CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Zara Zya Pinggir Peminat?

13-4-2015 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21102| Komen: 102

Description: “Pembubaran Kelab Tersebut Tidak Berlaku. Saya Hanya Menukar Nama Memandangkan Pengurusan Kelab Tersebut Kini Diuruskan Saya Sendiri Dan Bukan Lagi Pihak Yang Lama,” Ujarnya Kelab Berkenaan Kini Dik ...
Zara Zya jawab isu 'pinggir peminat'


PELAKON Love You Mr Arrogant ini mengakui tidak terkesan dengan isu pembubaran kelab peminatnya, Love Zara Zya baru-baru ini.

Menurut Zara Zya, dia berasa terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara itu walhal dia baru sahaja berjumpa ahli kelabnya itu.

Walaupun peminatnya mempersoalkan mengenai perkara tersebut, namun dia tidak mahu memikirkan perkara itu atas alasan peminatnya tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Malah, jelas Zara Zya, isu tersebut sekadar hendak memanaskan namanya dan imejnya yang bersih daripada sebarang kontroversi  selama ini.

“Pada awalnya memang peminat saya agak bising. Tiba-tiba sahaja boleh timbul cerita berkenaan.

“Pembubaran kelab tersebut tidak berlaku. Saya hanya menukar nama memandangkan pengurusan kelab tersebut kini diuruskan saya sendiri dan bukan lagi pihak yang lama,” ujarnya kelab berkenaan kini dikenali dengan nama Zara Zya Lovers.

Mengulas lanjut, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini memberitahu, dia membuat keputusan untuk menguruskan sendiri kelab tersebut atas sebab-sebab tertentu.

“Sebenarnya pihak pengurusan lama sudah tidak boleh memberikan komitmen untuk mengendalikan kelab berkenaan.

“Mereka juga punya kerja dan hal sendiri untuk diuruskan. Jadi, saya fikir jika mereka tidak mampu meneruskannya, takkan saya hendak berdiam diri.

“Lagipun, apabila saya menguruskannya sendiri, ia memudahkan saya untuk berurusan dengan peminat,” katanya.

Akuinya, dia juga lebih selesa apabila segala program dan hal yang melibatkan duit kelab berkenaan diselia olehnya.

“Duit tersebut bukanlah duit pendaftaran kerana untuk jadi ahli adalah percuma. Cuma duit yang digunakan untuk membuat program dan perkara berkaitan kelab sahaja.

“Dengan cara ini saya tahu ke mana duit tersebut pergi dan untuk tujuan apa ia digunakan,” kata pelakon berusia 30 tahun itu.

Komunikasi di We Chat

Dalam pada itu, untuk memudahkan komunikasinya bersama peminat, Zara Zya juga telah membuat sebuah grup di aplikasi We Chat untuk mereka.

“Walaupun bukan setiap hari berkesempatan bersembang dengan mereka, tetapi bila ada masa saya tetap akan ‘join’.

“Sedikit sebanyak apabila saya menguruskan kelab ini sendiri, mereka akan lebih kenal dan dekat dengan saya,” katanya mempunyai 300 ahli termasuk di Malaysia dan di Singapura.

Zara Zya turut berharap penjelasan yang dibuat dapat memulihkan isu yang timbul.

“Memang ramai yang tidak tahu mengenai penukaran nama tersebut. Apa pun, saya harap semuanya sudah jelas kini,” jawabnya.

Berkongsi perkembangan terbarunya, Zara Zya, bakal muncul dengan sebuah telemovie terbaharu April ini yang berjudul Isteriku Bukan Tukang Masak di Astro Prima bersama Ajak Shiro.

Selain itu, dia juga bakal menjalani penggambaran bagi drama bersiri sempena Ramadan untuk slot Samarinda TV3.

Tidak hanya memfokuskan kepada karier lakonan, pelakon sedang meningkat naik ini juga sedang sibuk memberikan perhatian kepada produk kecantikan miliknya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 13-4-2015 07:35 AM
itu lah.....kasihan karatz...
sapa suruh buat camtu.....
kalau tak mungkin senang2 dapat anugerah pelakon tv paling popular

300 org....kalau sorang beli 1000 paper BH dah dapat 300k undi
Quote makton 13-4-2015 07:49 AM
tak kenal sape minah ni.. x layan cite mister erogen
Quote Innrukia 13-4-2015 07:55 AM
elokla bubarkan pun.... ajk or ahli fc ni org yg sama jer duk ligan retis....
asal akasia baru up, mula la ligan hero & heroin then form fc...
Quote lucky_peace 13-4-2015 08:14 AM
Trend tajuk drama dan beralih dari suamiku ke isteriku pula.....
Quote Vellfire 13-4-2015 08:23 AM
lucky_peace replied at 13-4-2015 08:14 AM
Trend tajuk drama dan beralih dari suamiku ke isteriku pula.....

haha yalah...
ok tak sabar nak tunggu drama terbaru dari zz
Quote lucky_peace 13-4-2015 08:27 AM
I layan mr arrogant je, x penah miss... pastu x layan lak drama die yg lain...
Quote fuyupoktek 13-4-2015 08:30 AM
Camne org bleh minat dia ni ye?
Quote jingga007 13-4-2015 09:29 AM
Innrukia replied at 13-4-2015 07:55 AM
elokla bubarkan pun.... ajk or ahli fc ni org yg sama jer duk ligan retis....
asal akasia baru up,  ...

Iyeke uols??
Quote tomet05 13-4-2015 09:30 AM
fuhh ... karataz sangat dah nih
Quote pauliza 13-4-2015 09:51 AM
Edited by pauliza at 13-4-2015 10:02 AM

iols personally memang peminat zara zya.lakonan dia iols suka & follow drama2 dia.bg iols ,nak kekal dlm industri ,kena talented baru job masyuk.setakat ni,nampaknya job dia tak putus2.tv3 walaupun dulu pandang dia sebelah mata sebab tak berapa cun ,dah bukak mata kot. minah ni lead utk highest rating slot Akasia & Samarinda .harap drama hidayahmu ramadhan tu pun menjadi mcm Lyma & Zahira .slot samarinda bln posa ni pun ramai org tunggu.harap drama berat dapat tonjolkan real talent.selalu dapat watak ala2 komedi je.cuma ada 1 drama dgn Beto tayang kt oasis.yg tu antara drama sheols yg berat & lari drp watak komedi.
Quote Santeira 13-4-2015 09:53 AM
Sendu sgt minah ni. One hit wonder. IMO lakonan dia berlebih 'nampak berlakon'. Tapi maybe kat malaysia ni ko kena beri expression terlebih masa berlakon baru tak dianggap kayu.
Quote jangnara07 13-4-2015 10:21 AM
hahaha kelakar
Quote jesbon 13-4-2015 10:28 AM
tak pernah tau pulak retis boleh handle fc sendiri.. kih3..
suka jugak tengok dia ni berlakon..
alaaa, tak ada problem pun kalau tak ada fc..
asalkan job berlakon ada, sudah memadai..
unless retis tu mengharapkan fans, lebih2 lagi bila musim anugerah
Quote adakesah 13-4-2015 10:38 AM
Ahli yg kna buang tu jg yg suka comolot dgn hjzil kan..kononyer tlg trendingkn drama under hjzil production (jrg trending pun) tp drama yg zarazya blakon x plak nk trendingkn..ni msti dpt habuan dr hjzil
Quote dewberry 13-4-2015 10:42 AM
xlike! xlawo sbg seorang heroin! hahaha
Quote Innrukia 13-4-2015 10:50 AM

hangpa lebih tau
Lalang fc kan...
Quote OSEMMM 13-4-2015 11:03 AM
Mesti ada kes smpi zara xnak depa handle FC dia
Quote zuri154 13-4-2015 11:10 AM
berfanclub masa retis tgh hawt syiokkk ler... cer retis dah sejuk beku... hmmmm....
Quote SenahMontanah 13-4-2015 11:11 AM
Innrukia replied at 13-4-2015 10:50 AM
hangpa lebih tau
Lalang fc kan...

lalang fc pn adoo

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.200768 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top