CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Barang Makan Meningkat

3-1-2014 11:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7875| Komen: 17



Harga barang makanan terutama barangan basah di beberapa negeri didapati meningkat dalam tempoh dua hari pertama 2014 ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pasar di seluruh negara hari ini mendapati berlaku peningkatan harga barangan terutama cili merah tempatan, bawang merah besar dan ikan kembung dari 70 sen hingga RM6.
Bagaimanapun, tiada kenaikan ketara dikesan di Negeri Sembilan, Perak, Sabah dan Johor apabila harga barangan tersebut hari ini dan semalam masih pada harga sama berbanding 2013.

Di ibu negara, sebuah pasar raya di Bandar Sri Permaisuri di sini didapati menjual cili merah tempatan dengan harga RM9.99 sekilogram berbanding RM6.99 sebelum ini manakala ikan kembung dijual dengan harga RM16.90 berbanding RM14.90 sekilogram.


Tinjauan di Pasar Jalan Raja Bot di Chow Kit pula mendapati harga bawang merah besar berharga sekitar RM4 hingga RM4.20 sekilogram berbanding RM3.50 iaitu harga standard bagi pasar-pasar basah sebelum ini.

Apa yang mengejutkan, cili merah tempatan yang lazimnya berharga sekitar RM6 hingga RM7 sekilogram, naik mendadak mencecah RM12 di kebanyakan pasar atau gerai jualan.

Para peniaga juga dilihat cuba mengaburi tindakan menaikkan harga tersebut dengan menjual cili berkenaan pada kuantiti 500 gram pada harga RM6 iaitu sama dengan harga bagi satu kilogram barang keperluan tersebut sebelum ini.

Dalam pada itu, harga teh tarik dan roti canai masih berada pada tahap berpatutan dengan kebanyakan restoran menjual sekitar RM1.40 hingga RM1.50 dan RM1 hingga RM1.20.

Di KUALA TERENGGANU, harga barangan keperluan harian di beberapa pasar dan kedai runcit sekitar bandar raya ini mulai meningkat kesan daripada pihak pembekal dan pengeluar beransur-ansur menaikkan harga.

Menurut para peniaga, alasan utama pembekal ialah kenaikan kos pihak pengeluar termasuk pengangkutan manakala sesetengahnya naik harga kerana bekalan agak terhad.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, harga cili meningkat kepada RM10 hingga RM15 sekilogram berbanding RM8 dan RM9 sebelum ini.
Bawang besar pula dijual dalam lingkungan RM4 hingga RM4.50 yang lazimnya boleh dibeli dengan harga dalam lingkungan sekitar RM3 manakala ikan kembung, antara RM10 dan RM15.

Salah seorang peniaga, Ramli Yaacob, 44, berkata, mereka terkejut selepas pembekal menaikkan harga bekalan secara mendadak dan mereka tidak mempunyai pilihan selain menjual pada harga lebih mahal.

"Melihat kepada perkembangan ini, ada kemungkinan berlakunya kenaikan lagi pada harga sayur-sayuran dan barangan lain terutama menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina nanti," katanya ketika ditemui hari ini.

Di KUANTAN, harga barangan terutama ikan dilaporkan meningkat tetapi dikaitkan dengan faktor musim tengkujuh yang melanda kawasan pantai timur ketika ini.
Tinjauan mendapati, harga ikan kembung dijual pada harga berbeza iaitu antara RM14 dan RM15 berbanding RM9 hingga RM10 sekilogram manakala harga bawang merah pula antara RM2 hingga RM4 sekilogram.
Bagi cili merah pula, beberapa tempat termasuk Pasar Besar Kuantan menjual dengan harga RM8 sekilogram.
Dalam pada itu, di Sarawak, keadaan cuaca tidak menentu dan banjir di negeri ini mengakibatkan kenaikan harga barangan keperluan asas seperti sayur-sayuran dan ikan.
Tinjauan di beberapa pasar di sekitar Serian dan Kuching hari ini mendapati, harga sayur-sayuran dan ikan serta beberapa barang keperluan harian lain telah naik mendadak berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, sayur-sayuran dijual RM3 hingga RM3.50 sekilogram namun dinaikkan RM6.50 hingga RM7 sekilogram.
Kedatangan tahun baharu menyaksikan harga ikan kembung naik kira-kira RM2 daripada harga yang dijual sebelum ini.
Situasi sama juga berlaku di ALOR SETAR, Kedah apabila harga barang keperluan harian terutama barang basah di negeri ini seperti ikan, cili merah dan beberapa jenis sayuran berlaku sedikit kenaikan.

Tinjauan di beberapa pasar mendapati, harga ikan kembung saiz sederhana mencecah sehingga RM9 sekilogram berbanding RM7 sebelum ini.
Ikan kembung bersaiz kecil dan selayang dijual sehingga RM7 sekilogram, peningkatan RM2 hingga RM3.
Kebanyakan peniaga memberi alasan masalah kekurangan bekalan menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang tersebut.
Dalam pada itu, beberapa negeri lain seperti Perak, Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan menyaksikan tiada kenaikan ketara berlaku.




4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 3-1-2014 07:59 AM
kenapa boleh naik? overhead cost naik yeh? operation cost naik yeh?
sudah dijangka ini berlaku diperingkat awal shj tu...bererti penetapan gaji minimum tidak mencapai objecktif asalnya...mmmm?
Quote fifie_olin 3-1-2014 08:00 AM
makin terok la weii
Quote Bell 3-1-2014 08:26 AM
Ikan, sayur naik sebab musim moonsoon yg baru lalu. Tgk bulan 2 nie mcmana.
Quote shamsadis 3-1-2014 08:26 AM
manusia makin lama makin ramai....dunia makin sempit makin lama sumber sikit itulah yang diajar oleh cikgu Geografi aku 25 tahun dahulu
Quote little_sis 3-1-2014 08:30 AM
mmg mencabar la tahun baru ni kena berjimat.. tp nk berjimat camne kalo barang keperluan makin mahal.. tu pun utk makan sehari2, bukan makanan mewah ke apa..
Quote roy3 3-1-2014 08:38 AM
Hadap jela..macai umno kate setiap tahun brg pn naik..jd mereka sokong barng naik..tp ade gak mereka2 nih merungut..dasar  jenis x bersyukur..miskin kekampungan
Quote d-7-0ne 3-1-2014 08:53 AM
Ini kenyataan bangang montri/macai umngok mengenai harga barang:

1. Hasan Malek: tiada aduan diterima maknanya rakyat bersetuju dengan kenaikan harga barang.

2. Shabery Cik: buktikan negara mana harga barangnya yang tak naik.

3. Ahmad Maslan: Pelaksanaan GST akan menurunkan harga barang keperluan.

4. Macai: kenaikan harga barang berpunca dari ketamakan bangsa cina yang menguasai ekonomi mesia.
Quote tebuanharimau 3-1-2014 08:59 AM
Perihatin gak utusan ni ingatkan sokong harga barang naik :lol

Bantah kenaikan harga = nak gulingkan kerajaan
Quote chaintea 3-1-2014 09:19 AM
ada kedai yg jual gula RM3.10 okeyh
pdhal itu brg kwln tuh

sape jahat kt sini?
Quote ekod79 3-1-2014 09:29 AM
sebelum ni musim hujan...mmg ikan akan naik, kita tgk bulan 2 dan bulan 3 ni camne? cuba buat perbandinga. harga2 brg kering baru leh tahu ada perbezaan ke tak
Quote kecimpret 3-1-2014 09:34 AM
dah lama meningkat Utusan baru sedar ka??
Quote Al-Patih 3-1-2014 09:43 AM
meke apo nak peduli ...meke ado sponser ..
Quote chaoyunjie 3-1-2014 10:09 AM
telur ayam pun naik juga...kata ayah aku
Quote OmJualGas 3-1-2014 10:14 AM
tahun kuda memang semua naik...gas LPG pun naik la... Last edited by OmJualGas on 3-1-2014 10:16 AM

Quote miss_kikilala 3-1-2014 10:34 AM

lauk

lauk



Quote ana_w_houb 3-1-2014 12:43 PM
miss_kikilala posted on 3-1-2014 10:34 AM

Terbaekkk
Quote magnus 3-1-2014 12:47 PM
chaintea posted on 3-1-2014 09:19 AM
ada kedai yg jual gula RM3.10 okeyh
pdhal itu brg kwln tuh


Jgn beli..cari tempat lain plak...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053396 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top