CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nora Danish Terasa Dengan Lawak Boboi!

17-12-2013 09:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 38796| Komen: 227

 
Nora Danish.

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish  tersinggung terhadap Boboi apabila kumpulan lawak itu seolah-olah merendahkan fungsi juri Maharaja lawak Mega yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak sepatutnya mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak mempunyai pengalaman berlawak tetapi dilantik mengadili acara itu.

"Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah.
"Jujurnya saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir sedemikian," katanya.

Nora ditemui pada pelancaran sebagai duta produk Sure White Beauty Plus dan C-Glow Factor di Flora Terrace, di sini pada Isnin.
Selain Nora Danish, juri tetap program itu ialah Datuk Yusof Haslam, Luna Maya (Indonesia) dan Syed Haikal (Singapore).


Afdlin Shauki (kiri) dan Harun Salim Bachik yang menububkan kumpulan Boboi.

Rancangan tersebut disiarkan secara langsung pada setiap hari Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna.
Tambah pelakon filem Bencinta itu, para peserta perlu faham bahawa pihak Astro memilih juri MLM untuk memberi komen berdasarkan sisi pandangan mata mereka sebagai seorang penonton.

Bagaimanapun Nora  Danish berkata, dia juga faham, para peserta memerlukan juru profesional agar kritikan yang diberi dapat memperbaiki lagi mutu persembahan pada episod seterusnya.

"Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas. Jujurnya, saya syangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah 'otai' dalam industri ini. "Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu," ujarnya.

Sementara itu, Afdlin yang dihubungi mStar Online pula berkata, Nora tidak sepatutnya berasa hati dengan persembahan Boboi kerana sindiran tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa.

"Menjadi perkara normal dalam bidang lawak apabila seseorang pelawak itu menyindir dalam persembahan mereka. Bagi pelawak, mereka faham dengan situasi tersebut.

"Kenapa mereka (juri) tidak anggap persembahan itu hanyalah komedi semata-mata?" soalnya.
         


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lepapilon 17-12-2013 01:03 AM
tapi boboi ni membosankan.. low class sgt lawak membahan juri. mula2 dlu lawak bahankan nabil
Quote cmf_blingblings 17-12-2013 01:04 AM
Gud job Nora!!
lain kali kalau tak boleh co op dgn job le otai sekalian, TV 3 nak grab, astro nak grab....mcm kat Malaysia dah tak ada pelawak berkaliber. Bila dah rasa besar kepala itulah bunyinya
Quote myariesa 17-12-2013 01:07 AM
si tua 2 org tu memang kaki sentap..perasan gud2 ,sib baik nabil dh xjoin diorg
Quote vutsi 17-12-2013 01:08 AM
tapi juri pun low class...nak-nak dari indonesia..apa barang luna maya komen persembahan pelawak malaysia...bukan dia paham pun..

p/s: mohon chef wan kembali sebagai juri
Quote AzzaAzman 17-12-2013 01:09 AM
Aflin dan hsb kn dah tua... hihi
Quote amyainsamad 17-12-2013 01:11 AM
Y bother..y bother...
Quote prettymanja 17-12-2013 01:12 AM

si boboi nie bkan besh sgt pun, lawak Bodo jew

dah ketandusan idea le tu, borink muke pun cam xminat jew

meluat btul le..... mencikkkk


Quote BurningTimes 17-12-2013 01:19 AM
Apakah? Tajuknya lawak boboi? Tang celah mana lawaknya ummah ini, akak tengok macam tunggul kayu jah, senyap sunyi, kamera man kentot pun akak boleh dengar kot. Tapi tak dinafikan kritikan nora danish dengan luna maya ni hazab sangat, macam tunggul kayu jah, lebih pada cakap dari kritik, kalau setakat nak cakap "i terhibur" baik ambik akak jadi juri terus.
Quote BurningTimes 17-12-2013 01:20 AM
vutsi posted on 17-12-2013 02:08 AM
tapi juri pun low class...nak-nak dari indonesia..apa barang luna maya komen persembahan pelawak mal ...

Akak pun mohon sangat dekat Elohim supaya Chef Wan jadi juri, sehari pun cukuplah, baharu si kumpulan Jambu ni boleh sedar kembali mereka ini buat lawak bodoh atau memang bodoh.

Quote hasniey 17-12-2013 01:23 AM
ai mmg xsuke lawak boboi ni
xtau part mne yg kene gelak sbb xbest langsung

rugi btol sape2 yg dok undi diorg ni
Quote peachRose 17-12-2013 01:54 AM
sorry ahkak2 sekalian..
iols tak tgk MLM ni...sbb umah tadak astro..kalau ada pun, rasanya tak tgk gak sbb IQ iols tak serendah tu nak tgk program ni..
cuma nak tanya sbb dari hari tu pelik..atas kriteria apa si Nowa, si Luna Maya ni dilantik jadi juri program tu?
Quote owhgee 17-12-2013 02:00 AM
BurningTimes posted on 17-12-2013 01:20 AM
Akak pun mohon sangat dekat Elohim supaya Chef Wan jadi juri, sehari pun cukuplah, baharu si kumpu ...

Itulah, aku tak faham kenapa org gelak tgk jambu buat persembahan. Pada aku lawak basi yg diulang2 je. Tak fresh langsung.
Quote dugongCute 17-12-2013 02:00 AM
Luna maya menjadi umpan manataw kotkot biat vedio laei hehhehe
Quote aderaderker 17-12-2013 02:02 AM
ND & Luna kaler pensel ni jd juri MLM mcm amik aku jd juri masterchep kut..
X layak langsung sebab aku x reti masak...
Quote budakpink 17-12-2013 02:04 AM
Nora sikit2 nk terase haa.uma xdok estrok cmne nk tgok
Quote BurningTimes 17-12-2013 02:36 AM
peachRose posted on 17-12-2013 02:54 AM
sorry ahkak2 sekalian..
iols tak tgk MLM ni...sbb umah tadak astro..kalau ada pun, rasanya tak tgk  ...

Akak mohon sangat kak peachrose jangan tertengok program ini. Memang betul pun kot kata akak stok2 felda pprt je hadap program ni, yang sedih lawak bodoh pun ada yang gelak terkehek2. Nasib baik IQ saya pun agak tinggi lah kot untuk memahami bahawa lawak Jambu ini tidak lawak.

Quote kambinggila 17-12-2013 02:42 AM
BurningTimes posted on 17-12-2013 01:20 AM
Akak pun mohon sangat dekat Elohim supaya Chef Wan jadi juri, sehari pun cukuplah, baharu si kumpu ...

akaq citer pasal jambu ke boboi nih?
Quote yayah8989 17-12-2013 02:45 AM
ak ingat boboi parody tu. hahahaha
Quote budakpink 17-12-2013 02:55 AM
Adoi x larat nk komen smate nk point tdo lg baek

Lihat semua komen(227)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.076647 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top