Polis menahan lelaki dipercayai mengalami tekanan perasaan selepas didapati mengamuk dengan melibas sebilah parang kepada orang awam di dalam sebuah bangunan di Jalan Hospital, Kota Bharu, semalam.
Tindakan agresif suspek berusia 55 tahun dan berasal dari Bachok itu berjaya dihentikan selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyembur pancutan air pada pukul 12 tengah hari. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kejadian disedari orang awam selepas melihat suspek melibas sebilah parang. Menurutnya, orang awam yang bimbang menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya. “Semburan air bomba itu berjaya menghentikan suspek daripada terus mengamuk di situ, namun lelaki tersebut mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri akibat terkena pancutan air.
“Suspek kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya. Sumber: Kosmo
|
edayildiz replied at 7-10-2021 08:39 PM
sskjp lg..awat tertekan tu?sbb ank2 xblh balik kg ke?
mmg covid ni buat ramai jd mental x ok la..
...
JohnyEnglish replied at 7-10-2021 08:51 PM
Aku rs pakcik tu ngamuk psl x leh rentas negeri.mgkn dia nk pgi KL takpun Hadyai
squeeze replied at 8-10-2021 09:16 AM
mmg polis malaysia xde taser gun ke??
squeeze replied at 8-10-2021 09:16 AM
mmg polis malaysia xde taser gun ke??
supernaturalee replied at 8-10-2021 09:20 AM
maybe they need a lightsaber
Mini.Me replied at 8-10-2021 09:32 AM
Kannn...atleast kalo 3org polis meronda, sorg kena la ade taser gun tu...berguna tuk kes2 mcm ni.. ...
squeeze replied at 8-10-2021 09:51 AM
lepas tu uniform polis tukar dgn uniform stormtrooper
ADVERTISEMENT