CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Finas Lulus Filem Merepek, Tak Bermutu

3-12-2013 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15095| Komen: 140

Mutu sajian filem dan drama di TV menjadi tumpuan dua MP BN yang menyifatkan bahan tersebut sebagai “merepek” dan “tidak bermutu”.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata beliau memerhatikan bahawa tema filem yang diluluskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu hanya berkisar kepada jenaka, cinta, hasad dengki, pembunuhan atau samseng.

"Eh, takkan itu budaya kita. Takkan Finas, (fikir) itu budaya kita. Cerita bunuh, samseng. Tak ada cerita kita, kalau kita tengok, filem Eropah (ada) yang menekankan aspek digital, menekan perjuangan.

"Contohnya, filem Amerika mengisahkan pembunuhan bekas presiden John F Kennedy, Abraham Lincoln. Ini yang kita nak tengok.

"Kita nak tengok (filem) pembunuhan JWW Birch, mungkin kita nak tengok (filem) kehebatan Mat Kilau. Inilah lah kita tengok, kalau Finas nak bagi bantuan, bagilah filem macam ni. Ini bagi filem, anak kita merepek, terus merepek," katanya.

Beliau berkata membahas rang undang-undang perbekala peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Penerangan Komunikasi, dan Multimedia di parlimen lewat petang semalam.


Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) menyokong kritikan Azalina dan berkata drama yang disarkan di TV juga "tidak ada mutu langsung".

"Kita tengok cerita cinta, cerita hantu... habis semua hantu keluar. Ini tahyul, kalau mengikut ajaran agama, tidak (digalakkan)," katanya.

Katanya, kerajaan sepatutnya memperbanyakkan drama seperti Gerak Khas yang dapat membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.

Mengulaskritikan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Chik mengakui industri perfileman negara masih "belum ditahap membanggakan".

Tak mampu bersaing

Katanya, pihaknya tidak mampu untuk bersaing industri perfileman di Hollywood berdasarkan kekangan jumlah bajet RM56 juta kepada kementeriannya yang diperuntukkan.

Dengan memberi contoh, Ahmad Shabery filem seram 'The Conjuring' arahan pengarah kelahiran Sarawak James Wang yang menghasil filem berharga USD 40 juta dolar yang dianggap kos paling rendah di sana.

"Berdasarkan populariti atau trend pasaran (di sana), cerita ngeri lagi takut, lagi orang nak pergi tengok, kalau kurang, orang tak pergi tengok.

"Filem (itu) kos rendah tapi impaknya besar. (Dihasilkan) dengan USD40 juta. Jadi peruntukan RM56 juta kita nak keluar 70 filem... Betul filem tidak semestinya mahal, tapi dengan RM1 juta, tidak ke mana," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery yang juga ahli parlimen Kemaman berkata pihak kerajaan tidak ada masalah dan boleh membantu penggiat filem tempatan termasuk sistem penjanaan imej berkomputer (CGI).

Menurutnya lagi, pihaknya juga menjelaskan kepada produksi bahawa filem bercorak kenegaraan "tidak ada nilai komersial" yang tinggi tetapi ia penting untuk didokumentasikan.

"Filem yang berjaya tidak semstinya dilihat dari sudut pulangan," katanya sambil menambah produksi negara maju tidak bergantung kepada kerajaan untuk mengadakan projek dengan mendapatkan palaburan daripada pihak swasta.

Ahmad Shabery berkata pihaknya juga menasihatkan kepada produksi drama atau filem supaya tidak terlalu mengharapkan bajet yang tinggi daripada syarikat TV kerajaan swasta atau kerajaan untuk menyiarkan hasil mereka.

Produksi berkenaan lebih perlu berfikiran jauh dengan memasarkan hasil mereka ke peringkat antarabangsa, katanya.

"Modal yang diberikan dijadikan modal untuk terbitan diluar negara. Buat untuk dalaman tapi dieksport luar," katanya sambil menambah negara Arab berminat untuk menyiarkan hasil dokumentari dan animasi daripada Malaysia.

10

Bagus
28

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 3-12-2013 01:12 PM
cite tv pulok , sket2 kawen pakse..
cite filim, pelakon dia tu aje la...
kekadang aku rasa cm dh tengok rupanya cite lain tapi pelakon sama
Quote sahamboi 3-12-2013 01:14 PM
Kalau nak sponsor besar buat cerita sultan johor. Dia tengah banyak duit tu...
Quote Al-Patih 3-12-2013 01:33 PM
meke bercakap ...sesama sendiri ..tak kemana ....
Quote MissMamamia75 3-12-2013 01:34 PM
sokong....
kalu byk komen bernas mcm ni dr Pak Menteri..
maka sejahtera lah Malaysia ku yg tercinta..
Quote BotakChinPeng 3-12-2013 02:16 PM
Memang ar

Penerbit filem tempatan hampir semuanya adalah lembu bawah tempurung
Quote namirulmukminin 3-12-2013 02:29 PM
BotakChinPeng posted on 3-12-2013 02:16 PM
Memang ar

Penerbit filem tempatan hampir semuanya adalah lembu bawah tempurung

Ini lagi tak logik daripada citer hantu... Lembu mana muat nak duk bawah tempurung..
Quote mybluegetz 3-12-2013 02:45 PM
Klu bukak drama kat tv rase rimas jer

klu tgk filem pon asyik bergaduh jer

tp mmg aku tak tgk pon wyg citer melayu

masa kecik tggu jugk hari raya nk tgk muvi thn lps

tp skrg tak lyn langsung

tggu citer mcm transformers,hobbit,fast and furious dll

so penggiat filem local cuma tahu jln cpt dgn citer hantu jer

ditambah dgn ppuan melayu mmg ske citer hantu, dan hantu itu sendiri byk ppuan haha

bila nk ade revolusi nih...
Quote beatgirlX 3-12-2013 02:47 PM
citer ULAR tu gamaknya macamana ek?
Quote axl_bach 3-12-2013 02:50 PM
pertama kalo aku tgk ada puak2 dok puji citer keluaran di David Teo tu,"Stadng Mung Tunggung Akung Datangng".....yg tu x termasuk kot dlm filem merepek x bermutu nih,heheheheh
Quote nuc 3-12-2013 02:51 PM
harap kjaan hapuskan lambakan drama2 dan filem dr luar yg ceritanya sgt merepek...cth trdekat drama indon
Quote dino 3-12-2013 02:57 PM
nuc posted on 3-12-2013 02:51 PM
harap kjaan hapuskan lambakan drama2 dan filem dr luar yg ceritanya sgt merepek...cth trdekat drama  ...

tak tahu plak finas hanya bleh luluskan pilem bermutu..... mcm kite suruh gomen sekat peniaga yg jual makanan tak sedap n mahal.... dah ade yg beli...... klau nak kata finas hanya bg dana pd filem yg ade kualiti ok gak la...... bkn mcm vikingdom tuh...... wadrobe lip lap mcm baju org 3 suku....
Quote Leonarzi 3-12-2013 03:03 PM
Drama tv lately byk kisah kawen paksa...choiii
Quote mziskandar 3-12-2013 03:07 PM
citer melayu bersiri akan dtg..

..mengisahkan anak pompuan sebuah keluarga vip kaya jatuh cinta ngan anak pembantu rumah. tanpa pengetahuan vip tersebut, anak pembantu rumah itu adalah anak angkat yg dijumpai dalam sebuah bangsal kuda dalam kapsul bersama sepasang baju ada tulis urup 's' dalam bentuk daimen. yang menghairankan, bagaimanakah vip tersebut boleh menjadi kaya raya selepas menjadi ahli politik?

nantikan kesudahannya...
Quote BotakChinPeng 3-12-2013 06:05 PM
namirulmukminin posted on 3-12-2013 02:29 PM
Ini lagi tak logik daripada citer hantu... Lembu mana muat nak duk bawah tempurung..

Maksud "lembu bawah tempurung" adalah bodoh serta tidak ada pengetahuan langsung tentang keadaan sebenar di luar alam PPRT mereka

Quote jengkoil 3-12-2013 06:10 PM
mziskandar posted on 3-12-2013 03:07 PM
citer melayu bersiri akan dtg..

..mengisahkan anak pompuan sebuah keluarga vip kaya jatuh cinta n ...

Kat slot mana ni? tibi brp ni?
Uhhhhh...tak sabonye akakkkkkk
Quote salimrock 3-12-2013 06:24 PM
axl_bach posted on 3-12-2013 02:50 PM
pertama kalo aku tgk ada puak2 dok puji citer keluaran di David Teo tu,"Stadng Mung Tunggung Akung D ...

ustad apa hukum kalo saya tgk cerita ni yg cetak rompak punya?

yg download punya? halal ke harom ustad?

Quote salimrock 3-12-2013 06:25 PM
watak hero ccerita cinta harus lah seorang CEO syakt yg maju...
Quote mziskandar 3-12-2013 06:34 PM
salimrock posted on 3-12-2013 06:25 PM
watak hero ccerita cinta harus lah seorang CEO syakt yg maju...

ntah.. cuba buat lain sket drpd kebiasaan.. contoh sprt:
  • kakitangan jpj/dbkl/etc yg jaga kaunter
  • pembantu am
  • agen insuran
  • ahli mlm
  • keje call center
...etc

Quote famri7 3-12-2013 06:40 PM
Cerita mulayu .suma hero jambu stok bangla.....pompuan suma mekap pancake...gigih scenes golongan koporoat n mak kaya2 nasihatkan anak kahwin.....boring babi ya ummah mulayu....

P/s !aku nk gila tgk crita neelopar survival dlm hutan..comot2 darah2....perang2..wah heaven.plus no makeup on..kompem menang award lah kalo ado..

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046154 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top