CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Di Perkarangan Masjid Pun Dirompak

17-2-2014 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8759| Komen: 65

Machang: Sungguh kurang ajar apabila seorang penjenayah memeras ugut seorang suri rumah meminta supaya menyerahkan beg tangan dan barang kemas sehingga mangsa kerugian kira-kira RM28,000 dengan mengacukan pisau lipat dan menyumpah seranah ketika jemaah mengangkat takbir untuk menunaikan solat Jumaat berhampiran Masjid Peringat, Melor, Kota Bharu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.55 tengah hari itu, mangsa, Nor Aini Mohd Nor, 58, yang duduk di tempat duduk penumpang sebelah depan sedang menunggu suaminya, Abdul Rahman Abdullah, 58, menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.


Kereta diparkir di luar masjid dalam jarak kira-kira 100 meter dan tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tidak dikenali berbaju Melayu serta meletakkan kain pelekat di kepala di tepi kereta dan dalam keadaan cermin tingkap kereta terbuka sepenuhnya, dia mengacukan pisau lipat sambil menyumpah seranah meminta mangsa menyerahkan barang kemas dipakai dan beg tangan yang diletakkan di kaki.

Menurut Nor Aini, dia tidak menyangka sebuah kereta jenis Wira Aeroback yang tiba-tiba di parkir di belakang keretanya adalah kereta penjenayah.


NOR AINI melakonkan semula kejadian.

“Saya membuka cermin tingkap kereta kerana mahu mendengar khutbah dan berdoa. Tiba-tiba sebuah kereta di parkir di belakang kereta saya dan ketika jemaah mengangkat takbir untuk solat Jumaat muncul seorang lelaki tidak dikenali di tepi kereta mengacukan pisau lipat, malah menyumpah seranah dan meminta saya menyerahkan barang kemas dan beg tangan saya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cherylrihanna 16-2-2014 09:20 PM
makcik ni on d way g jalan2 honeymoon ngan laki dia la kot. Dekat rumaha i ni. Jumaat kan cuti, orang pergi kenduri lepas Jumaat biasanya
Quote shogun77 16-2-2014 09:26 PM
sempat lagi makcik melakonkan semula kejadian..

apa2 pon..innalillah...
Quote BotakChinPeng 16-2-2014 09:27 PM
"Parkir" ? Ptuih. Macam indon ja
Quote nebulagazer 16-2-2014 09:55 PM
Innalillah..
Quote cmf_herrhughie 16-2-2014 09:56 PM
makin berleluasa, macik tua pun nak buli...
Quote munchkin 16-2-2014 09:58 PM
Rm28k. Astaga. Apa dibuat berjalan ngan rm28 k .
Quote faraway1 16-2-2014 10:07 PM
berani betul makcik ni jalan jalan dengan barang kemas
bila dah heboh semalaysia yang malaysia ramai peragut
dan orang jahat..
Quote mak_wa95 16-2-2014 10:08 PM
Time solat jumaat selalu berlaku kejadian pecah kereta....ini dalam kereta ada orang...lagi banyak la dapat hasil samun...takziah mcik
Quote ikan_kaghing 16-2-2014 10:12 PM
Dah agak dah mesti negeri Serambi Mekah..

Kalau kes guru henjut-henjut, judi tepi sungai, sampah, anak derhaka, dadah atau tembak, keberangkalian untuk nama negeri syumul ini muncul adalah 80%.

Mungkinkah ini balasan daripada Allah apabila pemimpinnya sibuk menjilat tapak kaki kapiaq harbi ?
Quote MissNigga 16-2-2014 10:14 PM
mmg dah kena target sejak kuar dari bank nie ,,,,
Quote sepiITUindah 16-2-2014 10:18 PM
dok kat mesia ni..tak yah nak tayang berantai emas berbelit2
duit banyak ngan tunjuk mewah
lain kali wat cam pengemis jer
tak ade org nak rompak
Quote ultra78 16-2-2014 10:22 PM
munchkin posted on 16-2-2014 09:58 PM
Rm28k. Astaga. Apa dibuat berjalan ngan rm28 k .

Pakai gelang emas sampai ke lengan kot





Quote BelovedTaeyeon 16-2-2014 10:24 PM
Salaam.

Kesian.

Kifarah.

Pengajaran untuk kita semua.
Last edited by BelovedTaeyeon on 16-2-2014 10:57 PM

Quote jengkoil 16-2-2014 10:41 PM
BelovedTaeyeon posted on 16-2-2014 10:24 PM
Salaam.

Kesian.

Kaffarah ke kifarah dik nonnn?..ehehehee

Apa2 pun. .takziah pada mokcik tersebut...kadang2 duit, reta kita milik org..
kita tlg pegang je...
Quote BelovedTaeyeon 16-2-2014 10:56 PM
jengkoil posted on 16-2-2014 10:41 PM
Kaffarah ke kifarah dik nonnn?..ehehehee

Apa2 pun. .takziah pada mokcik tersebut...kadang2 duit ...

Rasanya makcik tu tak meninggal dunia

Aku pun keliru juga 'kifarah' atau 'kafarah'

Kifarah baru betul ek?
Kafarah tu hanya untuk lepas selesai majlis ilmu.


Last edited by BelovedTaeyeon on 16-2-2014 10:58 PM

Quote munchkin 16-2-2014 11:00 PM
ultra78 posted on 16-2-2014 10:22 PM
Pakai gelang emas sampai ke lengan kot

Aiyooo... Bahaya tu
Quote batmana 16-2-2014 11:04 PM
munchkin posted on 16-2-2014 09:58 PM
Rm28k. Astaga. Apa dibuat berjalan ngan rm28 k .

kebanyakkn org2 pmpn tua melayu asli atau bukan asli cm penyo.. bwk segala mak bapak brg kemas dlm begnye..

tu yg masalah..klu kene rompak abis jadi cmni..

Quote wawantow 16-2-2014 11:05 PM
musti yg merompak tu org yahudi atau org nasaroh
Quote ilacantik 16-2-2014 11:11 PM
Kenapa makcik ni tak masuk duduk dlm masjid sekali? Kalau kat Mekah dan Madinah sana, semua kaum kaum hawa ni taknak lepas peluang solat jumaat.  Apapun, semoga makcik bersabar. Malang memang tak berbau.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.189334 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top