CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Ebit Lew: “Dia Ajak Hubungan Intim & Bertukar Suami Isteri” – Saksi Ke-9 Menangis Tersedu-Sedu Di Mahkamah

15-2-2024 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29132| Komen: 233

Description: Hari ini, Rabu, 24 Februari telah berlangsung prosiding kes pendakwaan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.

Hari ini, Rabu, 24 Februari telah berlangsung prosiding kes pendakwaan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.

Menurut laporan, pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan telah diarahkan untuk membaca tangkap layar mesej perbualannya dengan Ebit Lew di aplikasi Whatsapp.

Lapor Awani, pengadu telah membaca satu per satu daripada 436 gambar laporan forensik di dalam cakera padat dan salah satunya merupakan perbualan di mana dia menasihati pendakwah itu untuk membuat taubat nasuha.



Maaf saya cakap-cakap macam ini. Lagi pun masa yang sangat sesuai, dengan kuarantin seminggu.


Bermula dengan suara yang lantang dan jelas didengari, pengadu kemudian berasa sebak dan menangis tersedu-sedu ketika membacakan mesej-mesej tersebut.

Pengadu yang juga isteri orang itu turut pernah memberi jaminan (melalui mesej) kepada Ebit bahawa dia akan menyimpan aib tersebut memandangkan pendakwah itu selalu berkata mereka hanyalah manusia biasa.




Difahamkan, sesi perbicaraan tersebut kemudian terpaksa ditangguhkan apabila Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memohon agar saksi tenangkan diri dahulu.

Nor Azizah kemudian meminta pengadu menjelaskan apakah maksud mesej tangkap layar yang dibacanya di mahkamah itu dan dia berkata,

Saya betul-betul ikhlas untuk memasihatkan Ebit Lew supaya hentikan apa yang dia buat itu sebab itu kalau tengok dari awal saya tidak blok beliau walaupun saya sudah terpedaya dengan kata-kata beliau.



Tangkap layar mesej-mesej itu turut mendedahkan pendakwah berkenaan pernah mengajak pengadu melakukan hubungan intim dan bertukar pasangan suami isteri selain perkataan berunsur lucah.

Dia juga menjelaskan maksud ayat dalam salah satu gambar tangkap layar mesej itu yang tertulis ‘dia tak pernah nak lepaskan saya’.

Yang saya ingat teks itu adalah berkenaan Ebit untuk bertukar pasangan dan saya ada bagitahu ‘tak akan’ dan suami pun tak akan lepaskan saya.

Tambah pengadu itu lagi, Ebit akan memadam apa-apa mesej di aplikasi Whatsapp dengan pilihan ‘for everyone’ sekiranya dia sedang marah.

SUMBER : Awani/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 15-2-2024 10:15 AM
Adakah bebird lew salah sorang geng swinger yang join venture kat utara tu?? jeng3!
Quote matjerk 15-2-2024 10:20 AM
Tetaplah senyum menguntum mulut tu...
Quote 3chanceno 15-2-2024 10:28 AM
Bidadari bidadari bidadari.... Allah Shayanggggg semua

Dewasayu Bukan ostad, semuga pentaksub sedar jugak
Quote JunkMail 15-2-2024 10:42 AM
Amboiiiii webbit..kemain kau nak jadi ketua kelab swinger ke
Quote green~tea 15-2-2024 10:44 AM
Wowwww dewa sayu berkopiah dan bini berpurdah tp   bernafsu mengalahkan IBLIS...

Zina wehh.. ZINAAAA.. buat apa ko kawen kalo berzina dgn orang lain?????
Quote B40tastePosh 15-2-2024 10:50 AM
Bukan lagi A Bit Lewd

Very Lewd
Quote ketipongtipah 15-2-2024 10:51 AM
Buang je lah kopiah tu. Macam tak sesuai je.
Quote TabletSusu 15-2-2024 10:51 AM
bertukar pasangan tu.. si bidadari dia pun join sekali ke? tu ke maksud dia?
Quote green~tea 15-2-2024 10:54 AM
TabletSusu replied at 15-2-2024 10:51 AM
bertukar pasangan tu.. si bidadari dia pun join sekali ke? tu ke maksud dia?


Buang je la purdah tu.. baik selempang tudung je... hahahahahahaha

Nak sebut free hair teros kang rasa jahat pulak mulut acik forom
Quote Orenn1 15-2-2024 11:04 AM
JunkMail replied at 15-2-2024 02:42 AM
Amboiiiii webbit..kemain kau nak jadi ketua kelab swinger ke

Adoiiiii
Quote gideoncross 15-2-2024 11:08 AM
matjerk replied at 15-2-2024 10:20 AM
Tetaplah senyum menguntum mulut tu...

Snyuman dia ni snyuman yg mnyakitkan hati
Quote jazaa100 15-2-2024 11:14 AM
Memalukn je lah dia ni.....
Quote jazaa100 15-2-2024 11:14 AM
gideoncross replied at 15-2-2024 11:08 AM
Snyuman dia ni snyuman yg mnyakitkan hati

Senyum simpul org kata
Quote kemaruk 15-2-2024 11:15 AM
Geng nenas terbalik ke
Quote midori888 15-2-2024 11:15 AM
green~tea replied at 15-2-2024 10:54 AM
Buang je la purdah tu.. baik selempang tudung je... hahahahahahaha

Nak sebut free hair teros kang ...

org free hair pun takde nak jadi swinger2 nie semua....
Quote sagiman91 15-2-2024 11:16 AM
prince_marhaen replied at 15-2-2024 10:15 AM
Adakah bebird lew salah sorang geng swinger yang join venture kat utara tu?? jeng3!

dont think so...geng dia ramai... kalau ada yg famous dah tentu kantoi...
Quote sagiman91 15-2-2024 11:17 AM
midori888 replied at 15-2-2024 11:15 AM
org free hair pun takde nak jadi swinger2 nie semua....

suprisingly betul...semua stok2 tutup aurat semua kalau kat luar...
Quote green~tea 15-2-2024 11:24 AM
midori888 replied at 15-2-2024 11:15 AM
org free hair pun takde nak jadi swinger2 nie semua....

I sangat terkejut ok orang berpurdah buat keje gini....

Diorang biasa FAILED bab kebersihan konon zuhud sangat...

I pernah tengok la puak2 purdah ni busuk, pemalas cuci baju rotate2 baju sama je ye la org bukan tau pun baju sama je kan kaler nya...

Tp ini ZINA ok??? What the heck
Quote cikatilia 15-2-2024 11:24 AM
makin montok plak badan heols skang

Lihat semua komen(233)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.076297 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top