CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Marks & Spencer Kena Boikot

24-12-2013 05:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15559| Komen: 95


LONDON 23 Dis. - Orang ramai di sini mengugut untuk memboikot rangkaian Marks & Spencer (M&S) selepas pasar raya terkenal itu membenarkan pekerjanya yang beragama Islam untuk tidak 'melayan' pelanggan yang ingin membeli daging khinzir atau minuman beralkohol.

Keadaan tegang itu berlaku selepas pihak pengurusan pasar raya tersebut memberitahu pekerja-pekerjanya yang beragama Islam bahawa mereka boleh menolak permintaan mana-mana pelanggan yang ingin membeli barangan tersebut.

Selain itu, pekerja-pekerja tersebut diberitahu bahawa mereka boleh mendapatkan bantuan rakan sekerja lain yang bukan beragama Islam untuk melayan pelanggan yang ingin membeli barangan terbabit.


Keadaan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelanggan setia M&S, menyaksikan akaun Facebook pasar raya itu dipenuhi dengan kritikan orang ramai.
Seorang pelanggan menceritakan bahawa dia ingin membeli sebotol champagne dan meminta seorang pekerja wanita beragama Islam untuk mengambilnya di rak.

Namun, pekerja wanita itu memohon maaf serta menolak untuk melayan permintaannya dan meminta dia menunggu sementara pekerja lain datang untuk melayannya.
Bagaimanapun, pasar raya itu menafikan arahan yang diberi kepada pekerjanya yang beragama Islam dan menyatakan bahawa ia tidak selaras dengan polisi asal syarikat terbabit.
Seorang lagi pelanggan yang dikenali sebagai Matt Syson berkata, keluarganya berkemungkinan tidak akan membuat pembelian di pasar raya itu jika 'sistem' tersebut masih dilaksanakan.
"Sistem itu hanya akan mencetuskan rasa benci dan jurang yang lebih besar dalam kalangan masyarakat," katanya. 





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lady_rara 24-12-2013 09:41 AM
boikot jangan tak boikot..
Quote flying_cow 24-12-2013 09:50 AM
Apa masalah pegang botol arak dan masukkan ke dalam plastik beg pembeli? Pegang botol arak atau terkena air arak pon tak kena samak kan? Minum je yang haram.
Quote ultra78 24-12-2013 09:53 AM
Ummah islam malaysia yg bekerja di 7-E aman sahaja mengangkat,melabel dan menjual arak
Quote PostBanhammer 24-12-2013 09:54 AM
Wow... Islam tidak kuat kalau bukan di malaysia?
Quote tinker_bell 24-12-2013 09:56 AM
flying_cow posted on 24-12-2013 09:50 AM
Apa masalah pegang botol arak dan masukkan ke dalam plastik beg pembeli? Pegang botol arak atau terk ...

mesti waktu subjek agama dulu ko tidur kn??
Quote cmf_rambutan 24-12-2013 10:01 AM
yang baik2 mestilah kokusen...... umah melayu jah boikot2 nih
Quote flying_cow 24-12-2013 10:02 AM
Kalaulah haram maknanya gaji pekerja tu juga haram kerana revenue tu sebahagiannya juga hasil jualan arak. Jadi kenapa pekerja tu terus bekerja di situ tapi tidak mahu memegang botol arak customer, at the same time makan gaji hasil jualan arak? Hypocrite much?
Quote synic 24-12-2013 10:02 AM
flying_cow posted on 24-12-2013 09:50 AM
Apa masalah pegang botol arak dan masukkan ke dalam plastik beg pembeli? Pegang botol arak atau terk ...

Adik, serve arak dan tolong jual arak pun berdosa yea.. tq

Quote PostBanhammer 24-12-2013 10:03 AM
Pasaraya mark & spencer ni ada ke kat Malaysia?
Quote xtahumenahu 24-12-2013 10:04 AM
orang2 UK sangat stubborn...saje nak mencetuskan isu...bukan xnak entertain langsung...kan kata tunggu pekerja lain layan...itu pon x bley....

btw...kalo dah jadi mcm ni...management kene review balik...maybe pekerja islam boleh ditempatkan kat tempat lain instead of tmpt yang ada champagne whatsoever
Quote esbok 24-12-2013 10:08 AM
flying_cow posted on 24-12-2013 09:50 AM
Apa masalah pegang botol arak dan masukkan ke dalam plastik beg pembeli? Pegang botol arak atau terk ...

bukan takat tak bole minum/jual. ko tak bole hidangkan pun. haram.

semua yang berkait dgn arak semua tak bole.




Quote dualchicks 24-12-2013 10:09 AM
bodo totok CI sokong boikot..nampak sgt mu kaper...
Quote kecimpret 24-12-2013 10:09 AM
org Islam dinegara kapir lebih taat ajaran agama dari umat Islam dinegara Islam
Quote Muntz 24-12-2013 10:11 AM
At the first place, perlu ker pekerja Islam kerja kat situ kalau tau diorg kena pegang botol arak bagai?
Quote revolusi_30 24-12-2013 10:12 AM
Apa salah kerja masukan arak n daging babu dlm beg ....kalau tak suke cari la kije lain.
Quote esbok 24-12-2013 10:12 AM
flying_cow posted on 24-12-2013 10:02 AM
Kalaulah haram maknanya gaji pekerja tu juga haram kerana revenue tu sebahagiannya juga hasil jualan ...

susah nak kata



apa2 pun bayar zakat bersedekah selalu ya dik bagi bersih duit gaji

Quote shiro82 24-12-2013 10:18 AM
hasil meng'google' tadi.


Kod Rujukan Soalan55vnkHukum Seseorang Muslim Memegang Botol Arak Yang Tidak Berisi Secara Sengaja Atau Tidak Sengaja.Soalan

Assalamualaikum ustaz, sy nk bertnya. Apakah hukum seseorang muslim memegang botol arak yang tidak berisi secara sengaja atau tidak sengaja?

JawapanWaalaikumussalam. Hukum memegang botol arak samada berisi atau tidak berisi hukumnya adalah harus. tetapi jika menjualnya hukumnya adalah syubhah (perkara syubhah adalah lebih baik dielakkan) Wallahuaklam


http://kemusykilan.islamgrid.my/questions/view/44914


Quote sueism 24-12-2013 10:29 AM
flying_cow posted on 24-12-2013 09:50 AM
Apa masalah pegang botol arak dan masukkan ke dalam plastik beg pembeli? Pegang botol arak atau terk ...

masih ramai aje ummah islam yg minum

Quote harimau76 24-12-2013 11:13 AM
kalau dah duduk dekat negara kapir dan keje kedai sebegitu dan menjual pun kpd mereka yg bukan beragaman Islam, apa salahnya setakat nak pegang botol masukkan dlm plastik... kalau kena handle pork dlm tin atau yg dah di pek, leh jer opt for alternative such as pakai gloves.. kita kalau dah duduk dekat negara org kapir pandai2 la adapt dgn budaya dorang.. kalau dorang dah leh respect agama dan budaya kita itu dikira bonus... kalau tak nak serve or hidang, leboh baik pilih tempat kerja yg tak melibatkan perkara tu langsung..

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.063855 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top