CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nelayan Pantai Siring tangkap buaya tembaga 500kg

17-4-2024 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7759| Komen: 18

Description: JASIN – Penduduk di Pantai Siring dekat sini gempar apabila sekumpulan nelayan berjaya menangkap seekor buaya tembaga seberat lebih 500 kilogram (kg), pagi tadi.


JASIN – Penduduk di Pantai Siring dekat sini gempar apabila sekumpulan nelayan berjaya menangkap seekor buaya tembaga seberat lebih 500 kilogram (kg), pagi tadi.

Beberapa klip video berkaitan kejadian turut tular di media sosial memaparkan sang bedal itu ditambat menggunakan tali di pesisir pantai dipercayai bagi menunggu tindakan lanjut daripada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Turut hadir di lokasi adalah sepasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau bagi memberikan bantuan awal.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II, Mohd. Suffian Abu Bakar berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.06 tengah hari tadi.

“Jentera sampai pada pukul 12.17 tengah hari dan mendapati seekor buaya tembaga sepanjang lima meter telah berjaya ditangkap oleh nelayan di kawasan itu.

“Pasukan bomba telah berhubung dengan Perhilitan berkaitan penangkapan tersebut dan kami sedang berbincang mengenai pengangkutan bagi membawa haiwan tersebut ke pusat konservasi,” katanya.

Terdahulu, salah satu klip tular video berdurasi 25 saat turut memaparkan beberapa penduduk kampung dilihat datang ke lokasi semata-mata bagi merakamkan gambar bersama haiwan pemangsa itu. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 17-4-2024 05:22 PM
dulu ada sorang ex gefren bangkem ni ajak mandi pantai

bangkem cakap taknak sebab takut buaya

dia kata "eh mana ada buaya dekat air masin" sambil gelak2 kat bangkem di samping teman2 kami yang lain

haaa ini buktinya

jap bangkem tengah cari profile facebook dia jap, nak share kat dia berita nih
Quote jejai 17-4-2024 05:25 PM
kemain la mokcik tu duduk atas belakang buaya nak bergambar..kena libas ngan ekor tak pasal je
Quote dua_chzy 17-4-2024 05:56 PM
Ni kalau buat gulai kari boleh kasik makan 1 kampung 500 orang penduduk.
Quote dua_chzy 17-4-2024 05:57 PM
jejai replied at 17-4-2024 09:25 AM
kemain la mokcik tu duduk atas belakang buaya nak bergambar..kena libas ngan ekor tak pasal je

Tu la. Boleh dia tayang bontot gitu kat kamera yang nak ambik gamba jejanz tu.
Quote Thunderclouds 17-4-2024 06:35 PM
Binatang prehistoric.
Konpiden meno duduk atas boye.
Ekor saje lg beso dr badan mokcik.
Haih.
Quote Tinot7 17-4-2024 06:42 PM
kemaruk replied at 17-4-2024 05:22 PM
dulu ada sorang ex gefren bangkem ni ajak mandi pantai

bangkem cakap taknak sebab takut buaya

Alang2 tu share kat sini sekali profil dia.. voley kami tau taste bangkem tinggi ke dak..
Quote Tinot7 17-4-2024 06:44 PM
Boya ni nnt letak masuk dlm taman boya ka apa?
Quote sharlenetexas 17-4-2024 06:47 PM
Besaunya.



Quote makneng 17-4-2024 06:55 PM
Wahhh makin pemes lah pantai siring lps ni. Dah lama x pegi wpun dekat dgn rmh.
Quote Kitty_catz 17-4-2024 07:09 PM
boya 4 kaki ni tak heran

nak boya darat 500kg hat 2 kaki.. baru la heran

obese2 pun berbisa
Quote AbukRokok 17-4-2024 07:21 PM
hawau betul.. kat mana2  ada buaya
Quote airfilterkotor 17-4-2024 09:08 PM
Kalu Pengkalan Balak atau PD tu boleh la agak dia mari Sg.Linggi.
Yg ni... mari Sg.Rambai ke acaner.

Paper ni kata 500kg.
Paper lain kata 2 tan.
Paper omputeh kata setan (1 tan bukan syaitan).
Mana satu betui ni mat.
Quote kemaruk 18-4-2024 12:52 AM
Tinot7 replied at 17-4-2024 06:42 PM
Alang2 tu share kat sini sekali profil dia.. voley kami tau taste bangkem tinggi ke dak..

bangkem dah tengok tadi
last update status 17 mac 2016, yakni kebetulan 7 hari selepas putus ngan bangkem

status terakhir letak gambar teddy bear hitam putih tengah nangis pastu ada pisau kat sebelah teddy bear tu

pastu dalam komen ramai orang ucap innalillah dan sedekahkan al fatihah

bangkem tak tau kenape, maybe ada ahli keluarga ex gefren bangkem tu yang meninggal kot
Quote Tinot7 18-4-2024 03:05 AM
kemaruk replied at 18-4-2024 12:52 AM
bangkem dah tengok tadi
last update status 17 mac 2016, yakni kebetulan 7 hari selepas putus ngan  ...

Salam takziah kpd keluarga dia..

Now takde bukti taste bangkem
Quote supernaturalee 18-4-2024 08:53 AM
kena cek sekitar pantai/laut tu
mesti ada partner, suku sakat jgk tu

rare ni
Quote KamikuP 18-4-2024 10:08 AM
ee MAKCIK TU kemain begambo kat ekor boya tu ek
Quote kemaruk 18-4-2024 05:01 PM
Tinot7 replied at 18-4-2024 03:05 AM
Salam takziah kpd keluarga dia..

Now takde bukti taste bangkem

taste bangkem tak la tinggi sangat

dapat yang cenggini pon cukuplah

[tiktok]7153515107631320346[/tiktok]
Quote Tinot7 18-4-2024 07:19 PM
kemaruk replied at 18-4-2024 05:01 PM
taste bangkem tak la tinggi sangat

dapat yang cenggini pon cukuplah

Tolong la bangkem.. prasan tahap petala langit 7..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057038 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top