CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Taktik Kotor Pencuri : Rempuh Kereta Sorong Bayi

9-1-2014 03:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9765| Komen: 59

Gambar hiasan


Kajang: Rempuh dan ragut. Itulah modus operandi digunakan  lelaki berusia 30-an untuk meragut mangsanya dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu.
Dalam kejadian terbaru di kawasan perumahan di Batu 9 Cheras, di sini,jam 8 pagi semalam, lelaki terbabit yang menunggang motosikal seorang diri dilapor merempuh  kereta sorong bayi berusia sembilan bulan sebelum cuba meragut ibunya.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang padah apabila orang awam bergegas membantu wanita dan bayinya itu sebelum  menahan lelaki terbabit.


Menurut sumber, kejadian bermula apabila wanita berusia 20-an yang  menolak kereta sorong membawa bayi perempuannya berusia sembilan bulan bersiar-siar di kawasan perumahan berkenaan.

Tiba-tiba seorang lelaki yang menaiki motosikal meluru laju dan merempuh kereta sorong bayi terbabit  menyebabkan bayi malang berkenaan tercampak ke di bahu jalan.    “Wanita terbabit bernasib baik apabila seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja segera berhenti dan membantunya,” katanya.

Katanya, dua anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan berkenaan kemudian tiba di tempat kejadian.

Suspek diserahkan kepada anggota polis terbabit sebelum satu laporan polis dibuat mangsa di Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, bayi terbabit dilapor mengalami kecederaan di kepala namun hanya dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK). 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanalisa 9-1-2014 08:20 AM
elok dibagi makan jerung saja manusia sebegini.
Quote papadomku 9-1-2014 08:24 AM
mcm haram betul perangai peragut ni. baby pun dia nak rempuh jugak. mmg jahanam!
Quote blackred99 9-1-2014 08:25 AM
aku doakan semua penyangak ni kena tangkap dgn orang ramai pastu kena belasah separuh mati.
Quote amyainsamad 9-1-2014 08:25 AM
lahanat btl.........
Quote seroja11 9-1-2014 08:26 AM
kesian nyer baby pon tak kecuali jadi mangsa penjenayah....
Quote jengkoil 9-1-2014 08:26 AM
Patut dihantar ke mars je manusia gini...  :@
Quote lady_rara 9-1-2014 08:28 AM
kesiannya baby tu tercampak... vodohnye peragut!!! dah la makan hasil haram! sebab tu la takde hati perut!!!
Quote gulz 9-1-2014 08:30 AM
cam lahanat, sial punya peragut, kesian baby tu
Quote PerKasa 9-1-2014 08:30 AM
hanalisa posted on 9-1-2014 08:20 AM
elok dibagi makan jerung saja manusia sebegini.

tapi bila kita pukul org cam ni polis salah kan kita pulak?
Quote faraway1 9-1-2014 08:31 AM
rempuh bayi, umang aii
patut dibunuh aje mamat tu, babi terus dipandang mulia
bandingkan dia..
Quote AdamBillionaire 9-1-2014 08:32 AM
urm... tekanan hidup... tekanan ekonomi..
Quote hayrin86 9-1-2014 08:33 AM
Lahnat punya penjenayah ini! Bunuh penjenayah ini lagi bagus!
Quote hayrin86 9-1-2014 08:35 AM
blackred99 posted on 9-1-2014 08:25 AM
aku doakan semua penyangak ni kena tangkap dgn orang ramai pastu kena belasah separuh mati.

Amin.. Hentak terus penjenayah ini dan buang ke laut!
Quote mute 9-1-2014 08:57 AM
cilake punyer peragut......nak keluar jalan jalan bawak anak pon tak senang dah sekarang ni
Quote tongkatwaran75 9-1-2014 09:08 AM
AdamBillionaire posted on 9-1-2014 08:32 AM
urm... tekanan hidup... tekanan ekonomi..


ker kurang pembangunan insaniah...

Quote indras 9-1-2014 09:11 AM
adoila gigih nak meragut ...sanggup rempuh stroller..nauzubillah...ni mesti amik dadah byk sangat ni..desperate giler..
Quote sapp73 9-1-2014 09:14 AM
memang haramjadah punya peragut...langsung takde perikemanusiaan...kesiannnya baby

Quote magnus 9-1-2014 09:22 AM
Alhamdulillah kena tangkap.....tampor laju lajula kat balai
Quote matamata 9-1-2014 09:27 AM
AdamBillionaire posted on 9-1-2014 08:32 AM
urm... tekanan hidup... tekanan ekonomi..

Kalau kes ragut mcm ni aku doubt masalah tekanan ekonomi.....
Ini lebih kepada tekanan nak melahap dadah.....kalau tekanan ekonomi sbb nak sara keluarga misalnya...penyamun tu takkan sanggup cederakan baby tu sbb dia sendiri ada keluarga....

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.138955 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top