Langkah-langkah pencegahan sewajarnya telah dilakukan pihak pengurusan Rumah Orang-orang Tua Simee di sini termasuk kerja-kerja pembersihan berikutan kes jangkitan positif Covid-19 melibatkan 26 orang penghuninya.
Rumah jagaan tersebut menempatkan kira-kira 43 orang penghuni warga emas yang berusia antara 65 hingga 80 tahun. Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh berkata, jangkitan bermula apabila dua orang penghuninya demam Rabu lalu dan ujian saringan yang dilakukan kemudian mendapati salah seorang daripada mereka positif Covid-19. Menurut beliau, susulan itu ujian saringan dilakukan oleh pihak pengurusan rumah berkenaan dan mengesan 14 penghuninya positif lalu dikenakan kuarantin manakala kerja-kerja disinfeksi dilakukan. “Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy telah menghubungi pihak Jabatan Kesihatan Daerah (JKD) Kinta pada Khamis bagi menjalankan ujian saringan lanjut pada 14 penghuni tadi.
“Hasil saringan itu, seramai 10 penghuni telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi rawatan lanjut manakala empat yang lain terus menjalani kuarantin di rumah berkenaan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook. Ujian saringan yang dijalankan oleh pihak JKD Kinta terhadap penghuni lain dan petugas rumah kebajikan itu mendapati kesemuanya negatif Covid-19. Bagaimanapun, 10 lagi penghuni dikesan positif pada Sabtu lalu. Kata Kah Woh, dua daripada penghuni yang dirawat di HRPB kini telah dibenarkan keluar setelah keadaan mereka pulih manakala yang lain dirawat termasuk di Hospital Sungai Siput. “Kejadian jangkitan ini mengejutkan memandangkan rumah kebajikan ini tidak menerima pelawat sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan tahun lalu. “Buat masa ini tiada lagi kes positif dikesan dan kita akan memantau situasi dari semasa ke semasa,” ujarnya. Sumber: K! ONLINE |
Artemesiaa replied at 20-9-2021 04:36 PM
Pasti jangkitan dari pekerja rumah tu tak pun pekerja penghantar barangan keperluan mereka.
manzilla replied at 20-9-2021 04:42 PM
Tidak mungkin pekerja. Kesemuanya sudah selamat dicucuk. Salahkan kucing jiran.
Artemesiaa replied at 20-9-2021 04:47 PM
Dah cucuk bukan jaminan tak boleh menjakiti orang lain hanya ramai yang tak tahu mengenainya.
ADVERTISEMENT