CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

‘Bom’ gegar sekolah

10-12-2012 10:03 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 8005| Komen: 31

Posted on the December 9th, 2012 under Tempatan by admin


Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam.

Tindakan ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran.

Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran.

“Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeMax 10-12-2012 07:47 AM
Sat lagi org kapir tuduh budak tu pengganas Islam la pulok...hancurrrrrrrr!!!!!!!!!!!!
Quote toki_rompin 10-12-2012 07:58 AM
belajar menda cuti2 ni?
Quote nalis 10-12-2012 08:06 AM
takde macgyver sangat pun... aku rasa diorang cuma cantum2 mercun bola tu pastu guna ubat nyamuk tu untuk hidupkan sumbu (bagi lambar sikit supaya sempat cabut lari jejauh)
Quote ctaz 10-12-2012 08:53 AM
ni skola apa ni....
bulan disember ni apekejadahnya ada sekolah bukak.....
Quote jaa139 10-12-2012 08:57 AM
erk...citer tahun bila ni
Quote gaara_X 10-12-2012 09:00 AM
nak marah pun biar beradab......memalukan kaum je laa nie....
Quote SiNoob 10-12-2012 09:03 AM
alhamdulillah..kecik-kecik dan terserlah ciri-ciri muslim sejati pada mereka ini..
Quote nalis 10-12-2012 09:07 AM
mcm siot je tt... setelah digodek balik, ni berita bulan mac 2011
Quote cikatilia 10-12-2012 09:12 AM
arson gitu kan

byk tgk movie la ni.. vodow nak bomb skolah
esok2 ko jugak membesar vodow dok dlm jail
Quote MissNigga 10-12-2012 09:14 AM
nalis posted on 10-12-2012 09:07 AM
mcm siot je tt... setelah digodek balik, ni berita bulan mac 2011

... erkkkk...


Momodddddd ... .... mohon katup before lahar gunung berapi meletopssss...

....
Quote meklin 10-12-2012 09:15 AM
nah hambik ...
dulu boleh toreh keta cekgu dah kira star sangat dah..
sekarang ni sampai nak bom sekolh.. kerlast nko dik!!!
boleh piloih hantaq p palestin nih ..
Quote MissNigga 10-12-2012 09:15 AM
... pasai tu biler baca balik cam de ja vu sajork...
Quote tupaiterbang 10-12-2012 09:17 AM
sedap kalu dapat bebudak ni pastu pukul sampai lembik
Quote KarinaKapur 10-12-2012 12:53 PM
cerita tahun 2011, tahun 2012 ni hantar la pegi sempadan gaza-israel..
Quote mysara 10-12-2012 12:56 PM
toki_rompin posted on 10-12-2012 07:58 AM
belajar menda cuti2 ni?

tu la korang tak tau
ada jer sekolah yg buat program tuisyen utk persediaan naik kelas baru
jgn ingat tugas cikgu hanya hari bekerja 7.30 smpi 2 jehhh
Quote batmana 10-12-2012 02:03 PM
time cuti, manala logik budak2 bom sekola.
kalu cikgu2 yg bom tu logikla jugakk..
Quote aziz79 10-12-2012 02:29 PM
diaorang ni buat bom ke buat mercun?
Quote rosmahisham 10-12-2012 02:43 PM
adoi citer taun lepas eh??
Quote kroit92 10-12-2012 07:30 PM
sekarang bukan cuti sekolah ke? sekolah mana ni?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055628 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top