Isu bayaran rendah dan tidak setimpal kepada pelakon senior bukan perkara baharu dalam industri hiburan tempatan. Walaupun ramai yang bersuara tentang wujudnya diskriminasi perbezaan bayaran antara pelakon veteran dan baharu, namun ada juga yang memilih untuk hanya berdiam diri.
Bagi aktor senior seperti Faizal Hussein, 54, dia berpendapat seseorang anak seni itu harus menjaga maruah dan kredibiliti sebagai pelakon tanpa perlu menghebahkan kepada umum tentang nilai sesuatu kerja yang ditawarkan. "Sebenarnya andai seseorang pelakon tu ditawarkan bayaran murah dan dia tak nak buat, dia tak perlu bercakap dekat sosial media atau khalayak ramai. Kita tak seharusnya beritahu orang kita dibayar murah.
"Saya pernah di blacklist oleh stesen televisyen selama 20 tahun, perkara tu memang dah biasa. Ketika di peringkat tu saya tak pernah pun beritahu akhbar (wartawan) yang saya tak ada job dengan stesen berkenaan. "Hakikatnya kalau saya di blacklist oleh stesen itu, bukan bermaksud saya tak laku dekat stesen lain. Stesen lain menghargai saya dan saya percaya rezeki tu ada di mana-mana,” katanya.
|
Mawar91 replied at 5-10-2021 10:19 AM
Heols pernah kne blacklist Ngan stsen tv mne tu?tpi heols rase mcm x pernah dengar ade buat masalah ...
sunshinelady replied at 5-10-2021 10:47 AM
haaa stesen mana tu ye? & time bila tu? tak pernah dengar pulak.
Mawar91 replied at 5-10-2021 10:19 AM
Heols pernah kne blacklist Ngan stsen tv mne tu?tpi heols rase mcm x pernah dengar ade buat masalah ...
Mawar91 replied at 5-10-2021 11:08 AM
Tula meols agak thun 2010 - an kot Sebb nmpk mcm heols kurg berlakon.mcm pernah terbaca kat IG sep ...
KamikuP replied at 5-10-2021 11:20 AM
OT jap, tokpit dah lama tak update kat ig. Meolls dm pun x berjawab. Ok ke dia?
Pak.dolla replied at 5-10-2021 11:33 AM
Dia ni yg tak mau berlakon watak bapak..anak dah besar kan? Eizlan lg muda dia ni..ok je pegang wata ...
TeropongThaico replied at 5-10-2021 12:00 PM
Dia belakon best. Antara yg nampak real. Ai minat sgt. Kontroversi pun takde..
Sayang dulu kena gam ...
Pak.dolla replied at 5-10-2021 11:33 AM
Dia ni yg tak mau berlakon watak bapak..anak dah besar kan? Eizlan lg muda dia ni..ok je pegang wata ...
ADVERTISEMENT