Peserta konvoi rebah sebelum meninggal dunia di hospital Shariful Mazlan Mahasan (gambar kecil) terbaring selepas mengalami sesak nafas sejurus tiba di garisan penamat dalam program Konvoi Berbasikal Hari Wilayah Persekutuan di Dataran Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 9 Feb. - Seorang peserta konvoi berbasikal Hari Wilayah Persekutuan meninggal dunia setelah rebah, sejurus tiba di garis penamat dalam acara itu di Dataran Putrajaya di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, Shariful Mazlan Mahasan, 34, dari Klang, Selangor, dikatakan bersama peserta lain sedang menuju ke garis penamat di hadapan Istana Keadilan di sini. “Sebaik sahaja tiba di situ, pukul 12 tengah hari, Shariful Mazlan tiba-tiba rebah lalu menyebabkan orang di sekeliling menghulurkan bantuan kepada mangsa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Menurutnya, Shariful Mazlan kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia sejam selepas itu akibat sesak nafas. Shariful Mazlan yang bekerja sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat swasta bersama lebih 6,000 peserta lain menyertai acara bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bermula pada pukul 8.15 pagi dan turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Konvoi berbasikal itu bermula dari Dataran Putrajaya menuju ke Majlis Sukan Negara Bukit Jalil di Kuala Lumpur dan kemudian kembali ke Dataran Putrajaya menuju ke garisan penamat.
|
11
Bagus |
6
Marah |
17
Terkejut |
6
Sedih |
11
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
along3746 posted on 10-2-2014 09:42 AM
Al Fatihah & Takziah buat arwah dan keluarga..
adakah arwah mengalami serangan jantung..
ADVERTISEMENT