CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kanak-Kanak 10 Tahun Di Rogol Dan Ditoreh Kemaluan!

30-1-2014 11:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5416| Komen: 0


Muar: Tidak cukup dengan merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dalam perjalanan ke sekolah agama, seorang lelaki dipercayai baru pulang dari  rumah ibadat berhampiran, menoreh perut dan kemaluan mangsa menggunakan pisau apabila arahannya melakukan seks oral tidak dipenuhi dalam kejadian di satu tempat pembuangan sampah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada  jam 4.30 petang itu, mangsa dalam perjalanan ke  sekolah agama di Bakri dengan menunggang basikal seorang diri melalui jalan pintasan  lorong di kampung itu, sebelum seorang lelaki datang dan melarikannya menggunakan  kereta.

Menurut sumber polis, seorang pekebun yang kebetulan berada di tempat kejadian melihat kejadian itu, namun dia tidak sempat menyelamatkan mangsa kerana kejadian berlaku pantas.

Katanya, basikal mangsa ditinggalkan di tempat kejadian dan anak pekebun berkenaan memberitahu dia mengenali pemilik basikal itu kerana belajar di sekolah yang sama dengannya.

Lelaki itu, katanya bergegas ke rumah mangsa memberitahu mengenai kejadian itu sebelum keluarga mangsa melaporkannya kepada polis.

“Suspek dipercayai berusia 28 tahun,  membawa mangsa ke sebuah tempat pembuangan sampah sebelum merogol dan meliwatnya dalam kereta dipercayai Proton Saga.
“Tidak cukup dengan itu, suspek memaksa mangsa melakukan seks oral dan apabila mangsa enggan, dia dipukul di kepala sebelum kemaluan dan bahagian kanan perutnya ditoreh menggunakan senjata tajam dipercayai pisau,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang suspek berhenti di stesen minyak apabila dia ditahan polis yang mengesan kereta itu berdasarkan pendaftaran yang diberikan pekebun terbabit serta menemui kanak-kanak perempuan berkenaan di dalam kereta.
“Ketika diselamatkan, mangsa berada dalam keadaan trauma, ketakutan dan tidak bermaya dengan baju sekolahnya berlumuran darah.

“Mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan kecemasan dan menerima sembilan jahitan di perutnya,” katanya.

  Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, keluarga mangsa membuat laporan polis sejurus selepas kejadian dan pihaknya menubuhkan pasukan khas bagi mengesan mangsa.

“Kami  menahan suspek beberapa jam kemudian di stesen minyak di Batu 6½ Bakri melalui nombor pendaftaran kereta yang diberikan saksi.

“Lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai buruh di sini dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah. Dia kini ditahan reman untuk siasatan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di tempat  kejadian mendapati jarak antara rumah mangsa dengan sekolah agamanya dua kilometer dan perlu melalui kawasan belukar, kebun sawit dan kebun getah.

Tempat  mangsa diculik ialah lorong dalam kebun getah tidak jauh dari rumah penduduk kampung iaitu 150 meter dan 15 rumah yang rapat antara satu sama lain.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, mangsa menggunakan jalan itu setiap hari kerana ia jalan pintas dengan hanya mengambil masa 10 minit  ke sekolah agama.

  “Jalan itu memang sunyi tetapi kanak-kanak di kampung ini menggunakannya ke sekolah agama kerana ia paling dekat dengan rumah mereka,” katanya.

10

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.097642 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top