CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menu Belangkas Di Johor

16-12-2013 11:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21438| Komen: 151

 
Effa menunjukkan pilihan belangkas segar.                                                                                                                                   

                        
BAGI peminat masakan kampung dan makanan laut, pastinya tidak rugi untuk mencuba hidangan di gerai Citarasa D’Nazril yang terletak berdekatan Pusat Latihan Akli atau kira-kira empat kilometer dari bandar Kota Tinggi.
       
Gerai yang popular dengan masakan belangkas itu juga sering menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk dalam kawasan ini, malah luar daripada daerah ini.
       
Pemiliknya, Effa Adriana Samsuri, 22, berkata, gerai tersebut mula beroperasi pada Jun lalu dimana Citarasa D’Nazril memiliki keistimewaan sendiri dengan mengutamakan hidangan masakan tradisional Melayu sebagai menu utama.
       
Menurut Effa, gerainya beroperasi tujuh hari seminggu dan dibuka pada jam 6 pagi hingga 3 petang bermula dengan hidangan sarapan pagi sehinggalah makan tengah hari.
       
“Antara masakan yang amat digemari pengunjung ialah belangkas masak masak cili, siput sedut masak lemak cili api, sotong bunting masak lemak dan lada hitam.
       
“Hidangan tersebut sering menjadi daya tarikan para pengunjung yang ke mari dan paling laris di sini. Apa yang penting, kami sentiasa mengutamakan keselesaan pelanggan melalui layanan mesra dan hidangan yang segar," katanya.
       
Effa memberitahu, selain tiga jenis masakan utama tersebut, pihaknya turut menghidangkan masakan asam pedas mayung, sembilang, keli, ikan duri, ketam dan beberapa jenis masakan lain.
       
“Sebagai gandingan kami turut menyediakan sayur-sayuran kampung seperti pucuk paku, pucuk ubi, pucuk labu, sayur keladi, nangka muda dan betik, di samping ulam-ulaman.
       
Bagi menu sarapan pagi pula, kami menyediakan nasi lemak, mi goreng, lontong dan pelbagai lagi," katanya.
       
Dia yang dibantu ibu saudara dan tiga adik beradiknya berkata, gerainya sesuai buat mereka yang ingin mencari kelainan dan jemu dengan menu harian.
       
Menceritakan pengalamannya ketika mula membuka gerai itu katanya, dia bermula dengan bermodalkan RM200.
       
Effa berkata, nama Citarasa D’Nazril juga diambil sempena nama anaknya, Mohd Nazril, 2, hasil perkongsian hidup bersama suaminya Abdul Nasir Mohamed, 30.
       
Menurutnya, pada awalnya, gerai tersebut beroperasi pada waktu malam, bagaimanapun kurang mendapat sambutan.
       
“Alhamdulillah setelah diubah kepada makan pagi dan tengah hari, sambutan diterima amat menggalakkan dimana pelanggan suka dengan kira-kira 30 juadah tempatan yang kami sediakan di sini.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote the_killer 16-12-2013 11:09 AM
ummah melayu ada makan ni ka? setau aku ummah jawa,bugis dan boyan kan makan benda ni?
Quote gaara_X 16-12-2013 11:22 AM
boyan and jawa makan pelik sket....
Quote magnus 16-12-2013 11:24 AM
Kawan ai org melaka makan belangkas ni....takutle rupanya mcm predator
Quote mak_wa95 16-12-2013 11:26 AM
iklan makan..
Quote haryatie 16-12-2013 11:29 AM
boleh makan ke benda alah ni..
da la rupa nyer menakutkan
x tergamak nak makan..
Quote taikor 16-12-2013 11:30 AM
Belangkas ni dinasor hidup kan? Dah wujud berjuta tahun lalu.

Patutnya spesis macam ni dilindung sama seperti penyu kat Terengganu. Tak banyak tempat yg ada. Malaysia salah satu yg ada
Quote perang_candu 16-12-2013 11:36 AM
aku rasa yang bule dimakan telurnya kut.. lain mana ada isi pon...

Kat kota tinggi ada satu kedai lagi famous iaitu belangkas Mahkota.. Kedai kesukaan Soltan Ibrahim.
Quote azrain98 16-12-2013 11:39 AM
haryatie posted on 16-12-2013 11:29 AM
boleh makan ke benda alah ni..
da la rupa nyer menakutkan
x tergamak nak makan..

tk silap makan telur dia je...korek2 sikit dalam tu ada telur pastu makanggggg ok la taste dia aku dah rasa
Quote rospinki 16-12-2013 11:39 AM
bau belangkas dibakar kuat sangat...aku igt dulu masa lepak2 kat chenang, kawan kutip belangkas yg terdampar kt pantai pastu diorg bakar...eeuuuwww...busuknya bau..lintang pukang aku lari menyelamatkan diri dari keracunan bau dia..
Quote namirulmukminin 16-12-2013 11:40 AM
Orang melayu (bugis jawa) tau makan je bend alah ni... Kat negara luar, depa komersialkan utk perubatan... Darah benda alah ni warna biru, memang sangat bernilai untuk industri perubatan... Benda alah ni tak dibunuh, sebaliknya diambil darahnya sekadar yang boleh tanpa menjejaskan kesihatan benda alah tu, kemudian benda alah tu dilepaskan semula ke laut....

-Bila la rakyat malaysia ni nak berfikiran kedepan sikit...
Quote none88 16-12-2013 11:40 AM
errkk...takut pulaakk nak makan...
Quote pakwetizzaqyah 16-12-2013 11:40 AM
lg seronok jadi belangkas
Quote azrain98 16-12-2013 11:40 AM
taikor posted on 16-12-2013 11:30 AM
Belangkas ni dinasor hidup kan? Dah wujud berjuta tahun lalu.

Patutnya spesis macam ni dilindung  ...

tpi spesis ni populasi dia tak mcm penyu...benda ni populasi dia cam ikan bilis
Quote talapia 16-12-2013 11:40 AM
menu belangkas ni memang famous di johor. terutama sekali di Kota Tinggi. antaranye gerai Belangkas Mahkota yang digemari Tengku Mahkota Johor katanye. tu pasal dapat nama gerai camtu. tapi kebiasaan lauk belangkas ni... klau datang kol 1 lebih memang tray belangkas pon dah tak nampak. huhu...

aish.. lama dah tak makan belangkas. sedapnye telur belangkas masak asam pedas or masak sambal. hukum makan belangkas is 'harus'... ia bukan kategori binatang 2 alam. dia naik ke darat hanya utk bertelur. aku tak sure tempat2 lain ada ke tidak belangkas. tp kalau kota tinggi... johor.. memang banyak la. dulu kekecik aku tangkap pkai tangan je belangkas tgh mengawan. hehe
Quote azrain98 16-12-2013 11:41 AM
perang_candu posted on 16-12-2013 11:36 AM
aku rasa yang bule dimakan telurnya kut.. lain mana ada isi pon...

Kat kota tinggi ada satu kedai ...

sah ko pernah rasa dulu cma aku
Quote solstice 16-12-2013 11:42 AM
Aku pernah try
Sbb curious
Halalkan?

Sbb pernah dengar jugak kata x halal
Alasan
Mcm penyu
Telurnya halal
Tp makan penyu x halal sbb 2 alam
Quote azrain98 16-12-2013 11:43 AM
go belangkas luaskan kuasamu
Quote jonlabu 16-12-2013 11:43 AM
@Syd ..ada bran?


Quote Syumaimah 16-12-2013 11:45 AM
Org makan telur rasanya... aku last year bersemangat gi mersing nak try telur belangkas ni sekali bukan musim belangkas... sedih x dak rezeki

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.140185 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top