CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Warga Pprt Mengeluh Pangsapuri Busuk

9-1-2015 06:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14947| Komen: 147

Description: Petaling Jaya: Penghuni Projek Perumahan Rakyat (Ppr) Lembah Subang, Di Sini, Terpaksa Berdepan Dengan Keadaan Kotor Dan Menjijikkan Berikutan Masalah Saluran Paip Bocor Dan Melimpah Sehingga Memenuhi ...

Warga Pprt Mengeluh Pangsapuri Busuk

SAMPAH dibuang di atas bumbung kerana sikap malas penduduk. -


Petaling Jaya: Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, di sini, terpaksa berdepan dengan keadaan kotor dan menjijikkan berikutan masalah saluran paip bocor dan melimpah sehingga memenuhi ruang bawah kediaman mereka.

Penduduk mendakwa masalah itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan berpunca daripada pihak pemaju yang tidak menyelenggara dengan baik selain sikap segelintir penduduk yang pengotor.

Tinjauan Harian Metro mendapati air kumbahan yang melalui saluran dari tingkat atas PPR berkenaan keluar hampir setiap masa sehingga melimpah ke lantai.

Penghuni, Raja Kamarul Zaidi Raja Kamarudin, 27, berkata, dia tiada pilihan kecuali terus tinggal di pangsapuri itu kerana tidak mampu mencari rumah lain.
“Ada juga penduduk menjalankan gotong-royong dan bekerjasama membersihkan kawasan sekitar, mencuci longkang dan koridor bawah, tapi saluran itu langsung tidak ditukar atau dibaiki.

“Walaupun air terus ke longkang, ia masih mengeluarkan bau busuk sehingga menyebabkan pening serta sesak nafas.
“Kini, ia bocor semula dan masalah semakin teruk kerana saluran itu sendiri sudah reput dan berkarat,” katanya ketika ditemui, di sini.

Bukan itu saja, besi pemegang di tangga turut hilang sehingga boleh menyebabkan kemalangan.
Penghuni, Ezwan Mansor, 37, berkata, masalah itu sukar diselesaikan kerana pihak bertanggungjawab tidak membaiki kerosakan.

“Bagaimana warga emas dan kanak-kanak ingin berpaut ketika menaiki tangga sekiranya besi penghadang hilang dan rosak?
“Jangan sampai perkara yang tidak diingini berlaku, barulah pihak berkaitan akan mengambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Zainun Zakaria berkata, pihaknya menerima aduan daripada penghuni pangsapuri berkenaan dan perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
“Pangsapuri itu mempunyai pelbagai masalah lain yang perlu diselesaikan. Lebih baik mereka pergi sendiri ke LPHS kerana isu itu sudah diserahkan untuk perhatian kerajaan,” katanya.

4

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 9-1-2015 02:44 PM
nama pun PPR(T)
Quote kecimpret 9-1-2015 02:50 PM
JMB apa bikin??...kalo takat bajet repair bwh 20k, JMB leh apply ke kjaan negeri...wakil kjaan negeri akan dtg cek dan anggarkan kos...kalo layak, kjaan negeri akan sponsor kos repair..kalo JMB tido jadi laaa camni
Quote miss_baby 9-1-2015 02:54 PM
geli aku tgk sampah sarap gitu..
dasar pemalas
Quote arira_arora 9-1-2015 03:05 PM
dorg ni mmg pemalas.. buang je dari ats kalo yg sadis tu...
double parking yg teramat sgt..
aku p umah mmbr aku ayoo...
kete mahal2 belaka.. .
Quote missdara 9-1-2015 03:07 PM
Aduss.. kotornyaa...

Quote makkenits 9-1-2015 03:08 PM
Edited by makkenits at 9-1-2015 03:19 PM

x apply TP1M ke? try hantar terus surat dan borang ke kementerian perumahan dan kerajaan negeri gak.. mintak buat full package repair.. mana tau ada rezeki, kementerian turun wahyu ke agensi di state utk terus buat... bukannya x pernah kementerian buat mcm tu..kat penang ni, kalo kes mcm ni, blh dpt top priority sbb involve isu kesihatan dan keselamatan..
Quote ifanonline 9-1-2015 03:09 PM
penduduk di situ otak pprt..nak buat camner...u get what u deserve...
Quote ninja boy 9-1-2015 03:10 PM
pprt mmg byk masalah,
Quote AMDTurion 9-1-2015 03:22 PM
Kurang2 depa dah buat gotong royong gak. Dah pemaju x nak ambil tahu. Mana yg buang jer sampah dr atas pun satu hal. Main nak senang sendiri jer. Last2 kawasan rumah sendiri busuk. Alahai bodohnya.
Quote anno_miss 9-1-2015 03:30 PM
kasihan.. yang membuat palit ramai dari yang menjaga keharmonian..

kalau lah boleh mereka penduduk PPRT hidup tolong menolong menjaga kebersihan mesti x terjadi peristiwa macam ni.. susah nak bendung kalau tegur x nak berubah.. malah marah balik kt org yang menegur..

Quote jaja4 9-1-2015 03:31 PM
sikap masing2 gak. Kalo dduk umah kondo pon kalo da pemalas mmg gitu la jadinye. Dulu time aku menyewa apartment, ade org campak kuah kari dari atas. nasib baik x kene aku.. Ape lagi kua la suara  aku yang ala2 bukan wanita solehah..
Quote musangcomel 9-1-2015 03:37 PM
euwwww gelinya
aku tgk pon nak termuntah
camne la klu terbau, pitam terus
diorg ni klu nak tempat tu bersih dan tak busuk sama2 la jaga kebersihan
wlopon buat gotong royong tp ada lg yg bersikap pprt buang sampah kebawah mmg gitu le jadinya
Quote Athrun.Zalaa 9-1-2015 03:57 PM
Dah diri sndiri pemalas pastu bising lak busuk...
Hmm...
Quote AbukRokok 9-1-2015 03:57 PM
Penghuni, Raja Kamarul Zaidi Raja Kamarudin, 27



kerabat pun duk pprt...sedihnya
anak kecil main api
Quote @pplegreen 9-1-2015 03:58 PM
PPRT ni saper yg umah bwh mmg la kesian kan...bau sampah, dgn sampah yg org dok main buang kdg2 bau hamis kencing pon ada..
Quote AbukRokok 9-1-2015 03:59 PM
musangcomel replied at 9-1-2015 03:37 PM
euwwww gelinya
aku tgk pon nak termuntah
camne la klu terbau, pitam terus

ai rasa mgkin sbb bangsa paria duduk dgn pendatang haram duduk
Quote mak_wa95 9-1-2015 04:00 PM
sendiri buat sendiri mengeluh..memang bangang
Quote mak_wa95 9-1-2015 04:01 PM
tapi yang mengeluh ni yang xbuat macm tu la kut...
Quote primemova 9-1-2015 04:01 PM
sendiri kotorkan , sendiri komplain...pprt sungguh mentaliti mereka ni....
sama gak dgn lift, sendiri rosakkan, sendiri komplain....

Lihat semua komen(147)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.076701 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top