CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ngeri: Maut Dihempap Kontena

18-12-2013 05:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9541| Komen: 17

Gambar hiasan


BUTTERWORTH
: Seorang pekerja kontrak pelabuhan maut akibat dihempap kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini Selasa.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa Shahidi Asyraf Zainal Abidin, 27, maut di tempat kejadian setelah cedera parah pada bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika kontena yang sedang dialihkan menggunakan kren dari sebuah treler ke atas kapal terjatuh dan menghempap mangsa," katanya kepada pemberita di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata siasatan kes itu masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Faizul Mansor, 29, berkata Shahidi ada memaklumkan untuk membawa keluarganya bercuti ke pulau Langkawi, Kedah dalam musim cuti sekolah ini.

Katanya, kali terakhir beliau bertemu dengan arwah ketika makan malam tadi.

"Kami tinggal bersama di rumah ayah saya di Tasek Gelugor, dekat sini. Arwah memang seorang yang baik hati dan amat rajin bekerja sejak kebelakangan ini.

"Arwah pernah menyatakan hasratnya untuk mencari kerja lain yang tetap demi kesenangan isteri dan anaknya," katanya ketika ditemui di HSJ.

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
9

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 18-12-2013 03:23 PM
takziah....
sapa yang cuai..
Quote SulurBidar 18-12-2013 03:36 PM
Berdasarkan berita yg ditulis, jika aku pegawai penyiasat

1st.
Aku check PMA kren tersebut.

2nd
Aku akan check kelayakan pengendali kren tersebut

3rd
Aku akan check rekod senarai semak pemeriksaan bulanan / mingguan bagi kren tersebut.

Aku yakin salah satu dari ini akan membawa kepada punca kemalangan ni.

Al-Fatihah ke atas arwah
Last edited by SulurBidar on 18-12-2013 03:39 PM

Quote Kassim_Patalon 18-12-2013 03:38 PM
pulau pinang darul dihimpap
Quote mehmet 18-12-2013 03:39 PM
apa nak check nya,,,share jek kat FB..abis cite
Quote sapp73 18-12-2013 03:43 PM
safety first...safety first..safety first...kalau ada kelalaian memang boleh mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa. Baru minggu lepas, kes kemalangan di Petronas Dagangan Melaka, pemandu lori meninggal digilis forklif..
Quote prettyuglybabe 18-12-2013 03:47 PM
aduhai.. takziah.


Quote mommymonster82 18-12-2013 03:50 PM
Takziah..innalillah
Quote mommymonster82 18-12-2013 03:51 PM
sapp73 posted on 18-12-2013 03:43 PM
safety first...safety first..safety first...kalau ada kelalaian memang boleh mengakibatkan kemalanga ...

Klu kt nsk selmba jer bangla bawak forklift..
Dahla laju...main serbu jer.,
Bajet sivaji bawa gtu..
Quote batmana 18-12-2013 03:56 PM
mati sbb mencari rezeki tuk anak bini pun dikire mati syahid ..

takziah pada famili dia
Quote sapp73 18-12-2013 04:00 PM
mommymonster82 posted on 18-12-2013 03:51 PM
Klu kt nsk selmba jer bangla bawak forklift..
Dahla laju...main serbu jer.,
Bajet sivaji bawa gt ...

bangla dapat bawak forklift memang

kemalangan ni bukan disebabkan forklift tu di pandu laju, tengah angkat pallet yang ada tong gas nak naikkan ke lori, berat kemain.....akibat sedikit kecuaian melayang nyawa. yang sedihnya, pakcik yang meninggal ni baru sebulan bekerja.



Quote mommymonster82 18-12-2013 04:03 PM
sapp73 posted on 18-12-2013 04:00 PM
bangla dapat bawak forklift memang

kemalangan ni bukan disebabkan forklift tu di pandu la ...

Kat nsk tu kan ramai orang...kalu laju mmg belh terlanggar ler..

Dahla bawak brg...nk tgk depan pon kena hulur kepala lagi...

Quote ais_kosong 18-12-2013 04:11 PM
al fatihah...
kesiannya
Quote chickenwing 18-12-2013 04:19 PM
al fatihah..takziah utk keluarga arwah. Kesian kat wife dan anak kecik arwah.....semoga hidup wife and anak tu terbela.
Quote lunalisa 18-12-2013 04:20 PM
al fatihah
Quote nurul_akmar 19-12-2013 07:05 AM
ngerinya gambar. al fatihah kpd mangsa n takziah kpd keluarga mangsa
Quote nurul_akmar 19-12-2013 07:06 AM
mommymonster82 posted on 18-12-2013 03:51 PM
Klu kt nsk selmba jer bangla bawak forklift..
Dahla laju...main serbu jer.,
Bajet sivaji bawa gt ...

betul. siap hon2 lagi.
Quote shernazz 19-12-2013 07:16 AM
aku fobia dengan kontena2 neh sebab mcm ni la
rasa mcm kontena2 neh nak jatuh atas aku plak
walaupon kontena tu kat atas treler

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.160451 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top