CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Main-Main Naluri Isteri

7-3-2014 05:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12325| Komen: 46


BEBERAPA hari lepas, saya duduk berborak dengan mereka yang sudah melimpah ruah pengalamannya mengenai hal ehwal wanita. Walaupun sudah masuk umur 43 dan sudah hampir 20 tahun berumahtangga tetapi bercampur dengan mereka, saya berasa diri seperti anak muda mentah.

Rupanya masih banyak yang saya tidak tahu mengenai wanita. Betullah seperti apa yang dikata oleh seorang kawan, wanita adalah makhluk yang dijadikan ALLAH dengan seribu satu misteri. Dan meneroka misteri wanita adalah pengembaraan hidup yang sangat menarik. Namun pengembaraan ini tidak ada destinasi muktamadnya sebagaimana misterinya wanita yang tidak pernah ada jawapan tuntas bagi setiap persoalan membabitkan mereka.

Dalam perbualan itu, berkatalah seorang daripada bijak pandai ini bahawa lelaki jangan berasa diri mereka sudah cukup pandai untuk menyembunyikan rahsia daripada isteri, terutama suami yang daripada spesis patin buah iaitu mereka yang mengamalkan cara hidup liar, bebas seperti patin yang di luar sangkar.

"Orang perempuan ni kita tak tau, instinct depa kuat. Apa yang kita buat di luar rumah, depa boleh rasa. Tinggal lagi sama ada depa nak bising atau tidak saja," katanya.

Menyusul selepas, macam-macam pandangan dikemukakan. Ada yang mengatakan dalam pada suami yang jenis patin buah itu berasa mereka sudah cukup bijak menyembunyikan kegiatan kokurikulum daripada pengetahuan isteri, keharmonian rumah tangga sebaliknya berjaya dikekalkan hanya bersebab kesabaran isteri.

"Isteri ni... depa saja tak mau buat kecoh. Selagi mana dirasa apa yang dibuat suami di luar rumah tak menjejaskan depa, selagi itulah depa bertahan. Ada juga yang fikir, kalau depa bising, keadaan akan jadi lebih haru biru. Anak-anak macam mana?

"Bagi mak-mak ni, anak-anak lebih utama. Sebab itu depa diam. Walaupun makan hati, depa tak bising sebab depa tau, kalau depa bising, akibatnya mungkin lebih buruk untuk depa." Demikian salah satu pendapat yang dikemukakan.

Menariknya, untuk mengiyakan lagi tajuk itu, seorang daripada rakan saya itu buat pengakuan. Katanya, pernah suatu ketika bekerja di luar kawasan, dia terserempak dengan kekasih lamanya sewaktu universiti dahulu.

"Nak jadi cerita, ex-girlfriend aku tu tak kahwin lagi. Bila dah terjumpa, dan aku pun tengok dia masih lawa, semangat lama pun datang balik. Kami pergi makan dan berborak agak lama. Kiranya dalam hati aku memang ada niat nak sambung balik apa yang sudah terputus."

Namun dengan tidak semena-mena kata kawan saya itu, keasyikannya menganyam impian tiba-tiba tersentap apabila isterinya telefon.

"Sebelum tu, tak pernah sekalipun dia call waktu kerja. Biasanya bila kerja outstation, malam aku yang call dia untuk tanya khabar, tahu-tahu hari tu, entah macam mana dia teringat nak call aku pulak. Dan lagi yang paling tak sedap, dia tanya aku ok ke tak? Tiba-tiba saja. Bila aku tanya dia sebab apa tanya macam tu, dia kata, entah, tiba-tiba saja rasa tak sedap hati," katanya.

Sejak itu, kata si rakan, jangankan impian jangka panjang, impian jangka pendeknya pun terus terhenti di situ juga. Taubat nasuha terus dia. Kawan saya itu bukan spesies patin buah tetapi patin sangkar!

Saya teringat satu cerita yang lain. Ini berkaitan hipnosis. Hipnosis biasanya dikaitkan dengan keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidur tetapi tidak tidur. Adapun apa yang berlaku kepada seorang kawan seperti yang dia sendiri akui, bagi saya adalah paling 'membahayakan'.

Katanya, pernah terjadi dalam keadaan tidak sedar, dia sendiri bercerita habis apa yang dilakukan di luar rumah kepada isterinya.

"Esoknya dia bercerita balik pada aku apa yang aku ceritakan pada dia, walhal masa itu aku tidur. Rupa-rupanya time aku tak sedar (tidur) tu, dia interview aku dan aku pun ceritakan semuanya. Sejak itu, nak tidur malam pun aku takut, takut kena interview lagi," katanya disambut gelak ketawa kami semua.

Kepada suami-suami patin buah, berhati-hatilah ataupun kembalilah ke sangkar menjadi patin sangkar.

Kepada pembaca Kelab 40, selamat mengundi untuk Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013.

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 7-3-2014 12:35 PM
Mana baju nya bai. !!!
Quote revolusi_30 7-3-2014 12:35 PM
Apa hat tukat pulak
Quote berun 7-3-2014 12:37 PM
revolusi_30 posted on 7-3-2014 12:35 PM
Apa hat tukat pulak

sabo... da ada org bkk la thread td tu i tuka
Quote azharuchan 7-3-2014 12:43 PM
bini aku, aku tak habis cakap or even belum sempat cakap lagi dia dh tau apa aku nk bagi tau..
Quote annehuda 7-3-2014 12:45 PM
kesimpulannye, lelaki mmg bodoh kalau sanggup tinggalkan bini utk perempuan birah lain
Quote myakayina 7-3-2014 12:49 PM
so, suami2 diluar sana.. hati2 dgn naluri isteri yer..
Quote Fantaghiro 7-3-2014 12:52 PM
pernah lalui..
Quote brown_pupil 7-3-2014 12:54 PM
nama pun laki kan... suka benor test market... dapat pempuan yg jenis x suka melawan atau bising2 untung arr.. dpt bini yang cedik pandai tapi still nak test power, mau tinggal spenda je nanti..
Quote jengkoil 7-3-2014 12:56 PM
azharuchan posted on 7-3-2014 12:43 PM
bini aku, aku tak habis cakap or even belum sempat cakap lagi dia dh tau apa aku nk bagi tau..:mad ...

Psikik kah bini hang? Huhuhu...jadi nice boy ye..
Quote mrseller 7-3-2014 12:56 PM
Bini aku tgk muka aku pun dia tau duit tgh penuh dlm akaun atau tidak hahahaha:lol
Quote amiraira 7-3-2014 12:57 PM
hati naluri seorg isteri ikhlas terhadap suami walau dimana mereka berada...
namun suami (x semua la) sebaliknya....
Quote jengkoil 7-3-2014 12:59 PM
Kadang2 minik2 ni serkap jarang je...
dan kena plak tu...terpulang pada skill si suami utk react mcm mana untuk cover barang yg dah almost tersingkap...

-don juan-
Pakar motibasi jln loke yew...
Quote jengkoil 7-3-2014 01:00 PM
mrseller posted on 7-3-2014 12:56 PM
Bini aku tgk muka aku pun dia tau duit tgh penuh dlm akaun atau tidak hahahaha:lol

Buka dua akaun..pastu pamerkan buku akaun, bank statement yg selalu kering tu...

hahahaaaa
Quote MelahJanda 7-3-2014 01:01 PM
ada aku jumpa sorang lelaki mcm ni
kerja hebat cfo company besar
rupanya bila di rumah bini dia kantoikan masa dia tido. ngigau! setiap kali jumpa pompan yg dia suka, mkn ke meeting ke...balik nanti mlm mesti ngigau.
patin sangkar le jugak sudahnya hahahaaaaaa
Quote ellZack 7-3-2014 01:13 PM
azharuchan posted on 7-3-2014 12:43 PM
bini aku, aku tak habis cakap or even belum sempat cakap lagi dia dh tau apa aku nk bagi tau..:mad ...

boleh nampak kesusahan unuk menipu lepas ni..
Quote ellZack 7-3-2014 01:15 PM
MelahJanda posted on 7-3-2014 01:01 PM
ada aku jumpa sorang lelaki mcm ni
kerja hebat cfo company besar
rupanya bila di rumah bini dia ka ...

susah la kalau macam ni kak melah.. baru start makan2, dah habis becerita dulu dengan bini.. tipis peluang nak cari yang lain..
Quote dahliateck 7-3-2014 01:16 PM
tamparan wanita
Quote kukulangau 7-3-2014 01:21 PM
baca dari komen2 sini macam baik2 je forumer lelaki kat cari.com ni
sayang bini semua nampaknya
Quote haryatie 7-3-2014 01:35 PM
betul3..naluri istri selalu tepat..
bekas laki aku kantoi kerana naluri aku yg terlalu kuat ...
dngn izin ALLAH...
akhirnya smua tembelang dia kantoi...

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.120022 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top