CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

90% Premis Makanan Pasar Siti Khadijah Kotor

23-1-2014 11:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13713| Komen: 83

Description: Dalam Operasi Itu, Dr Ahmad Razin Berkata Sebanyak 49 Daripada 84 Premis Makanan Di Pasar Berkenaan Diperiksa Dan Tiga Daripadanya Diarah Tutup Hari Ini Mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.


KOTA BHARU - Sebahagian besar peniaga di Pasar Siti Khadijah masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah mengenai kebersihan premis mereka, demikian menurut Jabatan Kesihatan Kelantan.  
       
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata 90 peratus premis makanan di pasar berkenaan dikategori kotor berdasarkan hasil penilaian tahap kebersihan yang dilakukan jabatan itu.
       
"Sikap mereka mungkin akan mencalarkan imej negeri sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) kerana negeri ini menjadi satu daripada tumpuan pelancong dari dalam atau luar negara.
       
Kami kategorikan tahap kebersihan di sini sebagai Gred B ke bawah dan peniaga harus memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas Ops Penggredan premis makanan di pasar itu, di sini hari ini.
       
Ahmad Razin berkata peniaga seharusnya mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab mereka untuk menjaga premis masing-masing agar sentiasa bersih dan selamat.
       
"Jangan bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja. Kebersihan premis adalah tanggungjawab peniaga jadi mereka harus bertanggungjawab terhadap kebersihan premis masing-masing," tegasnya.
       
Dalam operasi itu, Dr Ahmad Razin berkata sebanyak 49 daripada 84 premis makanan di pasar berkenaan diperiksa dan tiga daripadanya diarah tutup hari ini mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
       
 "Lima lagi peniaga premis makanan dikompaun kerana tidak bersih," katanya yang memaklumkan operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan premis makanan di negeri itu berada pada tahap memuaskan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razhar 22-1-2014 09:55 PM
dah tu x de penguatkuasaan...main lempar je lah...
Quote rawahah 22-1-2014 09:55 PM
kelantan dan sampah berpisah tiada..
Quote rashiman 22-1-2014 10:03 PM
kebersihan itu sebahagian daripada iman.



Quote choombee 22-1-2014 10:05 PM
apo nk heran yg buruk n always bermslh cuma klntn slgor n penang...xde isu pin wajib masuk berita jam8.. ngri kt mlysia ni cuma 3 aje hahaha..yg lain semua pentadbiran wangi harum semerbak xde mslh..
Quote dasatgiler 22-1-2014 10:06 PM
"Kotoq2 pun tadok ore mapuh kerah make kat sini pun.." :lol gitu la agaknya kata2 org2 kat situ
Quote popjack 22-1-2014 10:21 PM
memang kene lahar habis la ni...
Quote siti_kus 22-1-2014 10:23 PM
Tp laksam kt ting 1 tu terbaik
Quote rashiman 22-1-2014 10:24 PM
choombee posted on 22-1-2014 10:05 PM
apo nk heran yg buruk n always bermslh cuma klntn slgor n penang...xde isu pin wajib masuk berita ja ...

Pengakuan oleh Timbalan MB Kelantan sendiri mengenai diantara sikap rakyat kelantan yang membuang sampah sesukahati walaupun telah disediakan tong sampah.
Quote rospinki 22-1-2014 10:24 PM
Pnh makan kt tkt 2..lauk ikan terbuk bakar air asey dan gulai daging..Masyaallah. .sedap makan time tu..ibarat berpaut siku sedapnya makan..tp memang kotor tokle nak goyak gapo :lol
Quote True-X 22-1-2014 10:26 PM
aku tahan kencing..... takut nak masuk tandas awam kt situ...huhuhu..

tp serius lauk pauk dan kueh mueh yg dijual.. semuanyer nampak menyelerakannnn
Quote sekngucing 22-1-2014 10:30 PM
SEBENARNYA AGAK BERSIH BERBANDING TAHUN 80AN
aku pegi sini tahun 80an, kotor gila
sekarang dah bertambah baik cuma diaorang suka buang paper yg diguna utk bungkus sayur tu ke lantai
Quote ushioz 22-1-2014 10:35 PM
sekngucing posted on 22-1-2014 10:30 PM
SEBENARNYA AGAK BERSIH BERBANDING TAHUN 80AN
aku pegi sini tahun 80an, kotor gila
sekarang dah ber ...

orang meniaga rata2 memang celaka. buang sampah suka hati saja. asalkan untung.
Quote sekngucing 22-1-2014 10:35 PM
True-X posted on 22-1-2014 10:26 PM
aku tahan kencing..... takut nak masuk tandas awam kt situ...huhuhu..

tp serius lauk pauk dan kue ...

kau pegi tahun bila?
ada bnyak tandas situi sekarang, "tandas ceria" yg agak bersih ada sebelah dekat dgn pasar buluh kubu


tandas yg mcm masjid ada di bahagian yg dekat dgn mc donalds



Quote ikan_kaghing 22-1-2014 10:37 PM
Orang tua-tua cakap,

Kalau kita nak tengok sikap seseorang itu kita lihat kawannya.

Kawan PAS adalah Cina Dap, maka selayaknya lah menjadi pengotoq luaran dan dalaman.
Quote R2D2 22-1-2014 10:39 PM
choombee posted on 22-1-2014 10:05 PM
apo nk heran yg buruk n always bermslh cuma klntn slgor n penang...xde isu pin wajib masuk berita ja ...

mereka akan bagi gambaran buruk supaya org tak ke 3 negeri tu
mcm la Malaysia ni ada 3 negeri shj

Quote choombee 22-1-2014 10:51 PM
R2D2 posted on 22-1-2014 02:39 PM
mereka akan bagi gambaran buruk supaya org tak ke 3 negeri tu
mcm la Malaysia ni ada 3 negeri shj ...

rakyat dh bijak menilai...
Quote True-X 22-1-2014 10:52 PM
sekngucing posted on 22-1-2014 10:35 PM
kau pegi tahun bila?
ada bnyak tandas situi sekarang, "tandas ceria" yg agak bersih ada sebelah d ...

aku last g thn 2012....oo dah ade tandas baru ek......
Quote petola 22-1-2014 11:00 PM
dah pemeriksa kesihatan cakap 90% kotor, takkan nak nafikan lagi.. kan
Quote dino 22-1-2014 11:01 PM
petola posted on 22-1-2014 11:00 PM
dah pemeriksa kesihatan cakap 90% kotor, takkan nak nafikan lagi.. kan

patut sbut trg skali....

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.064378 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top