CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Kisah Nelayan Pemburu Mayat Di Sungai

5-2-2014 12:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8866| Komen: 31





Pekerjaan yang dilakukan seorang nelayan di China ini tao rasa paling aneh di dunia. Wei Xinpeng, nama lelaki tersebut dimana beliau, biasanya memburu mayat di Sungai Kuning. Wei, kerap kali memulai harinya dengan bertengong sambil merokok di tepi sungai.



Matanya mengamati air Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu pasti selalu menyimpan mayat manusia, entah mati kemalangan, dibunuh, ataupun bunuh diri.

Ikuti lagi kisah seorang pemburu mayat di sungai ini lagi di bawah...

Lelaki 55 tahun itu seperti hafal akan aliran sungai, dan dia biasa melihat ke mana arus membawa mayat-mayat yang tenggelam di sungai itu. Biasanya, Wei mendayung perahunya ke dekat satu jambatan kecil di hilir. Di sana, biasanya mayat “tersadai”, kerana tersangkut di celah besi jambatan. Dalam tujuh tahun terakhir, mencari mayat kini adalah kegiatan rutin Wei. Dia menjual mayat yang ditemuinya itu kepada keluarga mayat yang bersangkutan.



Wei mengaku telah mengumpulkan sebanyak 500 mayat dari dasar sungai tersebut. “Orang-orang ini mati dengan cara mengerikan,” kata Wei. Dia mengumpulkan mayat penemuannya itu di satu teluk kecil yang tak kena arus. Mayat-mayat bermacam bentuk itu dikumpulkan di sana. BBC melaporkan, di teluk kecil tersebut terdapat empat mayat yang tubuhnya telah kaku, dengan kepala tertelungkup ke bawah. Setiap kali berhasil menangguk mayat, Wei mengumumkannya pada surat khabar tempatan. Dia menyebut ciri-ciri fizikal mayat tersebut, sehingga keluarga yang bersangkutan dapat segera mengenalinya. Biasanya, keluarga si mayat akan menghubungi Wei, dan meminta diantarkan ke tempat dia menyimpannya.

Wei membawa keluarga si mayat ke teluk kecil tersebut. Dia membenarkan untuk membalikkan tubuh si mayat supaya wajahnya dapat terlihat, kalau ade wajah lagi la. Jika keluarga mayat ingin membawanya pulang, maka mereka harus membayar wang tebusan atau upah lebih dari US$500. Wei mengatakan, selama ini dia telah menjual sekitar 40 mayat. Tapi kadang-kadang, keluarga mayat enggan membayar, dan pulang tanpa membawa jenazah yang ditemukan Wei. “Ada sekali orang tua datang mencari anaknya. Mereka melihat sebentar, lalu pergi tanpa berkata apa-apa. Mereka tak membawanya pulang,” kata Wei.

Jika sudah begini, Wei terpaksa harus menguburkan mayatnya secepat mungkin. Wei mengatakan apa yang dia lakukan bukan semata-mata kerana wang, tapi kerana alasan lebih pribadi. Dia pun bercerita. Pekerjaan ini, kata Wei, bermula dari usahanya untuk mencari anaknya sendiri, yang tenggelam di Sungai Kuning. “Anak saya tenggelam di sungai ini dan saya tidak dapat menemukan mayatnya. Sangat menyedihkan. Itu sebabnya saya melakukan pekerjaan ini,” kata Wei. Anak lelaki Wei sampai sekarang belum ditemukan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 8-1-2014 11:23 AM
Bagus juga usaha dia ni sekurang-kurangnya dapat membantu keluarga yang mencari ahli keluarga mereka yang hilang
Quote solstice 8-1-2014 11:24 AM
Hmmm
Elok jugak larrr
Seram jugak kalau dok berehat kat sungai tetiba ada mayat timbul
Quote jahcomel 8-1-2014 11:44 AM
terharu bila dia xjupe mayat anknye smpai lo ni...
Quote amikie 8-1-2014 11:57 AM
sedih gak kan?
bermula anak dia yg tenggelam kat sungai sampai skrg x jumpa2..
terus 'menetap' kat sungai mencari 'mereka' yg lain disitu..
Quote berun 8-1-2014 12:46 PM
sedih mmg sedih....
Quote amyainsamad 8-1-2014 12:50 PM
byk btl mayat...........
Quote cikatilia 8-1-2014 04:15 PM
mesti berbau kan...
apa2pon tugas mulia mengembalikan mayat org2 tersyg
Quote ell768 8-1-2014 04:54 PM
ngerinya...sure mmg port campak mayat org yg kene bunuh tu..
Quote farah.noty 8-1-2014 05:11 PM
500 mayat dlm simpanan? perghhhhhhhhh ngeri
Quote robotech 8-1-2014 08:49 PM
Tak sangka, daripada tragis mencari mayat anak sendiri, akhirnya bekerja mencari mayat orang lain.
Quote koondoor 8-1-2014 10:20 PM
Semoga pakcik ni dirahmati. Kerja mulia ni.
Quote carlis 9-1-2014 09:53 AM
berani lah pakcik ni..
cari mayat tu
Quote asher 9-1-2014 10:34 AM
pas dia mati spa plak nk terus kan legacy nie..
Quote ais_kosong 9-1-2014 01:33 PM
berani apek nih..
Quote precious_chicas 9-1-2014 02:26 PM
asher posted on 9-1-2014 10:34 AM
pas dia mati spa plak nk terus kan legacy nie..

mesti pakcik ni pikir itulah destiny nya...mati di sungai tu...then kononnya dapat berjumpa kembali anaknya..till that time comes, dia akan terus usaha dan menunggu munculnya mayat/roh anaknya datang menjemput?

huuuu....touching pulak.
Quote asher 9-1-2014 02:30 PM
precious_chicas posted on 9-1-2014 02:26 PM
mesti pakcik ni pikir itulah destiny nya...mati di sungai tu...then kononnya dapat berjumpa kembal ...

dpt kat holliwod mau bleh jadi movies trus..
Quote aizaganu 9-1-2014 02:30 PM
mulia hatinya.... moga dia jumpe mayat anaknye.... walopon dh reput...
Quote precious_chicas 9-1-2014 02:45 PM
asher posted on 9-1-2014 02:30 PM
dpt kat holliwod mau bleh jadi movies trus..

hollywood mungkin tak main sangat citer2 bergenre camtu kot...kalau hongkong, jepun maybe lah or mana2 producer/film directors asians. Kalau hollywood maybe M. Night Shyamalan la kot.

Quote kuku_kakiku 9-1-2014 03:26 PM
ade kisah sedih pakcik ni..
kesian

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.066361 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top