CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masalah rumah tangga, Operator kilang maut disyaki dikelar suami

10-6-2024 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11875| Komen: 24

Description: KLANG – Masalah rumah tangga berlarutan sejak dua tahun lalu membawa kepada tragedi berdarah membabitkan seorang operator kilang yang dikelar suaminya di kediaman mereka di Pangsapuri Palma, Bandar B ...


KLANG – Masalah rumah tangga berlarutan sejak dua tahun lalu membawa kepada tragedi berdarah membabitkan seorang operator kilang yang dikelar suaminya di kediaman mereka di Pangsapuri Palma, Bandar Botanik di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun itu mempunyai 12 kesan hirisan luka dan kelar antaranya di telinga, dagu dan leher.

Kejadian menyayat hati itu dimaklumkan sendiri adik suspek yang membuat panggilan kecemasan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui mangsa terbaring di atas katil rumah berkenaan dengan kesan kelar di leher dan tangan kanannya.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek yang berusia 31 mempunyai seorang cahaya mata iaitu bayi perempuan berusia enam bulan.

“Bagaimanapun didapati mereka mempunyai masalah rumah tangga sejak dua tahun perkahwinan mereka,” katanya di sini.


Beliau memaklumkan, suspek yang juga pemandu lori direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 14 Jun depan bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan” jelasnya.

Terdahulu, insiden tersebut turut tular menerusi video berdurasi 33 saat di laman aplikasi X.

Sementara itu, seorang penduduk berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat kawasan berkenaan dipenuhi polis pagi kelmarin.

“Saya pada awalnya menyangka mungkin hanya kes biasa sebelum mengetahui ia melibatkan kes bunuh. 

Sumber -KOSMO!ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 10-6-2024 08:14 AM
Bangsa apakah? Innalillah.  Berhantu la rumah tu.
Quote Suchi 10-6-2024 09:09 AM
Erk anak kecik lagi baru 6 bulan

Kat indo skrg ni tgh kecoh kes polis bakar laki dia yg juga polis lepas cek belen gaji laki tinggal 800rb jer

Masalah umah tangga biarlah berakhir dgn penceraian bukannya pembunuhan.
Quote syamzana 10-6-2024 09:24 AM
Suchi replied at 10-6-2024 09:09 AM
Erk anak kecik lagi baru 6 bulan

Kat indo skrg ni tgh kecoh kes polis bakar laki dia yg juga polis  ...

dia saspek lakinya blanje skandal ke sbb apa??
kot bayar expenses itu ini kat msia ni yg tgl baki rm50 pun ada
dahsyat sgt bini pun

***ada mslh rumahtangga 2thn dah....ujung2 ada bby umur 6bulan
Quote dua_chzy 10-6-2024 09:29 AM
syamzana replied at 10-6-2024 01:24 AM
dia saspek lakinya blanje skandal ke sbb apa??
kot bayar expenses itu ini kat msia ni yg tgl baki ...

Sorang tu ja anak meka. Ok la.
Quote dua_chzy 10-6-2024 09:29 AM
Takziah.

Tatau nak komen apa. Simpati dengan mangsa domestik violence.
Quote prettyuglybabe 10-6-2024 09:36 AM
kat klang dengan kelar-kelar ni, probably kelly..
Quote menjad 10-6-2024 09:37 AM
dah tak suka cerai jer lah wei... pehal ko nak bunuh anak orang ... kesian anak ko dah tak der ibu.

Quote Firenzza 10-6-2024 09:38 AM
Lenkali reporter bagi la berita penuh motif bunuh...aiyooo
Quote LoveSungmin 10-6-2024 10:21 AM
prettyuglybabe replied at 10-6-2024 09:36 AM
kat klang dengan kelar-kelar ni, probably kelly..

betul, bangsa ni la..
Quote Prickford 10-6-2024 11:05 AM
Apa la yg dipikirnya. Anak 6 bulan tu hilang mak ayah serentak. Mak meninggal, ayah ke dalam la jawapnya.
Quote monreyes 10-6-2024 11:25 AM
mabuk todi la tu
Quote BoongaKertas 10-6-2024 01:39 PM
hrp dok dlm penjara mereput dlm tu jantan x guna ni
Quote Neno90 10-6-2024 02:02 PM
Alahai. Kesiannya
Quote sukacactus 10-6-2024 02:06 PM
Dua tahun kawin pun dah byk problem, maknanya tak compatible la tu
Bodoh sgt sampai bunuh2 jln penyelesaiannya
Quote hokeypokey 10-6-2024 02:13 PM
sian baby tu mak mati ayah plak dlm penjara
Quote I.K.A888990 10-6-2024 02:22 PM
bunuh je la lahanat ni
dah tak suka berpisah je la...
sampai berbunuhan bagai kau jgk yg ke dalam
Quote asmurai 10-6-2024 04:00 PM
Itu sebab lah orang perempuan takut nak kahwin sekarang ni. Terkahwin dengan lelaki psycopat bila marah duk kerat kerat orang naya oiii.
Quote plywood 10-6-2024 04:26 PM
Pergh kawin cinta duit dan sex semuanya dah... tapi semua itu tak menjamin hubungan yang baik lelaki dan permpuan yg berkekalan...

Quote toynme 10-6-2024 05:20 PM
asmurai replied at 10-6-2024 04:00 PM
Itu sebab lah orang perempuan takut nak kahwin sekarang ni. Terkahwin dengan lelaki psycopat bila ma ...

bukan takut nak bersuami....tapi lagi pilih hidup sendirian....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.341957 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top