CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tarian Bogel+Pesta Arak Bernilai 4 Juta

13-2-2014 03:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13921| Komen: 41

Konsert Di Pengkalan Weld Pada 15 Februari Ini Menjadi Tanda Tanya Berikutan Memaparkan Imej Wanita Separuh Bogel.


GEORGETOWN - Tahun lalu negeri ini digemparkan dengan konsert arak bernilai RM4 juta di tepi pantai di Batu Ferringhi.
Kini sekali lagi orang ramai heboh memperkatakan mengenai parti muzik berserta tarian separuh bogel yang akan diadakan di Pengkalan Weld.

Pengendali laman facebook Kelab Melayu Pulau Pinang yang dikenali sebagai Azim berkata, beliau menerima maklumat mengenai acara berkenaan melalui rakannya.

Menurutnya, daripada sumber, program tersebut mendapat perhatian ramai bersempena dengan sambutan  Hari Kekasih.

“Kenapa masih ada program sebegini dan hairannya kenapa ia boleh diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Noor Hayati Mat Amin berkata, acara maksiat seperti itu hanya mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.

“Kalau mereka kata ia adalah program muzik dan seronok-seronok sahaja, kenapa ada gambar tertera perempuan berbikini, jadi ia sengaja mahu tarik perhatian orang ramai.

“Setahu saya di laman web dan laman sosial, sudah ramai yang berkongsi program ini,” katanya.

Bagi Setiausaha Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, Farhan Abdul Wafi, dipercayai program itu diadakan secara tertutup dan mengenakan bayaran RM50 dan ke atas.

Menurutnya, walaupun begitu, dia berharap pihak berkenaan dapat memantau isu itu bagi mengelakkan orang Islam daripada turut terlibat.

“Tapi daripada kain rentang yang dibaca anehnya nama pemuzik atau penganjurnya di situ seperti nama Melayu tetapi di sebelahnya gambar perempuan berbikini.

“Jadi ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan, kalau boleh pada kami janganlah dipuja aktiviti atau program maksiat sebegini, kita di negara Islam jadi kebanyakan program perlu diselaraskan sama seperti kita duduk di negara Islam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, pesta muzik berbikini yang dijangka akan berlangsung pada hujung minggu ini boleh dijalankan jika ia berada di dalam premis.

“Sekiranya premis berkenaan sudahpun berlesen, jadi tidak ada masalah sekiranya mereka ingin adakan aktiviti dalam premis berkenaan, namun jika di luar mungkin ia menjadi kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun dari segi moral dan perlakuan sepanjang program berkenaan adalah bawah tanggungjawab polis.

“Tidak kiralah mereka berbikini atau sebagainya, kami tidak boleh mengambil tindakan atas apa perbuatan yang dilakukan melainkan pihak polis sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man melahirkan rasa kecewa jika ada orang Islam ataupun Melayu yang terlibat dengan
mana-mana program maksiat.

Beliau berkata demikian setelah ditanya mengenai pesta muzik berbikini yang akan dijalankan di Pengkalan Weld pada 15 Februari ini.

Tertera melalui poster iklan yang tersebar luas melalui laman sosial itu juga turut disertai pemuzik berbangsa Melayu.

Salleh berkata, beliau berharap supaya umat Islam di negeri ini mahupun kawasan utara khasnya tidak terpengaruh dengan aktiviti sedemikian.

“Kalau boleh tak usahlah diadakan program yang melalaikan ini dan melampau sehingga mempamerkan pakaian bikini.

“Tambahan lagi orang pada masa kini sibuk dengan Valentines Day, sebaiknya umat Islam elakkan kerana ia sambutan yang merosakkan akidah kita,” katanya.


20

Bagus
23

Marah
15

Terkejut
23

Sedih
25

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 13-2-2014 12:57 PM
yelah seronok la tu bleh berparti ngan pompuan berbikini
Quote crossfire 13-2-2014 12:59 PM
PENENG!!!!!
Quote pakwetizzaqyah 13-2-2014 01:47 PM
tolong tunjuk poster tk sensored plz
Quote popjack 13-2-2014 02:12 PM
gmbr sensor
aku cume nmpk mcm game mario je...
Quote kecimpret 13-2-2014 02:21 PM
salah LGE la nih...dulu time Sukun perintah penang, penuh dgn ceramah Azhar Idrus jerrrr
Quote LENS2U 13-2-2014 02:35 PM
Penang....sudah lupa sama tsunami ka??

sebelum tsunami...lagu ni selalu masuk tv suh org dtg pesta penang.

[youtube]gyfMkfanYnI[/youtube]
Quote AbukRokok 13-2-2014 02:45 PM
patutla penang skrg da panas terik xmcm dulu sejukkkk nyaman je.... da mcm negri2 caprut  
Quote AbukRokok 13-2-2014 02:46 PM
ok bebeh hjung minggu ni turun peneng.....
Quote lavendernovella 13-2-2014 02:52 PM
kat kl lagi  penuh dgn pesta arak hari2.........
Quote lavendernovella 13-2-2014 02:52 PM
kat kl lagi  penuh dgn pesta arak hari2.........
Quote akughi 13-2-2014 02:58 PM
PAS tak nak komen ape2 ke?

ari tu kecoh kat haramkah pasal kedah nak anjur peta muzik....

ni penang pesta tarian bogel tak nak tentang ke?

atau pas kata ni tak pa, tak dosa
Quote mahmoode 13-2-2014 03:00 PM
akughi posted on 13-2-2014 02:58 PM
PAS tak nak komen ape2 ke?

ari tu kecoh kat haramkah pasal kedah nak anjur peta muzik....

dia kata penang takpaa....tu DAP punya....
Quote ell768 13-2-2014 03:02 PM
gambar clear takde ke??kehkehkeh
Quote kucingTomey 13-2-2014 03:09 PM
i like naked dance........samena mena hey hey wakawaka eh eh eh..samena mena kan kale wah..is si on apreka
Quote boyagombak 13-2-2014 03:51 PM
hugiehugie tarak joint ka?
Quote boyagombak 13-2-2014 03:56 PM
kucingTomey posted on 13-2-2014 03:09 PM
i like naked dance........samena mena hey hey wakawaka eh eh eh..samena mena kan kale wah..is si on  ...

I loike kucim vogel tarak bulu

Everywhere we go people want to know

Who we are
We are the Kucim Vogel
wooo wooo wooo
aaaa aaaa aaaa
Quote akughi 13-2-2014 04:00 PM
mahmoode posted on 13-2-2014 03:00 PM
dia kata penang takpaa....tu DAP punya....

nampaknye hukum Allah s.w.t ni hanye terpakai pade negeri BN sajo.....
Quote -electrifying- 14-2-2014 02:51 PM
di malaysia hanya ade 3 negeri shj buat masa ni yg sering melakukan dosa.
Quote raxief 14-2-2014 04:07 PM
kebangga

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.050602 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top