CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 Tahun Bekerja, Majikan Cina Beri Hadiah Rumah, Kereta Dan Bonus Raya 2 Bulan Kepada Pekerja

1-4-2024 09:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15866| Komen: 27

Description: Tular di media sosial hari ini apabila nama Sunny Seow yang juga majikan telah memberi ganjaran berupa dua bulan bonus dan cuti hari raya selama seminggu sempena Aidilfitri yang menjelang tiba ini ke ...



Tular di media sosial hari ini apabila nama Sunny Seow yang juga majikan  telah memberi ganjaran berupa dua bulan bonus dan cuti hari raya selama seminggu sempena Aidilfitri yang menjelang tiba ini kepada dua orang pekerja Melayu.

Difahamkan, dua pekerja Melayu itu telah bekerja selama 12 tahun dan menerima gaji hanya RM900 sebulan dan kini mencecah RM5000 sebulan.

Loading FB Post...


Mereka baru berusia 16 tahun ketika sertai pasukan saya. Saya juga telah berikan mereka sebuah rumah dan sebuah kereta. Kini, salah seorang daripada mereka mempunyai keluarga dengan dua anak. Saya mengubah hidup mereka, membantu mereka keluar dari kemiskinan.

Saya berterima kasih kepada mereka atas kesetiaan mereka selama 12 tahun ini. Mereka mungkin tidak memperoleh banyak, tetapi mereka masih membuatnya berfungsi. Semoga berjaya kepada mereka!

Malah, Sunny juga pernah memberikan rumah dan kereta sepanjang 12 tahunkedua-duanya bekerja di syarikatnya.

Perkongsian tersebut ternyata telah menerima pelbagai respon positif daripada warga maya yang rata-ratanya memuji sikap baik hati Sunny yang jarang didapati pada era kini.

SUMBER : WeirdKaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 1-4-2024 09:59 PM
Alhamdullillah, bila pekerja membuat kerja dgn sebaiknya dan majikan menghargai pekerja. Hubungan 2 hala yg sangat baik dan saling meng ‘appreciate’ … insyaAllah sama2 maju dan berjaya
Quote cupu 1-4-2024 10:09 PM
Aku xtau la cina lain.Tp cina kelantan around aku ko buat baik,dia dh percaya dgn ko..So,xde hal la..Bab duit small matter.ko pergi beli emas amik dulu pun xde hal.Tp ko jgn break kepercayaan tu.
Quote gigahertz 1-4-2024 11:09 PM
cupu: Aku xtau la cina lain.Tp cina kelantan around aku ko buat baik,dia dh percaya dgn ko..So,xde hal la..Bab duit small matter.ko pergi beli emas amik dul ...
Cina kelantan & terengganu diorang dah integrated dengan orang melayu. tengok diorang cakap bahasa tempatan macam mana.


Quote manamana123 1-4-2024 11:21 PM
tahniah alhamdulillah, mmg layak tuk pekerja loyal
mutualism symbiosis
Quote hokeypokey 1-4-2024 11:21 PM
ramai jer majikan cina yg baik dan pekerja melayu yg bagus, sama2 bagus jadi camni la hasilnya.. bisness maju, kebajikan pekerja pun tip top.. sama2 untung maa..
Quote stania83 1-4-2024 11:24 PM
--cina ni low expectation dgn melayu, dalam kepala otak depa, melayu malas. tapi bila ko berkeja rajindan tiptop insyallah banyak ganjaran nya
Quote anony-mous 2-4-2024 06:30 AM
I ada baca dkt fb katanya boss ni ada kes, ni slh 1 cara cuci duit
Quote shernazz 2-4-2024 07:23 AM
Ingat dato Seri sunny tadi...
Quote otai_g 2-4-2024 07:31 AM
anony-mous replied at 2-4-2024 06:30 AM
I ada baca dkt fb katanya boss ni ada kes, ni slh 1 cara cuci duit

Yer ke. Link ada?
Quote prettyuglybabe 2-4-2024 10:02 AM
i percaya demi content and bisnes dobi..
Quote elnor_81 2-4-2024 10:28 AM
hokeypokey replied at 1-4-2024 11:21 PM
ramai jer majikan cina yg baik dan pekerja melayu yg bagus, sama2 bagus jadi camni la hasilnya.. bis ...

Cina ni..once dia dh percayakan ko...mmg dia akan bg ape aje. Asben aku dia je dpt bonus 2bln gaji. Org lain sbln. Siap bos offer loan xde interest kot nk bli keta bru ke..depo umah ke..nk cuti...blh je...
Quote anony-mous 2-4-2024 01:12 PM
otai_g replied at 2-4-2024 07:31 AM
Yer ke. Link ada?

Xde link sbb i baca gitu je dkt komen2 media2 yg update pasal ni. I assume acik2 porem lebih tau. Tiba2 masuk sni mcm inesen plak acik2 porem
Quote Decaffeinated 2-4-2024 01:32 PM
Selagi manusia ni bergaul dan berinteraksi mereka akan menjadi what they are, human.

Yang rasis tu sebab sepanjang hayat tak pernah bergaul. Tengok orang yang nampak lain tu macam ancaman.

btw, rumah dan kereta tu beri terus ka guna selagi berkhidmat?

Quote Decaffeinated 2-4-2024 01:34 PM
hokeypokey replied at 1-4-2024 11:21 PM
ramai jer majikan cina yg baik dan pekerja melayu yg bagus, sama2 bagus jadi camni la hasilnya.. bis ...

Kan... pekerja melayu yang suka mengutuk bos cina dalam forum ni sebenarnya tak perform. Saja mengantoikan diri.

Quote Kitty_catz 2-4-2024 01:47 PM
jaman now... kontent semata2
Quote hokeypokey 2-4-2024 01:48 PM
elnor_81 replied at 2-4-2024 10:28 AM
Cina ni..once dia dh percayakan ko...mmg dia akan bg ape aje. Asben aku dia je dpt bonus 2bln gaji ...

untung husband u.. kalau kerja & performance bagus mesti la boss sayang kan.. jangan org lain dengki dh ler..
Quote hokeypokey 2-4-2024 01:54 PM
Decaffeinated replied at 2-4-2024 01:34 PM
Kan... pekerja melayu yang suka mengutuk bos cina dalam forum ni sebenarnya tak perform. Saja meng ...

kalau performance tak bagus, jangan kata boss cina, boss melayu pun tak pandang.. tu salah sendiri la.. hujung2 kata boss cina racist
Quote cutieslilies 2-4-2024 02:46 PM
bagi aku lanttaklaa bos tu salah satu cara nak cuci duit ka apa..kurang2 ada manfaat.. ko keje baik2..buat sehabis baik..jgn break the trust

ni yg melayu jd bos takde keje lain...cara cuci duit dia beli kete utk company...aset utk konon company...hujung2 masyuk balik kat dia...xpun kawin lagi...
Quote chikumanis 2-4-2024 02:53 PM
murah rezeki lah 2 pekerja dia. ni baru betul kerja sama taraf dengan bonus sebab mereka layak kan. yang dengki pula, keje 10%, ngulor 90%..lepas tu sembang, orang tu kipas bos...apacer??

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.187221 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top