CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Esok Aku Mati Pun Tak Mahu Naik Batu Bagai’ – Kak KM

17-4-2024 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10887| Komen: 11

Description: Sudah menjadi lumrah, setiap kali bila tibanya bulan Syawal pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk menziarahi pusara insan tersayang.


Sudah menjadi lumrah, setiap kali bila tibanya bulan Syawal pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk menziarahi pusara insan tersayang.

Begitu juga dengan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli dilihat memuat naik video menziarahi pusara arwah bapanya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Kak KM menyifatkan Allahyarham bapanya seorang insan yang baik hati dan tidak pernah mempunyai perasaan dengki atau iri hati terhadap orang lain.

"Arwah papa Rosli orang baik yang tiada dosa sesama manusia. Tak tahu nak busuk hati, iri hati apatah lagi dengki.

"Dia orang baik ya Allah semoga Kau tempatkan papa Rosli dalam kalangan orang beriman dan tempatkan papa di syurga Mu ya Allah."

Sementara itu, anak perempuan kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu memberitahu bahawa dia pernah berpesan kepada anak-anaknya sekiranya dia meninggal dunia suatu hari nanti, dia hanya inginkan pusaranya ditanda batu nisan sahaja sama seperti Allahyarham bapanya.


"Dekat sini memang tiada siapa boleh buat tanda naik batu bagai. Nanti ingat aku tak mampu pula. Korang yang kubur elok-elok macam rumah banglo melawat tak. Aku pesan siap dah kat anak-anak, esok aku mati pun tak mahu naik batu bagai."

Dalam pada itu, Kak KM sempat membidas komen-komen netizen yang mempersoalkan tindakannya mencium batu nisan bapanya ketika sesi ziarah berkenaan.

"Suka aku lah nak cium kubur bapak aku bukan bapak kau."

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 17-4-2024 09:04 AM
mmg patut gitu le
kt mekah kubur kosong je tkde binaan
Quote supernaturalee 17-4-2024 10:48 AM
"Suka aku lah nak cium kubur bapak aku bukan bapak kau."


Quote Themilo 17-4-2024 12:01 PM
sama la. weols pun tak nak berkepok-kepok, berbatu kerikil bagai. cukup la tanda kat kepala satu, kat hujung kaki satu.
Quote Prickford 17-4-2024 12:06 PM
Geli plak tengok hakak sheolls yg baju hitam tu...eii
Quote Kurex 17-4-2024 12:24 PM
Kubur arwah abg iols pun hanya tanda guna batu jah..
Quote jihyomelly 17-4-2024 01:14 PM
kubur arwah parent iols pun gitu je takde apa2 melainkan batu nisan..iols nanti pun gitu je la..asal bertanda
Quote BellaThePrinces 17-4-2024 01:35 PM
Prickford replied at 17-4-2024 12:06 PM
Geli plak tengok hakak sheolls yg baju hitam tu...eii

betul...makin lama makin buruk plk perangai....tak ada adab ziarah kubur...baju gitu dah jadi pakaian harian dah...body out tapi tak sedar diri
Quote sleepandream 17-4-2024 02:15 PM
memang dalam isley pun tak boleh naik batu binaan pun kan...
Quote HoneyManjer 17-4-2024 03:11 PM
aku sorang...soknih mati sesorang apa..
hope ada la yg nguruskan mayat aku...
n takde la dok merapu rapu buat sekeliling kuboq aku tu
Quote mzzenma 17-4-2024 03:23 PM
mcm kubur arwah papa meolls mm ktorng naikkan batu..tapi takde tiles ke apa. Sebabnya kalau hujan habis tanah semua ke bawah. Kesian tengok kubur sebelah2 mendap habis tanah.
Quote lasagna 18-4-2024 10:42 AM
tak pernah pun tgk muka arwah somi acik normahdamanhuri ni..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.052388 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top