CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar 16 Tahun Dirogol 3 Kenalan !

27-1-2014 12:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13259| Komen: 51

Gambar hiasan



KOTA BHARU - Malang tidak berbau. Seorang gadis berusia 16 tahun, dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki yang dikenali, selepas dipaksa menaiki motosikal di Kok Lanas di sini, Rabu lalu.
       
Mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah di Kok Lanas, ditahan dua suspek yang menaiki motosikal dengan menghalang jalan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah kira-kira jam 7.20 pagi.
       
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang mengenali kedua-dua suspek, dipaksa menaiki motosikal yang ditunggang oleh salah seorang dari mereka.
       
“Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah bangsal di kawasan tali air dan salah seorang suspek bertindak meraba payudara mangsa.
       
“Perlakuan kedua lelaki itu tidak berhenti di situ, malah membawa mangsa ke rumah kawan mereka yang tinggal berdekatan dan di rumah itu mereka bertindak merogol mangsa bergilir-gilir dalam sebuah bilik di rumah terbabit,” katanya kepada media di sini.
       
Azham berkata, selepas kejadian itu, mangsa berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah dan menceritakan kepada bapanya mengenai kejadian dia dirogol oleh ketiga-tiga suspek.
       
“Bapa mangsa membawanya ke balai polis dan membuat laporan mengenai kejadian itu.
       
“Buat masa ini, kesemua suspek sudah dikenal pasti dan pihak polis akan membuat tangkapan terhadap suspek untuk tindakan lanjut,” katanya.
       
Kes disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol gadis bawah umur. 

7

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intriQue 25-1-2014 06:35 PM


we need to educate our sons....!!!
Quote mak_wa95 25-1-2014 06:41 PM
ngerinya......
Quote peYno 25-1-2014 06:44 PM
melayu dan rogol berpisah tada

dan part paling best... biasanya dlm masyarakat melayu .. ppuan ni yg salah... lelaki tak sgt.. dan yg kata tu org ppuan sendiri
Quote Innrukia 25-1-2014 06:48 PM
Soalan yg sama utk makpak....masihkah anda 'merajakan' anak lelaki?
Quote xmynnx 25-1-2014 06:50 PM

konklusinya, anak lelaki pun jangan diabaikan.
Quote tongkatwaran75 25-1-2014 06:52 PM
Adakah anda mahu meng amazon woman kan anak perempuan kita?
Quote dubuk 25-1-2014 07:07 PM
peYno posted on 25-1-2014 06:44 PM
melayu dan rogol berpisah tada

dan part paling best... biasanya dlm masyarakat melayu .. ppuan ni ...

wa sokong lu



Quote pakwetizzaqyah 25-1-2014 07:12 PM
alaaaaaaaaaaaaaaaahai...ish
Quote xtw 25-1-2014 07:16 PM
mashaAllah
Quote peYno 25-1-2014 07:41 PM
xtw posted on 25-1-2014 07:16 PM
mashaAllah

ni lagi satu... tak tau penggunaan bahasa... ada ke sebut masya allah??? alahai melayu
Quote Bedah.Cun 25-1-2014 07:42 PM
Tontoi tu besar pencil HB jer * whineee *
Quote xtw 25-1-2014 07:46 PM
peYno posted on 25-1-2014 07:41 PM
ni lagi satu... tak tau penggunaan bahasa... ada ke sebut masya allah??? alahai melayu

salah ke??
sy rasa sy mksudkan masyaAllah tu kpd lelaki2 y merogol tu..
Quote peYno 25-1-2014 07:48 PM
xtw posted on 25-1-2014 07:46 PM
salah ke??
sy rasa sy mksudkan masyaAllah tu kpd lelaki2 y merogol tu..

hahaha... klu ada musibah.. org x sebut tu... masya allah ni disebut bila terima berita yg gembira., ber pujian... bukan duka.. melayu je selalu salah guna
Quote FadzilahMamat. 25-1-2014 07:50 PM
Tak leh imagine macamana paksa naik motor.

Kalau naik kereta tu lainlah kan. Boleh tarik je.
Quote mommymonster82 25-1-2014 07:50 PM
Astaghfirullah.. Hasbunallahu wa ni' mal wakeel..

Jauhilah keturunan kami
Quote jonlabu 25-1-2014 07:51 PM
Sejak suhu turun ni semakin byk kejadian rogol di negari serambi mukah
Quote cupu 25-1-2014 07:54 PM
Kalau bdk bandar kesnya mest pergaulan bebas,tenet dsbnya.

klu budak kg mest pasal tgk vcd lucah ngan mber.

so,mcm mn nk didik anak ni.

dah la ramai yg nak suh msia follow sweden.nk tengking xblh.nk marah xboleh.

aptb.

aku pun ada anak lelaki.skrg blom minat ppuan sbb masih sibuk ngan b-daman.br 3 tahun.
Quote perang_candu 25-1-2014 07:57 PM
Rasa macam nak berhijrah pegi negeri lain je bila baca berita mcm ni...
Quote peYno 25-1-2014 08:02 PM
jonlabu posted on 25-1-2014 07:51 PM
Sejak suhu turun ni semakin byk kejadian rogol di negari serambi mukah


Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.060626 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top