CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Waze’ bawa salah jalan, 100 kereta ikut belakang

17-4-2024 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8412| Komen: 23

Description: PETALING JAYA – Gara-gara mahu mengelakkan kesesakan, seorang pemandu sesat apabila mengikut arahan perjalanan yang diberikan oleh aplikasi Waze.


PETALING JAYA – Gara-gara mahu mengelakkan kesesakan, seorang pemandu sesat apabila mengikut arahan perjalanan yang diberikan oleh aplikasi Waze.

Menerusi perkongsian di laman Facebook oleh Demi Rakyat Channel, kesalahan Waze tersebut disedari ketika arah tuju itu membawanya sehingga ke lorong kecil di jalan Jempol, Negeri Sembilan pada pukul 7.35 malam semalam.

Berdasarkan rakaman, hampir 100 buah kenderaan yang telah mengekorinya mendapat nasib yang sama dan berhenti di satu kawasan rumah lalu berpatah balik ke destinasi yang betul.

Meninjau ke ruang komen, kejadian seperti ini boleh kerap berlaku kerana aplikasi ini akan bermasalah jika sambungan talian internet tidak berhubung dengan baik.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Pernah berhadapan situasi macam ini, waze bawa tempat yang sama tiga kali di belakang rumah orang,” komen Emma.


“Waze kalau ikut jalan kecil jangan ikut, kadang-kadang tak betul. Saya lebih suka guna google map,” komen Sarifahaini.

“Walaupun guna waze atau google map sekalipun, kita mesti juga percaya dengan firasat dan fikiran kita. Sebolehnya study (belajar) dulu jalan dan kawasan tu macam mana, kecik ke besar, private road (jalan persendiran) ke public (awam). Jangan ikut bulat-bulat map tu,” komen Shasha. 

Loading FB Post...

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-4-2024 06:39 PM
View route dulu.
Tgk bebetol.
Jgn buta² follow ckp waze.
Guna common sense sikit.
Quote Tinot7 17-4-2024 07:08 PM
Iols pakai gugelmap..
Quote belilies 17-4-2024 08:24 PM
Cemana heols tau 100 kete ikut heols sesat sama?
Quote kasibiman 17-4-2024 08:28 PM
Agenda zionis attack Malaysia
Quote monreyes 17-4-2024 08:31 PM
ni mesti nak masuk Kuala Pilah tapi sesat barat
Quote misc 17-4-2024 09:08 PM
Pernah kena mcm ni, kat Pahang jugak. Dah separuh jln patah balik sebab tak sanggup lalu jln kelapa sawit kiri kanan. Rasa mcm anytime cik ponti boleh terbang depan mata. Uiiiu seram gila masa tu. Lepas tu iols terus uninstall waze walaupun waze best sebab boleh chat dgn pengguna jln raya lain. Skrg guna google map je.
Quote kotakbaju 17-4-2024 10:45 PM
misc replied at 17-4-2024 09:08 PM
Pernah kena mcm ni, kat Pahang jugak. Dah separuh jln patah balik sebab tak sanggup lalu jln kelapa  ...

Iols boleh bayangkan uols lalu jalan dengan kelapa sawit kiri kanan dengan gelap takde lampu jalan. Memang seram betul ok. Iols pun penah lalu jalan camtu tengah2 malam. Tapi iols pejam je mata tak.sanggup nak tengok cermin depan atau sisi kiri kanan. Kang nampak benda lain
Quote Carcosa 17-4-2024 10:50 PM
Meols penah kena mcm gini. Tapi termasuk area workshop2, kilang2. Taknakla ckp bangsa apa kan.
Dahla meols drive sengsorang masa tu. Walaupun siang, tapi mata sekor2 dah dia tgk dia, dia pandang dia. Meols masa tu dah senak2 perut kecut. Takut diorang halang pakai kereta je, habislah meols. Time tu lah baru ingat Tuhan kan... Insaf kalau pikir balik.
Quote chocobozhere 17-4-2024 10:52 PM
Aku penah nak pg umah pakcik aku kt Mentakab lepas tu sesat sampai ke perkuburan lama. Ktrg guna Google map tapi dlm kg tibe signal lost. Pastu ktrg lost. Call fam member, patah balik dan tunggu kt masjid. Adik aku jemput kt masjid. Masa tu dh jam 5 petang mcm tu. Kalau magrib aku nangis kot sbb jalan dia jalan kecik kampung pedalaman sgt rasa, pastu jumpa signboard kubur lama. Haha. Ghisau ....
Quote azimodin 18-4-2024 08:11 AM
Waze ni kadang2 bengong sikit. Last year kat kelantan waze bawak jalan atas jambatan yg kecik bebenor. Yg bawak sedan pon nervous nak lalu. Bulan lepas waze bawak jalan2 ladang kelapa sawit sunyi, padahal nak elak jalan sesak dari banting nak ke sauja putra je pon.
Quote zafira 18-4-2024 08:22 AM
betul tu.. jangan lah percaya kat waze ni.. banyak kali terkena.. paling suspen nak jalan short cut konon masa kat Kulim.. sekali waze bawa pi perkuburan india.. rupanya jalan pintas tu motor je lepas, kereta tak lepas.. tak pasal2 terpaksa patah balik.. dah la malam dalam kul 9 masa tu.. cuak giler... nasib baik takde apa-apa..
Quote pinkpunk 18-4-2024 08:41 AM
google maps pun sama je. pernah kena kt siam.. bawak moto dia lalu tanah merah.. hanat tul.. nasib lepas tu dgr tokong siam berzikir, tau dah dekat ngn jalan beso.
Quote pp_gurl 18-4-2024 09:11 AM
aku paling tak caya kat waze...kalo kat google map tu at least kita blh zoom guna satellite view tgk betul ke tmpt tu blh lalu. Sll kalo jem aku guna google map je study jalan apa blh lalu
Quote ultra78 18-4-2024 10:11 AM
Guna lagi teknologi israel.
Quote chikumanis 18-4-2024 11:18 AM
macamana kereta yg kat belakang tu boleh terfollow dia?

me pernah kena..nak balik rumah je. jalan depan rumah tu jem. jadi, bila me nak masuk simpang ke rumah sendiri, tetiba ada 3bj kereta kat belakang. dah la tu jalan mati..last2 diorang semua uturn n keluar jalan besar balik, me masuk parking dalam garaj.

hadooiii...bukan tak pernah hadap jem jalan tu kan, dah kenapa nak follow orang? kan tak memasal kena pusing balik..
Quote cantthinkofany 18-4-2024 11:33 AM
aku banyak kali dah kena ngan waze ni....bawak aku pusing tempat yg sama tiga kali...dah la jam di ketiga2 kali tu....nyirap je
Quote MadameOnion 18-4-2024 02:01 PM
aku pernah guna waze disuruhnya aku merentas bendang..dia ingat kereta aku mesin bajak ke apa?
Quote SWORKS27 18-4-2024 02:03 PM
maps , waze sama je
tapi prefer maps lagi...
maps ni kadang2 jalan mudah dier bg jalan susah...
Quote kemaruk 18-4-2024 02:03 PM
macam tu je yahudi memperbodohkan saudara kita

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.054005 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top