Pihak produksi sebuah filem menyatakan mereka tidak bertanggungjawab dengan penahanan Niezam Zaidi dan kru. Ini disebabkan apa yang mereka lakukan itu adalah kesalahan bersifat peribadi.
Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri berkata, pembikinan telefilem berkenaan yang diadakan di Kuala Kangsar sebenarnya sudah berakhir pada Sabtu lalu dan mereka sepatutnya pulang untuk menyambung penggambaran di Kuala Lumpur, melainkan Niezam yang telah tamat tugasnya. "Sepatutnya mereka dah selesai penggambaran dengan kami dan boleh pulang tapi mereka memilih untuk terus berada di homestay," katanya kepada mStar.
Syafiqa menambah, pihak produksi memandang serius kejadian itu dan telah mengambil tindakan drastik untuk menggantikan pengarah dan penolng pengarah bagi menyelesaikan baki beberapa babak.
|
ADVERTISEMENT