Disangka mata kail tersangkut ikan toman, tetapi rupa-rupanya seekor buaya! Itulah pengalaman yang dilalui seorang pemancing, Kalit Morsid, 55, semasa memancing bersama empat rakannya di sebatang sungai di Kampung Parit Bugis, pukul 8.30 pagi ini. Pemotong kelapa sawit berkenaan sebelum itu meninggalkan pancingnya pukul 5 petang semalam, sebelum datang pagi ini untuk melihatkan hasilnya di sungai tersebut. Mulanya, Kalit menyangkakan mata kailnya disambar ikan toman kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan spesies berkenaan, tetapi berasa tidak sedap hati apabila pancing yang diangkatnya terlalu berat. "Saya rasa pancing disentap dan ingatkan ikan toman seberat lima atau enam kilogram, tetapi apabila cuba menarik 'ikan' tersebut, alangkah terkejutnya apabila timbul muncung buaya dan bahagian mulutnya terkena kail," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
|
10
Bagus |
8
Marah |
18
Terkejut |
16
Sedih |
9
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
vespa_oren posted on 16-3-2014 09:43 PM
X cun awek jpam itu, ada daerah kt perak ramai awek jpam yg cun dan muda2
ADVERTISEMENT