CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Periksa Sambil Cabul Pesakit Di Wad

14-2-2014 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13605| Komen: 42

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 30-an sanggup menyamar sebagai doktor sebelum berpura-pura melakukan pemeriksaan dan mencabul pesakit wanita yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di sini.

Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit turut memakai pakaian doktor ketika melakukan pemeriksaan.

Kesempatan itu kemudian digunakan untuk mencabul mangsanya.
Harian Metro difahamkan, lelaki berkenaan dikesan melakukan kegiatan berkenaan secara sendirian sejak lebih empat bulan lalu.

Sasarannya pesakit wanita dan sehingga kini seramai enam mangsa sudah dicabul lelaki itu namun kebanyakan mereka tidak membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, seorang wanita berusia 25 tahun yang menjadi mangsa terbaru ‘doktor’ terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah selepas mendakwa dicabul lelaki berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Menurut sumber, laporan polis itu dibuat selepas mangsa mengetahui lelaki itu bukanlah doktor mahupun kakitangan hospital sebaliknya hanya individu biasa yang menyamar sebelum mencabul pesakit wanita.

Beliau berkata, mangsa yang ditemani ibunya berusia 50-an di wad di hospital berkenaan mendakwa melihat seorang lelaki berpakaian seperti doktor berlegar-legar di kawasan wad berkenaan.


“Biarpun curiga dengan kelibat lelaki itu, mangsa hanya mendiamkan diri kerana menyangkakan dia adalah doktor ataupun kakitangan hospital.
“Lelaki berkenaan kemudian menghampiri mangsa sebelum mendakwa mahu melakukan pemeriksaan,” katanya.


Sumber itu berkata, biarpun sedikit curiga, mangsa yang masih menyangkakan lelaki itu adalah doktor memberikan kebenaran agar diperiksa.

“Lelaki itu kemudian mula meraba tubuh mangsa dan memberitahu mangsa dibenarkan keluar dari wad tiga hari lagi sebelum meninggalkan wad berkenaan,” katanya.

Katanya, disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan doktor terbabit yang mencabulnya, mangsa kemudian bertanya perkara itu kepada jururawat bertugas.

“Jururawat terbabit kemudian mendakwa tiada doktor yang melakukan pemeriksaan ketika waktu berkenaan menyebabkan mangsa menyedari dia dicabul individu menyamar doktor,” katanya.

“Malah, perkara itu disahkan jururawat terbabit selepas melakukan semakan bahawa lelaki itu bukanlah doktor mahupun kakitangan hospital itu,” katanya.

20

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
14

Sedih
14

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roy3 14-2-2014 05:44 AM
Kegilaan apakah org lua bole cek badan org?di bilik mana pg cek2 tu?
Quote AdamBillionaire 14-2-2014 05:46 AM
erk. pandan indah ada hospital ke? mcm tak nampak je? yang nampak pondan2 berkeliaran...
Quote nurul_akmar 14-2-2014 05:47 AM
waaa, rilek je. masuk hospital, meraba2 then kuar
Quote tongkatwaran75 14-2-2014 06:57 AM
raba2 mana syok...
Quote shogun77 14-2-2014 07:14 AM
4 bulan baru kantoi jdik dr??
hebat ko..
Quote Leonarzi 14-2-2014 07:43 AM
Hospital ampang
Quote pakwetizzaqyah 14-2-2014 07:54 AM
cayalah doktor!
Quote ogata 14-2-2014 08:01 AM
Penyamaran yg hebat
Quote underground 14-2-2014 08:32 AM
hospital ampang atau hospital pantai pandan indah...
Quote ketum 14-2-2014 08:34 AM
AdamBillionaire posted on 14-2-2014 05:46 AM
erk. pandan indah ada hospital ke? mcm tak nampak je? yang nampak pondan2 berkeliaran...

Hang dok mana kalau tak tau jangan dok sembang buat malu kat orang jah
Quote airfilterkotor 14-2-2014 08:35 AM
Macam kata abang Hisyam.... Mesia masih selamat.
Quote mongoose_kidz 14-2-2014 08:37 AM
kpd pesakit wanita..
klau dr lelaki nak cek,spttnya mmg kene ade sorg nurse tmnkan.
chaperon org kata..hehe
klau xde, anda blh request..
Know ur right k
Quote rienafaiz 14-2-2014 08:41 AM
kat area2 pandan indah ada 2 hospital je.
Hospital Ampang dengan Pantai Medical centre
Quote qronaldo7 14-2-2014 08:46 AM
pkai siap2 kot doktor dari rumah. park kereta tempat public msuk wad. spe nk cam
Quote mahmoode 14-2-2014 08:49 AM
sumber dari metrosex
Quote lady_bonia 14-2-2014 08:51 AM
semakin ramai lelaki gila seks di malaysia..
Quote batmana 14-2-2014 09:05 AM
4 bulan ..lama tu.
apa sekuriti buat? tido ka?

klu doktor plsu bole kuar masuk selama 4 bulan..
bilik ubat tu msti bole seludup kluar skali..

takde sekuriti lngsung..

teringt spital kt perak, mak guard punyele tegas periksa, smpai dktor2 pn diperiksenye skali..bagus mak guard ni...
Quote crazecousa 14-2-2014 09:49 AM
mcm tipu je cerita ni... style cerita bangbros omputih buat hahhaha
Quote ifanonline 14-2-2014 09:50 AM
entah2 doktor tu tengah rakam aksi dier kpd wanita tersebut...mcm2...

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.190378 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top