CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taska Di Tempat Kerja Satu Keperluan - Rosmah Mansor

21-2-2014 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8926| Komen: 58


PUTRAJAYA 20 Feb. - Kanak-kanak di bawah usia lima tahun perlu didedahkan dengan pendidikan awal yang berkualiti di Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang mempunyai pengasuh terlatih, kata isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, bagaimanapun akibat kekurangan Taska, ibu bapa tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.
"Kajian menunjukkan masa depan kanak-kanak amat bergantung kepada peluang pendidikan awal yang diterima sebelum berumur empat tahun. Tetapi mereka terpaksa ke rumah pengasuh sedangkan kebanyakan pengasuh tidak mempunyai latihan asas dalam bidang asuhan kanak-kanak," katanya.

Penubuhan Taska di tempat kerja terutamanya di agensi-agensi kerajaan juga akan memberi manfaat kepada ibu bapa dan kanak-kanak, katanya semasa merasmikan mesyuarat agung perwakilan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) ke-32 di sini, hari ini.

"Ibu bapa secara tidak langsung dapat memberi tumpuan terbaik semasa bekerja tanpa memikirkan tentang penjagaan anak-anak, sekali gus berjaya meningkatkan produktiviti kerja masing-masing," katanya.


Rosmah yang juga penaung Puspanita Kebangsaan berkata, laporan media mengenai kes-kes kecemasan di Taska terutamanya bayi meninggal akibat tersedak susu seharusnya membuka mata banyak pihak untuk menubuhkan Taska di tempat kerja supaya ibu bapa lebih mudah memantau anak-anak.
13

Bagus
8

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HUHA 20-2-2014 05:15 PM
bila nak buat, asyik cakap saja
Quote BelovedTaeyeon 20-2-2014 05:16 PM
Salaam.

Nape?

Kak Mah nak bersalin ke?
Quote leylapple 20-2-2014 05:17 PM
betul, setuju..tapi bila nak buat??

kalo blh for free yer..
Quote khailya 20-2-2014 05:20 PM
aku sokong gak part ni...
klu freee lagi best..
tp klu kene byr.. biar la lebih murah harga nyer dari hantar anak kat luar ha..heheheehe
Quote Anak_Nogori 20-2-2014 05:22 PM
suma nak pree...tokey balak pun boleh bengrap kalau macam ni..
Quote gekkou 20-2-2014 05:24 PM
setuju...
tp pelaksanaan tu tiada pn
kak mah tolong ler
Quote slippergombak 20-2-2014 05:33 PM
rumah rakyat termiskin free ada tak.....??? @Acong
Quote foxiey 20-2-2014 05:42 PM
ok jer. tapi kenalah pastikan cikgu2 kat taska tu yang bertauliah & ada pengalaman handle budak2 + ada ilmu tentang basic bantuan kecemasan. terhad kan jumlan intake kat taska tu. ni sampai berpuluh2 budak dengan 3-4 orang penjaga. tak tambah lagi dengan budak demam, batuk selsema. habis satu taska berjangkit. tu satu masalah jugak
Quote cipOt_cedOt 20-2-2014 05:59 PM
nak bukak taska kat bangunan perjabat lagi mahal dari bukak taska kat kawasan perumahan...

sebab tu yang berani bukak cuma taska kelolaan kerajaan... itu pun kat bangunan kerajaan... swasta plak kalau bangunan tu dia yang punya n taska tu under pengurusan dia sendiri...

sendiri nak bukak kat bangunan perjabat memang takan la...
Quote miss_lavander 20-2-2014 06:19 PM
taska mahal nak bukak kat bangunan kerajaan kalau bangunan tu bukan milik kerajaan sepenuhnya tapi disewa/dipajak dan sewaktu dengannya drpd pemaju. Jadi that y, kalau nak bukak office lain, perlu berunding dgn owner bangunan dan off course lah taska/premis tu kena tanggu sewa per sq/feet.
Quote pakwetizzaqyah 20-2-2014 06:47 PM
DS Rosmah idea dia mmg best2... tp aku kecewa masa budak2 dari sweden tu balik..nama DS Najib pun tk tau..nampak sangat mak ayah dia yg kena tangkok tu tak ajar anak sapa pemimpin negara asal2...dah tu anak2 tu dah besar balik sini tau dia hina pemimpin
Quote shernazz 20-2-2014 06:53 PM
cadangan yang bagus
kalo aku, aku x kesah bayarannya
janji senang untuk aku follow up anak aku..tu aje...
Quote pakwetizzaqyah 20-2-2014 07:54 PM
shernazz posted on 20-2-2014 06:53 PM
cadangan yang bagus
kalo aku, aku x kesah bayarannya
janji senang untuk aku follow up anak aku..tu ...

ooo..korang dulu selalu kutuk2 DS Rosmah..sekarang baru korang tahu betapa geniusnya isteri PM kita yg sehat itu...harap sila ajar anak2 korang nama pemimpin..jngn jadi macam anak orng sweden..dah orng tolong bawak balik Malaysia...it is reality, Datuk Seri I think jawab die...tak bersyukur langsung
Quote pakwetizzaqyah 20-2-2014 07:54 PM
Anak_Nogori posted on 20-2-2014 05:22 PM
suma nak pree...tokey balak pun boleh bengrap kalau macam ni..

tahnye..semu nk free...ikot perangai mamak pineng apa...?
Quote shernazz 20-2-2014 08:11 PM
pakwetizzaqyah posted on 20-2-2014 07:54 PM
ooo..korang dulu selalu kutuk2 DS Rosmah..sekarang baru korang tahu betapa geniusnya isteri PM kit ...

mane ade aku kutuk2
yang elok, kita jadikan tauladan kan
yang x elok kita jadikan sempadan
kalo bagus cadangan dia, aku setuju aja
Quote clarizsa 20-2-2014 08:16 PM
utk gov je la tu... ok.. fine... buatla...
Quote kasmela 20-2-2014 08:17 PM
Betul tu!
Quote highcastle 20-2-2014 08:35 PM
Benda yang baik kenapa harus tak bersetuju. TT belum apa2 lagi dah ratib konon nak kutuk Rosmah..
Quote noor2 20-2-2014 09:07 PM
susah juga sambil keje sambil tgk anak...lama2 keje tak jalan kalau dah ditempat keje...

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.322860 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top