Toyota Vios serba baharu dapat sambutan luar biasa Sejak dilancarkan pada Oktober 2013 yang lalu, Toyota Vios serba baharu telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan. Sehingga kini, lebih daripada 20,000 tempahan telah dibuat dan jumlahnya meningkat dari masa ke semasa. Menurut UMW Toyota Motor, respons positif yang diterima ini berdasarkan imej yang lebih segar dengan rekaan menarik yang ditampilkan pada Vios serba baharu ini. Selain daripada rekaan serba baharu, faktor lain yang turut mendorong peningkatan jualan Vios serba baharu ini ialah prestasi yang telah dipertingkatkan, keselesaan dan penjimatan bahan api yang efisien. “Kami menjangkakan respons memberangsangkan ini berterusan memandangkan Vios memang menjadi pilihan kebanyakan ramai rakyat Malaysia. Malah Vios turut mendominasi segmen kenderaan penumpang bukan nasional sejak ia diperkenalkan lebih 10 tahun yang lalu. Untuk rekod jualan Vios sehingga Disember 2013 telah mencatatkan jumlah sehingga 280,000 unit,”ujar Datuk Ismet Suki, presiden UMW Toyota Motor. Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tiba, UMW Toyota Motor turut memperkenalkan promosi menarik untuk model-model kenderaannya seperti Camry, Hilux, Innova dan lain-lain. Di mana promosi tersebut melibatkan tempahan yang dilakukan sepanjang Januari ini selagi stok masih ada. Malah kesemua bilik pameran Toyota akan menganjurkan acara promosi ini dari 18 hingga 19 Januari ini dan orang ramai dijemput hadir.
|
otai_g posted on 13-1-2014 10:12 PM
model baru tp engine lama. baik x yah...
p/s: toyota dugong ada jual lg x? kalo ada tlng kontek a ...
ADVERTISEMENT