Sotong gergasi sepanjang 3.4 meter berjaya ditangkap oleh nelayan di perairan barat Jepun. Hidupan laut seberat seratus kilogram itu masih hidup ketika ditangkap di perairan wilayah Tottori. Namun mati sebelum bot nelayan tiba di daratan. Sotong gergasi berkenaan dipercayai cedera kerana dua daripada sesungut panjangnya telah hilang. Ketibaan sotong itu menjadi tumpuan ramai termasuk wartawan media tempatan. Kebanyakan penduduk membayangkan jumlah yang boleh menikmati sajian sotong sebesar itu jika dipotong menjadi sashimi. Namun kandungan ammonia sotong yang besar menyebabkan rasanya kurang enak dimakan. Sotong itu dianggarkan boleh mencecah lapan meter panjang jika sesungutnya masih ada. Ia akan diawet untuk tujuan kajian.
|
noell posted on 24-1-2014 10:56 AM
mana sedap kalo besaq sgt...tuh dia tulis bau ammonia kuat...by the way ammonia bau mcm mana??
noell posted on 24-1-2014 11:00 AM
betoi ka??? mcm bau peluh lepas buat cardio exercise 30 mint then angkat berat 50kg ka??
axl_bach posted on 24-1-2014 11:04 AM
hahahahahaha,lebih kurang laaa.....kalo ko nak tau camner bau ko try laa pegi gym or taman memana ...
noell posted on 24-1-2014 10:56 AM
mana sedap kalo besaq sgt...tuh dia tulis bau ammonia kuat...by the way ammonia bau mcm mana??
ADVERTISEMENT