CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ayam Vietnam Diternak Di Ladang Kelapa Sawit

8-1-2014 03:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9200| Komen: 11

GRO warga Vietnam yang ditahan di sebuah restoran dalam ladang kelapa sawit.


LUMUT - Sepasukan anggota Jabatan Imigresen Lumut mengadakan serbuan di sebuah restoran di ladang kelapa sawit di Kampung Selamat di sini, dan berjaya menahan 10 wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di restoran tersebut pada 2 Januari lalu.

Ketuanya, Muhamad Faizal Saidin berkata, Operasi Bersepadu 6P itu dilakukan bagi mengekang masalah pendatang tanpa izin (Pati) dan GRO di daerah ini.

"Serbuan yang dibuat pada jam 7 petang itu adalah hasil maklumat orang awam dan  risikan pihak Imigresen Lumut Bertindak.

“Semasa serbuan dijalankan GRO berkenaan cuba melarikan diri di ladang kelapa sawit berhampiran namun kami berjaya menahan mereka. GRO berumur antara 20 hingga 40-an berkenaan didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya.

Katanya, dalam masa sama beberapa serbuan turut dilakukan di rumah kongsi sekitar Kampung Selamat dan Pekan Gurney.

“Hasil serbuan kita berjaya menahan 19 warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen sah.

“Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Depat Tahanan Langkap untuk tahanan reman dan siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Operasi ini akan diadakan secara berkala untuk memastikan masalah Pati dapat dikekang.

“Kita juga mengalu-alukan maklumat daripada orang awam supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Faizal berkata, seramai 37 orang melibatkan pelbagai warganegara berjaya ditahan sepanjang Januari hingga Disember tahun lalu.

“Mereka termasuk warga Vietnam (17 orang), China (4 orang), Thailand (11 orang), Indonesia (2 orang) dan Malaysia (3 orang) kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Kita akan meneruskan operasi ini dari semasa ke semasa dan berharap masalah Pati ini dapat diatasi segera,” katanya.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lizaliza 8-1-2014 10:07 AM
sendikit pelacuran ke atau suka rela melacur untuk dapatkan duit
sapa pulak pelanggan diorang
Quote yenil95 8-1-2014 10:23 AM
supply and demand cycle..
Quote atai 8-1-2014 10:24 AM
rajin gi nyawit macam ni..
Quote Missanctum 8-1-2014 10:29 AM
aduiii tajuk, ingatkan ayam vietnam btol tadi, rupanya ayam serama putih melepak
Quote cipOt_cedOt 8-1-2014 10:38 AM
harga ayam vietnam ni naik tak rasa-rasanya... ekekeke... takde plak dengar rungutan... mungkin tak naik... ekekeke... err... nanti ada gst gak ke?
Quote boyagombak 8-1-2014 10:43 AM
Wah ini ayam diberi makan buah kepala wasit kah ?



kurrrrr kurrrrrrrrrrrr kurrrrrrrrrr


Last edited by boyagombak on 8-1-2014 10:46 AM

Quote blackred99 8-1-2014 10:46 AM
ganas ayam ni.
Quote spiderman80 8-1-2014 11:07 AM
Saya paling suka makan ayam, terutama yang dikukus.
Quote BurningTimes 8-1-2014 11:10 AM
hanya ummah felda pprt low class sahaja layan ayam oriental vietnam.
Quote Al-Patih 8-1-2014 05:05 PM
60 polis KL disiasat dalam ops anti-rasuah terbesar
"Seorang pegawai kanan SPRM memberitahu The Malaysian Insider, semua yang terlibat adalah anggota polis yang berpangkalan di Kuala Lumpur, dan mereka disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.

Perniagaan ini adalah daripada perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran, kata pegawai itu."
http://www.themalaysianinsider.com/

habih ...macang mano ...


Quote sekngucing 8-1-2014 05:19 PM
KUKUS GRILL PANGGANG

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.181631 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top