Drama Korea Squid Game berada di landasan tepat untuk menjadi kandungan paling popular di Netflix ketika ini. Bagaimanapun, drama siri mengandungi sembilan episod itu dijangka tidak akan disambung lagi selepas ini kerana penulis dan pengarahnya, Hwang Dong-hyuk berkata, dia tidak bersedia dari segi mental untuk mencipta sekuel drama berkenaan.
Hwang yang terkenal sebagai pengarah bagi filem hebat seperti My Father (2007) dan Silenced (2011) berkata, dia mengambil masa enam bulan untuk menulis dan menulis semula dua episod pertama Squid Game. Katanya dalam satu temu bual dengan majalah Variety, dia tiada perancangan kukuh untuk Squid Game 2.
“Memikirkan tentangnya sahaja, sudah cukup memenatkan. “Tetapi, sekiranya saya mahu melakukannya, pastinya saya tidak akan melakukannya seorang diri. Saya akan mempertimbangkan untuk menggunakan ruang penulis dan beberapa pengarah berpengalaman untuk menjayakannya,” katanya. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Netflix, Ted Sarandos berkata, Squid Game mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi kandungan paling popular yang dimiliki platform penstriman atas talian itu. Ketika ini, Squid Game adalah kandungan bukan berbahasa Inggeris paling popular di dunia mengalahkan siri aksi jenayah Sepanyol, Money Heist dan siri dari Perancis, Lupin. Sumber: MalaysiaGazette
|
KamikuP replied at 1-10-2021 04:33 PM
jADI SAPA yg menang meolls tak tengok lagi.. takpe citer je sini me dont mind
KamikuP replied at 1-10-2021 04:33 PM
jADI SAPA yg menang meolls tak tengok lagi.. takpe citer je sini me dont mind
uori replied at 1-10-2021 07:55 PM
meh aku cite. peserta 456 menang tapi dia tak belanja duit tu, sanggup hidup macam gelandangan. bi ...
sambaldurian: overhype sgt la. ak tgk gitu2 je fast forward. x sesuai dgn jiwa ak. sbb dia hukum org yg salah dia x salah besar mana (mcm Ali, yg lain tu jenis huta ...
nakkomenjugak replied at 2-10-2021 04:57 AM
Iol tunggu bila demam SK ni nak dies down...
Tapi iol rasa demam SK ni paling lama
Dari zaman Wint ...
ADVERTISEMENT