Kerap minum minuman tenaga setiap hari menyebabkan seorang gadis di Switzerland dimasukkan ke hospital selepas pengsan di sekolah kerana menderita sakit jantung. Gadis berusia 17 tahun itu, Mascha K dilaporkan minum 12 tin minuman tenaga setiap hari ketika dia mula bekerja, lapor Daily Star.
"Ia bermula dengan sebatang rokok dan minuman tenaga setiap pagi, kemudian sewaktu rehat, selepas bekerja dan pada waktu petang ketika bersama rakan-rakan sekerja," kata Mascha. Mascha mendakwa dia telah mengurangkan jumlah pengambilan minuman itu kepada satu atau dua tin sehari tetapi mengakui dia akan berasa kurang bersemangat jika tidak minum minuman tersebut. "Anda hanya menyedari anda minum terlalu banyak ketika ia sudah terlambat," ujarnya. Pada 15 September lalu, Mascha yang bekerja sebagai perantis sektor kesihatan pengsan lalu rakannya terpaksa menghubungi teksi dan membawa gadis itu ke hospital. Doktor menasihati Mascha agar mengurangkan pengambilan minuman tersebut dan kesihatannya mungkin terjejas semula sekiranya masih 'berdegil'. Sewaktu dirawat di hospital, Mascha memuat naik klip video di Tiktok bersama-sama gambar minuman tenaga dengan kapsyen berbunyi, "Jangan minum terlalu banyak." Sumber: mStar
|
umbut replied at 29-9-2021 01:54 AM
Red bull tu byk gula oooiii. Rosak badan. Nak tenaga minum kopi segelas cukup
umbut replied at 29-9-2021 09:54 AM
Red bull tu byk gula oooiii. Rosak badan. Nak tenaga minum kopi segelas cukup
gigahertz replied at 29-9-2021 11:12 AM
I pernah buat gini. minum tongkat ali power root.Bos i Cina. nampak i minum bende tu. dia masakkan ...
kakikuDibibirmu replied at 29-9-2021 11:17 AM
Kuat lah pulopppppp
ADVERTISEMENT