CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ini Jalan Yang Saya & Aslam Pilih’ – Marissa Dania Buka Mulut Isu Nikah Secara Senyap, Tampil Mohon Maaf

17-4-2024 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14049| Komen: 52

Description: Anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim akhirnya tampil buka mulut tentang keputusan bernikah secara senyap dengan jejaka berstatus suami orang yang dikena ...

Anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim akhirnya tampil buka mulut tentang keputusan bernikah secara senyap dengan jejaka berstatus suami orang yang dikenali sebagai Aslam pada Disember lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Marissa terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pihak kerana mengambil masa lama untuk menjelaskan tentang pernikahannya dengan Aslam.

Menurutnya, dia memerlukan masa dan ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.

"Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga.

"Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit."

"Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.


"Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar."

Disoal mengenai hubungan Aslam dengan ahli keluarga, Marissa bersyukur mereka dapat memaafkan dan menerima kehadiran suaminya.

"Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda."

"Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.

"Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu."

Dalam pada itu, Marissa enggan memberi sebarang komen mengenai hubungan dengan madunya, Umisya Mazlan.

"Doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk kami berdua."

Untuk rekod, Marissa dan Aslam telah mendirikan rumah tangga secara senyap di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Sumber: Harian Metro/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 17-4-2024 09:10 AM
kentut tgh wangi lgi dik.. gitewwlah
Quote krustykrab 17-4-2024 09:22 AM
Ni nk tanya, mil ko dh terima ko ke?
Quote chandrahusin 17-4-2024 09:28 AM
nmpak matang bdk ni
jenis berani & keras hati
Quote pujanggacinta 17-4-2024 09:42 AM
tekad sungguh!
statement bunyi mcm matang
moga dipermudahkan urusan
Quote Isninselasarabu 17-4-2024 09:49 AM
Aku rase mcm umisya pulak yang tak matang dengan kakak umisya tu menceceh je dalam hubungan adik die... Baik kakak umisya tu stapler je mulut tu..
Quote aemon 17-4-2024 10:05 AM
jgn berbunyi dah sundel.dah sebat laki org dok diam2
Quote ketambangkang 17-4-2024 10:20 AM
tetibe teringat zmn2 dia sek agama pakai tudung labuh dlu..pandang kamera pon malu2 masa tu
Quote olaoli 17-4-2024 10:23 AM
chandrahusin replied at 17-4-2024 09:28 AM
nmpak matang bdk ni
jenis berani & keras hati

matang tidak. tapi berani and keras hati ya. kalau dia matang dia tak akan benda benda yang melukakan hati banyak pihak. dia akan rational, timbang tara antara baik dan buruk. tapi ni jenis hanya nampak satu jalan, tak pikir dah nak mendatang jadi apa. konsep cant be bothered.
Quote supernaturalee 17-4-2024 10:24 AM
ketambangkang replied at 17-4-2024 10:20 AM
tetibe teringat zmn2 dia sek agama pakai tudung labuh dlu..pandang kamera pon malu2 masa tu

well, not anymore........



Quote pheonix84 17-4-2024 10:26 AM
Isninselasarabu replied at 17-4-2024 09:49 AM
Aku rase mcm umisya pulak yang tak matang dengan kakak umisya tu menceceh je dalam hubungan adik die ...

mmgla dia menceceh dah laki dia kena rampas, isteri mn yg x sedih, tgh buat umrah, laki ko p menikah..cer si aslam nie buat cara betul, gentleman..si marissa nie kena matang la dh dia rampas lg orang, ape2 pun dia ttp bwk gelaran penyondol
Quote laksmanabentan 17-4-2024 10:34 AM
Isninselasarabu replied at 17-4-2024 09:49 AM
Aku rase mcm umisya pulak yang tak matang dengan kakak umisya tu menceceh je dalam hubungan adik die ...

misya kalau matang camna tu uoollsss??
saya terima takdir ini (hidup bermadu) gitu???
saya sedar kekurangan saya dan tidak mampu beri kesempurnaan pada suami...
gitu????

penyondol kalau tak matang mmg kena hauk laaaaaa.....
da status penyondol nak manja2 gitu???
Quote Kancilkering 17-4-2024 10:37 AM
kalu ai le mak dia….BP x turun turun
Quote airmineral 17-4-2024 11:18 AM
harap selam boleh kawal bini2nya
ni bini sana sini berkutik, dia tidoo je ke?
ni baru 2 bini, belum 3 4 5 6 7 8 9 10 bini yihhhhhhhhhhh rimas!
selam ni kaler rambut ke?
Quote pembacagosip 17-4-2024 11:21 AM
chandrahusin replied at 17-4-2024 09:28 AM
nmpak matang bdk ni
jenis berani & keras hati

ye berani to the maxx
umur 19 g kawin lari
patut enjoy2 life masa zaman remaja
dah kahwin ni komitmen lain
Quote fifie_olin 17-4-2024 11:21 AM
diam la marissa
Quote doodlediddle 17-4-2024 11:26 AM
olaoli replied at 17-4-2024 10:23 AM
matang tidak. tapi berani and keras hati ya. kalau dia matang dia tak akan benda benda yang meluka ...

Setuju!!!!! Anda telah mengulas ape yg ade dlm benak hati ku. Syabassss bette!!
Quote Miawlover 17-4-2024 11:33 AM
olaoli replied at 17-4-2024 10:23 AM
matang tidak. tapi berani and keras hati ya. kalau dia matang dia tak akan benda benda yang meluka ...

Tak matang. Hanya fikir nafsu & kepentingan diri yg mungkin sementara je. Sgt jual ikan ye ank normiang ni.
Quote Miawlover 17-4-2024 11:35 AM
Isninselasarabu replied at 17-4-2024 09:49 AM
Aku rase mcm umisya pulak yang tak matang dengan kakak umisya tu menceceh je dalam hubungan adik die ...

Dah laki dia yg kena rampas, lg pun keputusan berpoligami tu keputusan yg dibuat oleh siselam dgn markissa ni kan? Keputusan mereka berdua bkn bertiga kan?
Quote seri_mawr 17-4-2024 11:35 AM
marissa ni dia darah muda...so apa dia nak dia nak jugak...
nak2 dia dgn aslam dah bersama sblm kawen kan..? huhuhu...

si aslam ni yang x reti nak kawal diri dah ada bini pi cari/rasa perempuan lain...mmg dasar jenis lelaki x reti nak setia dgn satu isteri....

apa pun korang dah kawen....semoga baik2 je tuk semua....

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.096124 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top