KAJANG – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menjangkakan lebih ramai premis perniagaan khususnya golongan peniaga Melayu akan dirobohkan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) masih menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Menurut Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah pihaknya menerima aduan lebih 30 premis perniagaan masyarakat Melayu sudah rebah ke bumi yang rata-ratanya adalah usahawan kecil dan sederhana. Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah menyerahkan payung kepada Che Din Omar, seorang peniaga di Dun Kajang “Hari ini IKHLAS lihat di negeri Selangor dikuasai oleh DAP maka hari ini kita lihat kedai-kedia kereta terpakaiCina yang tidak ada lesen tidak diusik langsung. Ada gerai dan rumah kedai mewakili kaum Cina mereka diberi tarikh lanjutan daripada diroboh. “Kenapa asyik peniaga Melayu aje kalau masih PKR menang di Kajang, Ikhlas memberi jaminan lebih banyak kedai peniaga akan diroboh,” katanya. Tidak dinafikan sebilangan besar peniaga akan menerima nasib sama sekiranya PKR dipilih oleh masyarakat Kajang, katanya selepas sesi penyerahan payung kepada 10 peniaga di Sungai Jelok, Kajang. Malah menurut Mohd Ridzuan lagi, pengundi di sini perlu menilai semula tahap prestasi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh yang bertindak meletakkan jawatan beliau semata-mata untuk memberia laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Dalam DUN Kajang ada lebih kurang 1,400 penjaja dan peniaga kecil, mereka akan terima nasib yang sama kalau sekiranya PKR menang. Ini akan berlaku,” katanya. Katanya, pampasan sewajarnya juga akan diberikan kepada gerai peniaga-peniaga yang dirobohkan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi berkenaan. “Kita akan dapatkan pampasan kepada peniaga-peniaga kecil di Kajang ini. Kami terima aduan setiap peniaga mengalami kerugian RM30,000 hinggan RM50,000,” ujarnya. Notis daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu melibatkan peniaga-peniaga kecil di Taman Mesra, Sungai Kantan dan Sungai Jelok. Bagi Che Din Omar yang menerima notis pada 5 Februari lalu menimbulkan kekesalan kepada beliau kerana memilih pemimpin yang ternyata mementingkan diri sendiri. “Saya rasa benda ini tidak patut berlaku sedangkan kami Cuma mencari rezeki. Sepatutnya pihak yang bertanggunjawab itu lebih prihatin terhadap kami sebab kemana kami hendak pergi sekiranya gerai kami dirobohkan untuk majukan perniagaan kami,” katanya. Tambah Che Din lagi, MPKj hanya membenarkan perniagaan kiosk kepada mereka yang mana terlalu kecil dan kurang selesa. Perkara sama turut diluahkan Zakaria Mohd Zain seorang peniaga yang sudah 10 tahun berniaga Sungai Kantan, Kajang. Dakwa Zakaria notis untuk merobohkan gerai perniagaan beliau sama sekali akan menjejaskan punca pendapatan beliau. “Kalau khemah sudah dirobohkan masalah kepada saya dan pelanggan. Bila tidak ada khemah hujan panas susah lah untuk pelanggan saya. Ia memang perlu kerana kiosk yang diberi oleh MPKj terlalu kecil,” katanya. Setakat hari ini, 31 gerai peniaga sudah dirobohkan sementara 50 lagi peniaga akan menerima nasib sama selepas menerima notis minggu lalu.
|
tu la bila Allah dah sempitkan rezeki masih ramai lg yg x sedar2. cubala kalo rakyat malaysia ni ramai yg bersyukur drpd asyik merungut je.
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). (Surah Ibrahim:34)
Susah sgt ke nak bersyukur??? pada hal bersyukur tu lebih pendek perkataan dia dr blame pada org len.
myvios posted on 10-2-2014 01:13 AM
Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah menyerahkan payung kepada Che Din Omar, seorang peniaga di .
..
wawantow posted on 10-2-2014 03:03 AM
..
balik2 tambi....tambi balik........
dah la siap dah cop parti taIk semalaysia tu...
kt kajang tambi...kt penang tambi.....habis yg aku dgr melayu2 tu...apa yg melayunya
cupin_cipin posted on 10-2-2014 01:26 AM
dear sahibul samaah ustaz @diner
aku pinjam petikan ceramah ko dari thread hj hadi tu ye buat muh ...
myvios posted on 10-2-2014 01:13 AM
Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah menyerahkan payung kepada Che Din Omar, seorang peniaga di ...
BelovedTaeyeon posted on 10-2-2014 10:50 AM
Salaam.
Puak2 tu kan, firman Allah ni pun dia tak faham.
cupin_cipin posted on 10-2-2014 01:26 AM
dear sahibul samaah ustaz @diner
aku pinjam petikan ceramah ko dari thread hj hadi tu ye buat muh ...
diner posted on 10-2-2014 11:38 AM
aku rasa ko la yg paling x phm. ada ke Allah suruh tukar kerajaan bru nasib tu berubah. dalam firm ...
ADVERTISEMENT