CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hobi Lihat artikel

VW Scirocco R = kuasa enjin kereta lumba

7-1-2013 02:59 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12464| Komen: 0

Oleh ERYWAN NORSHAL
Huruf ‘R’ yang tertera pada model Volkswagen Scirocco ini ternyata memberi maksud mendalam bagi peminat fanatik kereta berprestasi.
Ia bukan sekadar lambang, tetapi kehadiran huruf itu membuatkan pengguna jalan raya lain gerun mendekatinya.

Hakikatnya, Volks-wagen Scirocco R ini ialah sebuah jentera ditala khas bagi pemanduan dinamik, selain menawarkan kuasa enjin seiras kenderaan perlumbaan.

Memandu Scirocco R melengkapkan koleksi penulis dalam memandu uji keluarga ‘Series-R’ selepas mengendalikan Golf R dan Passat CC-R.

         
Bentuk aerodinamik.

                     
         
               
     Kerusi bucket.





Penampilan luaran model ini menggambarkan aura yang bertenaga de-ngan reka bentuk bulat, lebar serta rendah, sekali gus memberi kelainan dalam jenama Volkswagen.


Sebenarnya, imejnya tidak banyak berbeza de-ngan Scirocco varian biasa, cuma bampar depan dan belakang kelihatan lebar sedikit selain dipadankan dengan rim 19 inci.

Ruang kabinnya menerima beberapa sentuhan baru membabitkan kerusi ‘bucket’ dan stereng berbentuk ‘D’ yang tertera lambang ‘R’ untuk membezakan dengan varian biasa.

Kerusi ‘bucket’ dengan pengubah posisinya secara manual itu kelihatan seperti tempat duduk jentera perlumbaan, selain memberi kedudukan lebih tegap.

Biarpun ruang kepala-nya sedikit terhad, ia tidak menjadi masalah kerana kerusi ‘bucket’ ini membuat kedudukan pemandunya lebih ke dalam tanpa menjejaskan penglihatan.

Tempat duduk belakang yang dikhaskan untuk dua penumpang juga tidak menghampakan kerana ia memberi keselesaan secara optimum.

Kombinasi papan pemuka menggunakan material lembut dengan sistem audio LCD menggambarkan kemewahan selain dilengkapi pembesar suara jenama premium ia-itu Dynaudio.

Sebaik menghidupkan enjin dengan menekan butang, kede-ngaran bunyi ekzos yang garang dalam -ruang kabinnya pasti membuatkan bakal pemiliknya terse-nyum.

Jentera ini menawarkan keseronokan sebaik saja me-nyusuri lebuh raya apabila enjinnya menyalurkan kuasa tujahan yang bertenaga selepas pedal minyak ditekan secara agresif.

Dalam tempoh singkat, jentera ini mampu memecut dari 100 hingga melebihi 160 kilometer sejam (km/j) sehing-ga badan penulis terasa seperti melekat pada kerusi.

Pengendaliannya lebih menyeronokkan jika memulakan pecutan dengan menggunakan transmisi secara manual enam kelajuan yang boleh ditukar menggunakan tombol gear atau pedal di belakang -stereng.

Sebaik menukar kepada gear lebih tinggi, bunyi seperti letupan keluar dari ‘mulut’ ekzosnya sebelum jentera ini terus memecut.

Selain itu, kestabilan sistem suspensinya boleh -ditingkatkan daripada mod Selesa kepada Sport dengan hanya menekan butang berhampiran tombol gear-nya. Mod Sport ini sangat berguna di selekoh kerana ia memberi ceng-kaman pada permukaan jalan ketika memandu pada kelajuan sedikit tinggi.

Bagaimanapun, ia membuatkan suspensi-nya lebih keras dan kurang selesa untuk pemanduan santai atau di laluan tidak rata.

Brek cakera dipadan keempat--empat tayarnya juga mampu mengurangkan kelajuan dalam masa sing-kat sebelum meratah laluan berselekoh.

Walaupun terpaksa berbelanja lebih untuk memilikinya, kenderaan ini pasti berbaloi kerana menawarkan kelebihan berbanding jentera lain.


Spesifikasi Volkswagen:

Enjin: 1,984cc, 2.0 L TSI turbocaj suntikan terus dan empat silinder
Kuasa Maksimum: 253 hp pada 6,000rpm
Kuasa Tork: 330 Nm antara 2,400 hingga 5,200rpm
Transmisi: DSG enam kelajuan
Kelajuan Maksimum: 250 km/j
Pecutan: 0 hingga 100 km/j 6 saat
Ciri Keselamatan: Beg udara, ABD dan BA serta TCS
Harga: Bermula RM279,888


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.074204 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top