CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lari Ikut Warga Nepal ‘Diberi’ Makan Khinzir Di Nepal

19-3-2014 03:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34851| Komen: 324

Description: Itulah Derita Yang Kini Dilalui Oleh Ibu Muda Warganegara Malaysia Nur Sri Rahayu Marimon, 24 Tahun, Yang Kini Tinggal Di Nepal Bersama Dua Anaknya Selepas Ditinggalkan Suaminya Yang Bekerja Di Arab S ...
Warganegara Malaysia Lari Ikut Warga Nepal ‘Diberi’ Makan Khinzir Di Nepal



Seorang ibu muda pasti tidak terfikir apabila tindakannya melarikan diri ke Nepal mengikut suaminya akan menyebabkan hidupnya menderita sepanjang empat tahun di sana dan ketika kini dia mahu pulang ke Malaysia.

Itulah derita yang kini dilalui oleh ibu muda warganegara Malaysia Nur Sri Rahayu Marimon, 24 tahun, yang kini tinggal di Nepal bersama dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Arab Saudi sejak tiga tahun lepas.

Dia yang dikenali sebagai Ayu kini terpaksa bekerja memecah batu di Nepal untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan wang tetapi ia dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak mencukupi kepadanya dan anak-anak.

Lebih menyayat hati, cucunya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur nasi yang dimasak bersama dengan daging khinzir. Jika si kecil enggan memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu.



Kira-Kira setahun lepas, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun, menerima panggilan daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.

Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.

Ayu dan suaminya itu berkahwin sebelum itu di Thailand dan kemudiannya mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir di Malaysia dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal.

Kini, Ayu merayu untuk dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tertahan hidup dalam keadaan sebegitu sehingga terpaksa memakan babi apabila disuruh oleh ibu mertuanya.

Marimon hadir bertemu dengan wartawan Mynewshub.my memaklumkan beliau telah menghubungi Wisma Putra untuk tujuan itu dan pihak Kementerian Luar sudah pun menghubungi kerajaan Nepal bertanyakan tentang keadaan anaknya.

“Menurut pegawai di Kementerian Luar, tiada masalah untuk membawa Ayu pulang kerana lokasi tempat tinggalnya sudah dikenal pasti tetapi Ayu dikatakan sudah tinggal di Nepal melebihi tempoh masa yang dibenarkan tanpa visa.

“Pegawai itu berkata denda kerana kesalahan Ayu itu sudah mencecah RM32,000 dan jumlah keseluruhan termasuk tiket pulang ialah kira-kira RM35,000,” katanya kepada Mynewshub.my.

Marimon dan isterinya Jaliah Tamin, 52 tahun, seorang rakyat Malaysia tidak mampu untuk meraih wang sebanyak itu untuk membawa Ayu pulang ke Malaysia.

Ayah Ayu, yang sebelum ini bekerja kerja-kerja buruh kini sudah menghidapi kencing manis dan sudah kurang bekerja untuk menyara keluarga.

“Saya kalau hendak uruskan tambang balik tiada masalah, ini apabila dijelaskan termasuk denda mencecah jumlah sebegitu saya tidak mampu,” katanya.

Kes ini sudah pun diserahkan kepada Biro Pengaduan Awam Kelab Putera 1 Malaysia yang dikelolakan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tindakan lanjut membantu keluarga itu.

Pihak biro ketika ini masih meyiasat kes berkenaan.

Orang ramai juga jika mahu membantu Marimon boleh tampil untuk membantu membawa pulang Ayu ke Malaysia.

2

Bagus
4

Marah
16

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 19-3-2014 02:36 PM
Pompuan nama Nur Sri Rahayu ni bodoh piang
padan muka ko
cinta la kononnnnn
Quote cakkobeng 19-3-2014 02:36 PM
mmg cari penyakit!
Quote FlowerGirl 19-3-2014 02:38 PM
Ms cinta nko x pikir mak bapak..sanggup lari ikut jantan
.dah susah..mak pak jugak nko cari!
Quote kucen_miang 19-3-2014 02:39 PM
mak kawin ngan indon
anak kawin ngan nepal
internasonal sungguh famili ini.
Quote Czaziq 19-3-2014 02:40 PM
dia bukan warga msia kan? bapa dia warga indonesia. so technically dia pun indonesian la kan.
Quote Czaziq 19-3-2014 02:40 PM
atas dasar sesama islam n perikemanusiaan, azeez sila bantu puan siti ini.
Quote Changa 19-3-2014 02:42 PM
selayak nya lah.
duduk la kat nepal itu sis.
Quote Lina66 19-3-2014 02:44 PM

takde malaysian nak tolong ke family ni?
Quote Dunhill. 19-3-2014 02:46 PM
Makan babi??

Yg kebulo tak makan pun ramai...
Quote Dunhill. 19-3-2014 02:48 PM
Lina66 posted on 19-3-2014 02:44 PM
takde malaysian nak tolong ke family ni?

Dulu KDN dah pernah warning, betina yg kahwin dgn buruh asing mesti ikut suami balik kampung..tp dulu lah takda dlm act pun..
Quote prettyuglybabe 19-3-2014 02:48 PM
membazir duit je tolong orang macam ni
Quote NAT_11 19-3-2014 02:49 PM
Mampoiiilah, ada aku kisah...........
Quote whadda 19-3-2014 02:50 PM
tu lah die... lari lagi... skang dh susahkan orang...
Quote CincinKristal 19-3-2014 02:51 PM
mmg keje suka nyusahkan org...x yah masuk paper laa...nyampah bace...nmpak sgt kebodohan dan kejahilan diri sendiri disitu...
Quote redliner 19-3-2014 02:52 PM
adeh.
nak menolong pon aku tak termampu..
tak ku nafikan jejaka nepal itu ada rupa...
but in the first place..ko tak pikir ke ko sedang dan akan menyusahkan mak bapak ko? dah skrg rakyat msia pon terpaksa turut susah nak menderma pulak pd masalah yg tak sepatutnya terjadi.

semoga ade la hamba Allah yg kaya raya dpt membantu. amin. okbai.
Quote annehuda 19-3-2014 02:52 PM
perlukah aku nak kesian? sah2 la sendiri punye pasal kan?
Quote Lina66 19-3-2014 02:53 PM
Dunhill. posted on 19-3-2014 02:48 PM
Dulu KDN dah pernah warning, betina yg kahwin dgn buruh asing mesti ikut suami balik kampung..tp d ...


then skang cemane... smpai kuar suratkhabar?
tak de ke badan2 kebajikan nak tolong... mcm dulu tu sape tah nama pompuan UMNO tu yg slalu tolong pompuan2 lari ikot laki lombok..

Umno kenot tolong ke?
Quote Magika 19-3-2014 02:55 PM
laki kerja di saudi...
mesti gaji besar kan walaupun kerja cikai... (ke saya salah?)
Quote BelovedTaeyeon 19-3-2014 02:57 PM
Salaam.

Rasakan.

Tanpa REDHA mak bapak, HANCUR hidup kau.

Lihat semua komen(324)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.062809 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top