CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amah Indonesia Di Bunuh Majikan Malaysia

6-3-2014 05:08 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7651| Komen: 26


ANGGOTA polis mengiringi pasangan suami isteri, Fong Kong Meng, 58, (depan) dan Teoh Ching Yen, 56, keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia mereka, Isti Komariah. - Foto Asyraf Bokhar

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia mereka, Isti Komariah.

Hakim Datuk Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.



Fong Kong Meng, 58, bekas perunding pendawaian dan isterinya Teoh Ching Yen, 56, suri rumah, didakwa bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No 90, Jalan SS 2/6, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, di antara 14 Mei 2010 hingga 5 Jun 2011.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata di akhir kes pendakwaan sebelum ini, pendakwaan berhujah bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh yang tidak membekalkan makanan mencukupi serta tidak memberi rawatan perubatan kepada mangsa.

Beliau berkata mangsa semasa mula bekerja mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi ketika meninggal dunia hanya mempunyai berat badan 26 kilogram.

"Pembelaan gagal menyangkal hujahan pihak pendakwaan berhubung sebab kematian serta fizikal mangsa dan mahkamah dapati pembelaan kedua-dua tertuduh hanya penafian semata-mata.
"Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati," katanya.

Fong dan Teoh yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang sejurus mahkamah menjatuhkan hukuman.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 30 Julai 2012, pendakwaan memanggil 16 saksi sementara pembelaan mengemukakan enam saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, Suzana Abdul Latif dan Muhammad Asyraf Md. Kamal mewakili pendakwaan sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zaleha Al-Hayat dan Thong Seng Kong.

Akhbar sebelum ini melaporkan pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada 6 Jun 2011 tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu.

Mangsa bekerja dengan pasangan suami isteri itu sejak Disember 2008. - BERNAMA

9

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Namirul_returns 6-3-2014 03:49 PM
Abislah indon meroyan lagi....
Quote sekel 6-3-2014 03:50 PM
cina mmg kejam dlm bab membela amah/bibik
Quote the_killer 6-3-2014 03:51 PM
ganyang malingsia..TNI sudah siap untuk gempur malingsia !!!!!


Quote Staratila 6-3-2014 03:51 PM
Majikan cina kalau dgn pembantu rumah indon memang tak ada belas kesihan langsung. Baguslaa kalau setiap kesalahan diberi hukuman yg setimpal mcm ni so that boleh jadi pengajaran pada yg lain nanti.
Quote skeezotone 6-3-2014 03:52 PM
Cina ni mmg kejam cilanat.. Errrmm.. Yindon.. Ilek la.. Kaum ko lg byk wat jenayah bunuh org m'siA.. Huhuhu
Quote shiro82 6-3-2014 03:57 PM
pembunuh dah di jatuhi hukuman atas kesalahan mereka,semoga roh arwah di cucuri rahmat.....indon2 lain yang berangan nak datang mesia tu tak payah la dtg. tak da faedah dtg mesia.
Quote advark 6-3-2014 03:58 PM
sendirik dah terang tuleh tajuknya "BAKAL" kan....bukannya indon di gelar negara akan... so janji xbakal ada baling2 tahi bagai...aman sudah
Quote network 6-3-2014 04:09 PM
Indon klu main taik.. cabut larii naik teksi.. mmg x dpt dipisah kan.. tu je la standard nya..
Quote amiraira 6-3-2014 04:10 PM
Staratila posted on 6-3-2014 03:51 PM
Majikan cina kalau dgn pembantu rumah indon memang tak ada belas kesihan langsung. Baguslaa kalau se ...

ya memang betul...

tapi rata2 mereka masih mencari amah indonesia utk bekerja dgn mereka
pelik tapi tu la hakikatnya....
Quote amiraira 6-3-2014 04:11 PM
skeezotone posted on 6-3-2014 03:52 PM
Cina ni mmg kejam cilanat.. Errrmm.. Yindon.. Ilek la.. Kaum ko lg byk wat jenayah bunuh org m'siA.. ...

2 x 5 dgn 5 x 2 je...
sabo je la....
Quote crossfire 6-3-2014 04:13 PM
they deserved mati di tali gantung...
Quote skeezotone 6-3-2014 04:14 PM
amiraira posted on 6-3-2014 04:11 PM
2 x 5 dgn 5 x 2 je...
sabo je la....

Soo. Yindon.. Duk diam2.. Jgn nk melenting lebih2.. Kikiki
Quote bidacool 6-3-2014 04:18 PM
Kesian dia... tak kisah la Indon ke, Bangla ke, Nepal ke, tetap manusia jugak....
Quote gogo2 6-3-2014 04:22 PM
amiraira posted on 6-3-2014 04:10 PM
ya memang betul...

tapi rata2 mereka masih mencari amah indonesia utk bekerja dgn mereka

aiya, sikalang hor, hanya Indon saja mau keroja maid kat Msia... filipin maid hor, very expensive.
Quote amiraira 6-3-2014 04:28 PM
gogo2 posted on 6-3-2014 04:22 PM
aiya, sikalang hor, hanya Indon saja mau keroja maid kat Msia... filipin maid hor, very expensive. ...

kalau dh tahu murah
knapa layan mcm tu
siap bunuh lagi...
Quote gogo2 6-3-2014 04:29 PM
amiraira posted on 6-3-2014 04:28 PM
kalau dh tahu murah
knapa layan mcm tu
siap bunuh lagi...

dorang ingat murah tuh pasal tuh tarak kasi sayang la...

mcm brg ko yg beli kat pasar malam mesti tak sayang lor. klu ko beli balang kat KLCC, misti sayang miya..
Quote gogo2 6-3-2014 04:30 PM
bidacool posted on 6-3-2014 04:18 PM
Kesian dia... tak kisah la Indon ke, Bangla ke, Nepal ke, tetap manusia jugak....

tak samalah.. mcm Melayu kan, dorang ni tuan taw... TUAN!!!
Quote amiraira 6-3-2014 04:33 PM
gogo2 posted on 6-3-2014 04:29 PM
dorang ingat murah tuh pasal tuh tarak kasi sayang la...

mcm brg ko yg beli kat pasar malam me ...

mira ni beli barang kt mana pn syg
pasal yg klua duit mira sendiri..
x kira la pasar mlm ke KLCC ke

Quote unhas 6-3-2014 04:52 PM
memang patut kena hukum gantung. orang dah tolong kau jadi maid kau pi siksa plak. kalau maid tu kerja cam bodo kau pecat je la xyah la nak siksa2 bodo punya apek.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061845 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top