CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Krisis Air - Pelajar Terberak Dalam Seluar

14-3-2014 04:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18633| Komen: 66

Krisis air - Ramai pelajar berak dalam seluar

Negeri Selangor sedang menghadapi krisi air. Tak perlu diperbincangkan nak salahkan sesiapa dalam isu ini kerana ianya tak akan habis. Yang pentingnya kita semua akui dan telah mengalami krisi air di Selangor.

Oleh kerana semua orang dah tahu, semua pihak dan sedar akan adanya masalah air, maka kita perlu bersedia menghadapinya. Kita perlu sediakan jalan penyelesaian untuk memastikan ehidupan berjalan seperti biasa.

Masing-masing ada tugasan untuk pastikan kerja berjalan lancar. Restoran perlu cari jalan bagaimana nak sediakan air untuk memasak. Restoran juga perlu fikirkan jalan agar tandas mereka sentiasa ada air jika pelanggan mahu menggunakannya.

Dipihk swasta, tak kisah samada mahu bersedia atau tidak. Seperti contoh restoran yang saya berikan di atas, kalau tak mau sediakan tak apa. Terpulang pada pelanggan samada nak pergi duduk dan makan di restoran tersebut atau tidak.

Bagi taukeh restoran yang prihatin terhadap masalah itu, dia boleh jadikan ianya satu strategi meningkatkan perniagaannya. Pasang saja banner depan kedai yang bertulis, "TANDAS KAMI ADA AIR". Ini satu kelebihan dan mampu memberikan perbezaan berbanding restoran lain.

Bagaimana sekolah hadapi krisis airBerbeza dengan pihak swasta, pihak kerajaan tidak ada pilihan dalam membuat persediaan menghadapi krisis air ini. Contoh paling mudah sebagai mewakili pihak kerajaan adalah pihak sekolah. Tak kisah samada sekolah rendah atau sekolah menengah.

Pihak sekolah perlu membuat persediaan yang cukup agar keperluan para pelajar dan guru terhadap penggunaan air mencukupi. Mungkin kes ini tidak berapa berat terhadap para gugu kerana mereka boleh bebas kelar masuk sekolah untuk selesaikan keperluan pada air, tapi bagaimana dengan para pelajar?.

Ada ratusan pelajar di sekolah-sekolah kerajaan. Malah ada juga yang mencecah ribuan pada satu-satu sekolah. Mustahil dalam jumlah seramai itu, tak ada yang akan kencing atau membuang air besar. Kalau orang Cina mungkin mereka dah biasa beristinjak, tetapi bagaimana dengan orang melayu?.



Belajar beristinjak hadapi krisis airMungkin salah satu pendekatan yang pihak sekolah boleh buat adalah dengan memberikan kefahaman dan keyakinan pada para pelajar untuk mengamalkan istinjak setelah membuang air. Tak kisah samada air besar atau air kecil.

Namun begitu, agak sukar untuk memahamkan pelajar sekolah rendah terutamanya antara tadika ke darjah tiga. Mereka perlu disediakan air juga agar lebih terjamin kebersihan. Berbeza dengan pelajar yang dah remaja, mungkin boleh dilaksanakan konsep beristinjak.

Inilah yang berlaku pada sekolah di Puchong. Samada sekolah kebangsaan maupun sekolah agama, pihak sekolah tidak bersedia menghadapi krisis air ini. Mereka biarkan saja ianya berlalu dan tidak melakukan sesuatu agar para pelajar tidak terabai kebajkan mereka.

Saya dapat tahu setiap hari berlaku ramai pelajar yang berak dalam seluar akibat krisis air ini. Mereka tidak diberikan penerangan dan tidak berapa faham lalu serbu ke tandas untuk buang air di saat akhir. Bila dilihat tak ada air di tandas tersebut, mereka mencari tandas yang ada air. Periksa dan periksa akhirnya taik tersembur penuh dalam seluar.

Menambahkan lagi malangnya kepada para pelajar, sekolah tidak ada menyediakan seluar ganti jika para pelajar memerlukannya. Air pula tak ada dan akhirnya para pelajar dibiarkan berada dalam tandas menunggu kedatangan ibu bapa. Mereka menunggu dengan keadaan taik penuh dalam seluar!!! kesian para pelajar ini.

Ibu bapa pula datang ambil pelajar dan bawa pulang sekali dengan najis yang penuh untuk membasuh di rumah mereka sendiri. Bayangkan betapa tidak cekapnya cara kita mengendaikan sekolah, terutamanya di Puchong Indah. Pergi semak pada para guru di Sekolah Kebangsaan Puchong Indah dan juga Sekolah KAFA di sana

Cara mudah pihak sekolah hadapi krisis airSaya dapat tahu para guru menasihati para pelajar tak payah datang jika exam dah habis. Sebab sekolah tak ada air. Maka ramailah pelajar yang ponteng sekolah jika dah habis exam.

Bagi mereka yang masih ada exam pula, terutamanya anak-anak saya, terpaksalah saya bekalkan seorang sebotol besar air untuk dibawa sebagai persediaan kalau nak kencing atau berak.

Saya tak pasti ada maklumat berkenaan kes pelajar berak dalam seluar di sekolah-sekolah lain di Selangor. Saya yakin tentu kes yang sama berlaku seandainya pihak sekolah tidak bersedia dan membuat perancangan dengan baik dalam menghadapi krisis air ini. Jika anda ada maklumat atau pendapat, sila kongsikan di ruang komen di bawah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 14-3-2014 01:10 PM
Kat sekolah asrama...pelajar biasa tggal barang  tu dlm mangkuk cangkung..sampai keras...mcm batu..

mcm mana diaorg instinjak sampai mcm benda tu tak terusik.aku pun x tau...
Quote jengkoil 14-3-2014 01:11 PM
Sungguh suspen time buka pintu toilet...
Quote berancuk 14-3-2014 01:11 PM
\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"\"
Quote munchkin 14-3-2014 01:25 PM
kasihan mereka
Quote jepp 14-3-2014 02:06 PM
errrrrrrrrrrr
Damansara damai pun dah mula catu dua hari ada dua hari teda..
abang kaka dari penang nak datang next week.. arghh
ajak mereka mandi d rnr rawang lah jawabnya
Quote xtahumenahu 14-3-2014 02:07 PM
geli pulak tgk pic tuh
Quote lululun 14-3-2014 02:08 PM
fuhhh sampai macam ni sekali?

rasanya kalau nak tuding jari, nak je tudingkan 10 jari tangan dengan 10 jari kaki ni sekaligus. ahahahaha!

tapi ini lah resam Malaysia. tunggu sampai terhantuk baru nak tergadah. dah tahu setahun sekali mmg ada kemarau, tak bersedia awal2. pembenihan awan yang ratus ribu tu punye lah berkira. yang juta2 punye projek leh pulak tutup mata.
Quote ejans 14-3-2014 02:10 PM
jengkoil posted on 14-3-2014 01:11 PM
Sungguh suspen time buka pintu toilet...


Quote mak_wa95 14-3-2014 02:15 PM
Sekolah boleh ambik cuti...darurat...
Quote ninja boy 14-3-2014 02:32 PM
pakai tisu la, tisu punya la murah,
Quote Loxlaxman 14-3-2014 02:36 PM
Maka makin hodoh dan busuk lah .......
Quote MalaiMoi 14-3-2014 02:52 PM
eeerrrkh....tak dapat nak bayangkan.....kesian anak2 kecil.


p/s anak aku  asal balik dari sekolah mesti berlari masuk tandas....dia tahan buang air kecil, d sekolah tak dak air katanya....haish!!!
Quote MalaiMoi 14-3-2014 02:55 PM
ninja boy posted on 14-3-2014 02:32 PM
pakai tisu la, tisu punya la murah,

boleh tu boleh pakai tisu......tapi nak pakai tisu macam mana kalu baru buka pintu tandas dah 'tersurprise'. eeeeeeee
Quote scarflicious 14-3-2014 03:00 PM
Kami bekalkan air.. tapi ada sekali tu anak aku ada terberak dlm seluar..

Sekolah dah 3 hari tak ada air. Hari 1 & 2 sekolah mmg ada bekalan air tambahan. Tapi kami tetap gak bekalkan air. Masuk hari ketiga... cikgu sms parent, student boleh balik sbb krisis air.

Taska anak aku pon we all bekalkan air. Depa sediakan air mandi aje. Air minum kena sendii mau ingatlah.
Quote kaychek_koksey2 14-3-2014 03:11 PM
kesian budak2 skolah.. dengan masalah takde air lagi, dgn jerebu lagi. kita yg dewasa pun rasa seksa, inikan mereka yg takde alternatif nak gi tempat lain cari air.

Quote AdamBillionaire 14-3-2014 03:12 PM
hurm...

baru tahu kesan tak de air boleh buat pelajar berak dalam seluar..

ilmu baru..
Quote Cakkkk....aaaa 14-3-2014 03:15 PM
mak_wa95 posted on 14-3-2014 02:15 PM
Sekolah boleh ambik cuti...darurat...

kalau declare cuti kena ganti balik...

tu sebab guru besar tiap2 hari bgtahu pelajar kalau tak nak datang pun tak apa... unofficial leave...sekolah sendiri berat nak declare cuti

unless its a directive from state edu dept.

Quote housequeen 14-3-2014 03:21 PM
memang kesian kat anak2 yg kecik2 ni...(esp. budak2 sekolah rendah la). mana nak fikir nak check air ada ke tidak kalo dah tak tahan sangat tu...best way..mak bapak kena bekal kan 1 botol air utk dia org stand by kat sekolah. dah kalo nak terkucil drpd pkl 10...nak menahan berapa lama tu sampai nak balik melepas kat rumah..?
Quote mak_wa95 14-3-2014 03:21 PM
Cakkkk....aaaa posted on 14-3-2014 03:15 PM
kalau declare cuti kena ganti balik...

tu sebab guru besar tiap2 hari bgtahu pelajar kalau tak ...

apa masalah sangat pihak pengurusan ni nak mohon cuti..kalau ganti pun ganti la daripada dok menghadap ketidakselesaan yang berlaku...sekurang2nya cuti peristiwa 4hari tu ada...tapi xpasti pula cuti kerana bencana ni kena ganti atau tidak...malas nak tengok pekeliling

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.063971 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top