana Menteri tidak membiarkan dirinya nampak lemah dan mudah ditekan. Membimbangkan, sampai tahap pinda perlembagaan,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iman_kasih 15-9-2021 03:57 PM
Takut sangat dgn nga tu dah pasal apa? Elok je kot masa jadi timb speaker. Nak jgk naikkan mat maslan ni. Ingatkan dh ada kerjasama dh boleh tolerate rupanya nak laba ke puak depa je.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.241729 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top