CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sungai Binjai di Pekan Meru melepasi tahap bahaya

17-4-2024 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5394| Komen: 2

Description: PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan pagi tadi menyebabkan paras air di Sungai Binjai, Pekan Meru, Klang mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya setakat pukul 11 tadi.


PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan pagi tadi menyebabkan paras air di Sungai Binjai, Pekan Meru, Klang mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya setakat pukul 11 tadi.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bacaan air di sungai tersebut mencatatkan 4.66 meter dimana ia menunjukkan trend menaik.

Selain itu, Sungai Buloh di Sri Aman, Kuala Selangor turut melebihi paras bahaya dengan menunjukkan trend menaik dengan bacaan sebanyak 7.67 meter.

Di Sungai Rasau di Tugu Keris, Klang pula paras air telah melebihi tahap bahaya namun menunjukkan trend penurunan setakat pukul 10.45 pagi tadi.

Dalam pada itu, dua sungai di Negeri Sembilan iaitu Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson dan Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau telah melepasi tahap bahaya akibat hujan berterusan pagi tadi.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang berserta hujan lebat yang berterusan dari semalam di enam negeri termasuk Selangor dan Negeri Sembilan sehingga 12 tengah hari ini.


MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, amaran cuaca buruk itu dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Pulau Pinang, Pahang (Bentong dan Temerloh), Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu), dan Pontian di Johor. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 17-4-2024 03:00 PM
Lepas cuaca panas membahang ramadan lepas, kini hujan membawa banjir plak. Moga dimudahkan urusan semua.
Quote jejai 17-4-2024 05:20 PM
jernihnya air

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.278081 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top