Seorang pengawal keselamatan dipercayai hilang ketika melakukan rondaan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Ladang Ulu Remis, Layang-Layang, Kluang petang kelmarin. Mangsa, Muhammad Shahrizuan Pairon, 22, dilaporkan hilang oleh pengurus ladang di tempatnya bekerja pada pukul 12.15 pagi semalam selepas majikan tidak menjumpainya.
Bapa saudara mangsa, Adanan Baharudin, 61, berkata, anak saudaranya itu sempat melaporkan berlaku kes kecurian buah sawit pada pukul 7.22 petang kelmarin yang dihantar ke kumpulan WhatsApp tempat kerjanya. “Rakan sekerja Muhammad Shahrizuan mendapati pagar di ladang berkenaan dipecahkan, tetapi, palangnya dalam keadaan bertutup. “Mereka mencari anak saudara saya, namun tidak menjumpainya termasuk motosikal Honda Wave yang dinaikinya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, kejadian berkenaan terus dilaporkan ke pihak majikan mereka dan usaha mencari Muhammad Shahrizuan dijalankan selepas itu hingggalah dihentikan sementara pada 3 pagi semalam. “Percubaan menghubungi telefon bimbitnya tidak berjaya dan usaha mencarinya kemudian disertai polis selain polis bantuan,” katanya. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit. Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai berhampiran. Sumber: UTUSAN ONLINE
|
Artemesiaa replied at 5-10-2021 02:46 PM
Kena pukau ke kena hentak sampai tak sedar apa yang dah jadi
ADVERTISEMENT