CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Aniaya Lembu Saya

17-2-2014 10:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9232| Komen: 72

 

Mohd Kassim menunjukkan salah seekor lembunya yang mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab.

BERANANG - “Saya minta orang yang buat kerja ni insaflah... lembu hak milik ALLAH. Kita tak ada hak menghukumnya," demikian rayu seorang penternak lembu yang mendakwa kerugian lebih RM30,000 apabila 15 ekor daripada haiwan ternakannya ditemui mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab.
        
Penternak tersebut, Mohd Kassim Mokhtar, 38, berkata, jika ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakan melepaskan lembu untuk meragut rumput patut  bersemuka dengannya, bukan menganiaya haiwan terbabit.

        
Dakwanya lagi, itu bukan kejadian pertama dan dia pernah kerugian lebih RM60,000 apabila 27 ekor lembunya mati diracun, tiga tahun lalu.
        
"Ahad lepas, masa nak halau lembu ke kandang, saya dapati lima ekor daripada jumlah keseluruhan yang dilepaskan meragut rumput di dua kampung, hilang.
        
"Saya terkejut apabila terjumpa lima bangkai lembu selepas itu," katanya.
        
Katanya, kejadian tersebut tidak terhenti di situ apabila 10 lagi lembunya ditemui mati Isnin dan Rabu lalu.
        
Tambahnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) daerah juga datang untuk mengambil sampel bagi mengenal pasti punca kematian.
        
"Menurut JPV, lembu saya mati akibat diracun berdasarkan simptom," katanya.
        
Dalam pada itu, Mohd Kassim yang sudah 25 tahun menternak lembu berkata, dia tiada pilihan selain melepaskan lembunya di situ.
        
“Dahulu tempat ni hutan. Kalau lembu saya tak dibenarkan meragut meragut rumput di sini, ke mana lagi nak bawa mereka pergi. Malah, jika lembu saya rosakkan pagar atau tanaman mereka, saya bayar ganti ruginya,” katanya.
        
Menurut Mohd Kassim, dia tidak menuduh sesiapa, tetapi sedih kerana haiwan ternakannya dianiaya.

"Saya pernah mohon tempat untuk lembu saya meragut rumput kepada agensi berwajib sebelum ini, namun masih tak ada maklum balas diterima.
        
Pernah juga saya ditawarkan sebidang tanah di Lenggeng, Negeri Sembilan, tapi setakat itu saja. Lepas tu tawaran senyap," katanya.
        
Mohd Kassim juga telah membuat laporan di Balai Polis Beranang berhubung kejadian menimpanya untuk tindakan lanjut sekali gus mengelakkan insiden tersebut berulang.

1

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dovahkiin 15-2-2014 01:22 PM
Penternak lembu dlu naik moto, potong mana2 rumput bwk balik kandang. Skang da malas, lepaskan je merata2. Habis jalan tar penuh taik lembu. Nasib belum ada yg hati kering kasi sembelih je lembu2 tu.
Quote haniryan 15-2-2014 01:23 PM
sedihnya...  kesiannya lembu lembu yang x berdosa tu
Quote poyohabis 15-2-2014 01:28 PM
Ada org marah la tu lembu pakcik ni mesti bersepah2... Duk melepak kat tgh jln raya ke, duk msk umah org ke...
Quote munchkin 15-2-2014 01:39 PM
Kesiannya. Apa cerita sebenar srbaliknya. Bincanglah dgn owner lembu tu elok2
Quote MengkuduMasam 15-2-2014 01:43 PM
Yg pi lepas kan  je nape? manusia pun ade limitnya jugak...

Kat tp highway slalu nampak signboard lembu...ape kes?
Quote pittjie 15-2-2014 01:45 PM
dah byk kali lembu dia kena racun pun masih lepaskan gitu2 je. bkn x boleh bg lembu mkn lepas gitu, tp kena rajin diawasi la. kalau x .. hbs lembu2 tu ceriboh kebun org. lanyak pikok pisang, pokok keladi dll. mesti la tuan punya kebun bengang.

-dari org yg bercita2 nak jd penternak lembu dan kambing
Quote precious_chicas 15-2-2014 01:53 PM
laa..kan dah tahu orang marah...kenapa di lepaskan senang2 je kat tempat orang lain? Patutnya dia awal2 lagi jumpa dengan owner tanah tu minta izin lepaskan lembu2nya kat situ kan? Sombong jugak la pakcik ni.
Quote espritvin 15-2-2014 02:11 PM
Keji betul sape yg buat mcm ni..
Quote Eric.n9 15-2-2014 03:37 PM
Aiyo bang, org beranang mmg kuek main racun apo? takkan tak tau laie, huhuh
Quote Cakkkk....aaaa 15-2-2014 03:50 PM
alahai... nak cari sapa yg buat memang payah la bai...

carilah solution.. supaya x berlaku lagi

berlambak2 kawasan ladang kelapa sawit yang ko boleh bincang ngan owner utk lepas lembu.. watpe nak senang lepaskan kawasan kampung? kadang2 bukan sengaja racun, dah lembu ko makan dalam kebun sayur yg baru lepas kena racun..

lembu ko makan harta tanaman orang ingat halal ke?

kalau dah 3-4 kali kena racun pun tak sedar jugak, toksah pelihara lembu la bai..

ingat nak senang aje...
Quote pakwetizzaqyah 15-2-2014 04:25 PM
ke kes ko tak jaga lembu ko betol2..kalau tk takkan la orng nk aniaya lembu ko wei...msti lembu ko banyak dosa..berak rata2...dan makan pokok bunga orng..lol
Quote matamata 15-2-2014 06:21 PM
Kalau ada pemandu atau penunggang yg mati sbb terlanggar lembu kau agak2 kau nak ngaku tak?
dah lembu2 mati kena racun pandai pulak report polis

lembu bodoh sbb tak berakal....org paham..
Yg org marah ni sbb tuan yg berakal tp nak jadi bodoh ikut resmi lembu
Quote matamata 15-2-2014 06:25 PM
Silap2 lembu2 tu pegi meragut kat ladang2 yg baru kena smbur racum rumpai....maklumlah tak berpantau....mana la owner ladang nak tau yg lembu kau nak ceroboh meragut kat ladang dia

seriously kebanyakan owner2 lembu mcm ni mmg kurang hajar pun....tak blh dibawak berbincanglah....depan wartawan kemain sembang mcm baik.....
Quote meow_tompok 15-2-2014 06:26 PM
Dovahkiin posted on 15-2-2014 01:22 PM
Penternak lembu dlu naik moto, potong mana2 rumput bwk balik kandang. Skang da malas, lepaskan je me ...

setuju. kasik makan lembu kat kandang la kan.
tahi lembu atas jalan ko nak cuci kaaa??
Quote matamata 15-2-2014 06:27 PM
Silap2 lembu2 tu pegi meragut kat ladang2 yg baru kena smbur racum rumpai....maklumlah tak berpantau....mana la owner ladang nak tau yg lembu kau nak ceroboh meragut kat ladang dia

seriously kebanyakan owner2 lembu mcm ni mmg kurang hajar pun....tak blh dibawak berbincanglah....depan wartawan kemain sembang mcm baik.....

Owner2 bangsa India bg aku lbh bagus....sepanjang masa aku tgk ada yg jaga lembu2 tu

tak mcm owner2 melayu....
Quote matamata 15-2-2014 06:28 PM
Boleh berbincang konon....sembang kencang.....
Quote enchikfitz 15-2-2014 06:33 PM
Tragisnya kematian lembu tersebut. Takziah diucapkan
Quote slippergombak 15-2-2014 06:46 PM
Kurang skit pengundi umno.....menangis kak ijat tgk nih...
Quote sekngucing 15-2-2014 07:10 PM
Dovahkiin posted on 15-2-2014 01:22 PM
Penternak lembu dlu naik moto, potong mana2 rumput bwk balik kandang. Skang da malas, lepaskan je me ...

ini org panggil pegi mencerut

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.067539 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top