CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perkarangan Pwtc Kembali Ceria Dan Meriah

2-12-2013 03:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11183| Komen: 74

KUALA LUMPUR: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menjadi lokasi Perhimpunan Agung UMNO 2013 bertambah rancak dengan pelbagai aktiviti dan kehadiran orang ramai yang bertali-arus, membangkitkan semangat menjelang pertemuan terbesar parti Melayu itu, esok.

Momentum perhimpunan yang bermula semalam dengan Persidangan Mahasiswa Nasional Negara semakin meningkat dengan kehadiran peminat politik dari dalam dan luar negara untuk menyertai Forum Antarabangsa 2013 yang bermula hari ini.      

Forum dua hari bertajuk 'Kesederhanaan Politik Ke Arah Keamanan dan Kestabilan itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Tun Hussein Onn hari ini.      
      
      
Forum itu menarik penyertaan tokoh politik terkemuka dunia termasuk pemimpin Hamas, Khalid Meshaal selain calon Presiden Indonesia mewakili Parti Golkar, Aburizal Bakrie dan bekas Naib Presiden Kenya, Stephen Kalonzo Musyoka.

Selain itu, buat pertama kalinya Singapura akan menghantar pemimpin bertaraf menteri dari People Action Party (PAP) dan penyertaan sulung Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y Yun.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata penyertaan delegasi asing dalam forum itu bagi bertukar-tukar fikiran dengan ahli UMNO serta pemerhati luar negara lain, menjadikan parti itu sebagai landasan untuk mengukuhkan hubungan parti politik global.

Dalam pada itu, kawasan sekitar PWTC yang mempunyai keluasan lebih 160,000 meter persegi dengan lebih 240,000 meter persegi ruang pameran, bertukar wajah, apabila warna merah dan putih, iaitu warna rasmi UMNO mendominasi kebanyakan ruang bangunan adalah antara mercu tanda di ibu negara.      
Apa yang pasti, PWTC sudah bersedia untuk menyambut kehadiran ribuan pengunjung, termasuk seramai 5,726 ahli perwakilan UMNO dari seluruh negara yang dijadual menghadiri perhimpunan yang akan berlangsung sehingga Sabtu ini.
                            


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PEPPERMAN 2-12-2013 11:58 AM
tak sabar nak tengok gambar pakcik makcik cembeng2 menangisi perjuangan bangsa
Quote OmJualGas 2-12-2013 11:59 AM
sarkas datang lagi, meriah ehh....
Quote R2D2 2-12-2013 12:00 PM
PEPPERMAN posted on 2-12-2013 11:58 AM
tak sabar nak tengok gambar pakcik makcik cembeng2 menangisi perjuangan bangsa

tangisan mereka tak sia-sia
dpt gelaran Datuk lagi
ingatkan gelaran tu pasal jasa menangis

Quote gaara_X 2-12-2013 12:00 PM
leh laa beli barang baik....
Quote R2D2 2-12-2013 12:01 PM
tahun sebelum tu hangat pasal pertahankan saiz bra..
Quote slippergombak 2-12-2013 12:02 PM
wahhh...... dah nak bermula penganut2 agama UMNO dengan acara menangis, meratap beramai2 sambil menyanyi macam dalam gospel meratapi kematian jesus dah nak bermula laa....


Quote ctcham 2-12-2013 12:03 PM
nanti ada tak makcik-pakcik yang nages-nanges???
Quote R2D2 2-12-2013 12:04 PM
slippergombak posted on 2-12-2013 12:02 PM
wahhh...... dah nak bermula penganut2 agama UMNO dengan acara menangis, meratap beramai2 sambil meny ...

menangis pasal malaysia masih aman
ke pasal tanah melayu byk tergadai?

Quote R2D2 2-12-2013 12:04 PM
ctcham posted on 2-12-2013 12:03 PM
nanti ada tak makcik-pakcik yang nages-nanges???

tu acara wajib

Quote mrshisham 2-12-2013 12:05 PM
dan mase nilah keje laki aku mkin bertambah..kne stenbai kt sane dlm 4 ari...
Quote sjnkishka 2-12-2013 12:09 PM
nanti banyakla gambar2 prank terbaru utk digunakan smp tahun depan
Quote slippergombak 2-12-2013 12:10 PM
R2D2 posted on 2-12-2013 12:04 PM
menangis pasal malaysia masih aman
ke pasal tanah melayu byk tergadai?

menangis laa sebab sendiri yg gadaia tanah org melayu dan tanah negara... sendiri menangis2 marah cina DAP... padahal DAP takpernah tadbir negara pun dan tak pernah rembat walau seinci tanah negara.. yg rembat melayu UMNO gadai pada cina MCA, GERAKAN dan cina seingapore .
Quote ctcham 2-12-2013 12:11 PM
R2D2 posted on 2-12-2013 12:04 PM
tu acara wajib

nanti ada la yg akan dapat datuk datin plak...
Quote chaintea 2-12-2013 12:12 PM
tggu info dr member
mak nya aktif Wanita kawasan Ampang (Cempaka)




Quote slippergombak 2-12-2013 12:12 PM
mrshisham posted on 2-12-2013 12:05 PM
dan mase nilah keje laki aku mkin bertambah..kne stenbai kt sane dlm 4 ari...

laki ko orang UMNo atau keje ajer menjalankan tanggungjawab.. tapi geli ngan UMNO...
Quote zuraidah1 2-12-2013 12:15 PM
seminggu aku dpt suat kabo free....
Quote gogo2 2-12-2013 12:18 PM
acara utk tunjuk Melayu tertindas.
Quote nebulagazer 2-12-2013 12:19 PM
Abihla ayaq idung leleh sane sini..kalah ciskek leleh ....yarkkk
Quote the_killer 2-12-2013 12:20 PM
ADA LIVE KE?

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.100692 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top