CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedih di hati bukan kepalang kenang nasib rakyat – Muhyiddin

10-6-2024 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6375| Komen: 18

Description: KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akui sedih di hatinya bukan kepalang apabila memikirkan kesan kepada rakyat impak daripada kenaikan harga diesel sebanyak RM ...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akui sedih di hatinya bukan kepalang apabila memikirkan kesan kepada rakyat impak daripada kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20 atau 56 peratus daripada kadar sebelum ini.

Jelas Presiden Bersatu itu, kenaikan diesel itu amat tinggi sekali gus tidak mengendahkan nasib rakyat yang sudah cukup terbeban.

“Sedih saya mengenangkan bebanan yang ditanggung rakyat dek pengumuman kerajaan mengenai penetapan harga diesel pada kadar RM3.35 seliter bermula hari ini. Saya mendidik diri agar sentiasa prihatin dengan keluhan rakyat dan itu yang saya terjemahkan ketika memegang tanggungjawab dan harapan rakyat sebagai Perdana Menteri.

“Langkah PH-BN ini sekadar bukti menunjukkan mereka tidak peka terhadap keluhan rakyat.

“Kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20 atau 56 peratus berbanding sebelumnya adalah amat tinggi dan tidak mengendahkan nasib rakyat yang cukup terbeban dengan inflasi dan kos sara hidup yang sudah tinggi.


“Peringatan saya di Parlimen supaya pelaksanaan penyasaran subsidi langsung tidak diendahkan.

Sedih di hati bukan kepalang apabila memikirkan kesan kepada rakyat,” luah bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, kenaikan harga diesel secara mendadak ini akan mengakibatkan kejutan ekonomi yang akan merebak ke seluruh pelusuk negara dan menyebabkan kesan gandaan (multiplier effect) kepada sektor ekonomi dan sosial yang lain.

Ujar Muhyiddin, beban ini jika ditaksir mungkin kosnya kepada rakyat adalah jauh lebih besar daripada RM4 bilion yang dapat dijimatkan dari penyasaran subsidi ini. Apakah ini berbaloi?

“Oleh kerana sistem ekonomi negara tidak efisien dan gagal diurus dengan baik oleh pucuk pimpinan kerajaan, maka rakyat akan menghadapi kesulitan hidup yang lebih teruk.

“Saya tidak yakin Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKDS) yang hanya terhad kepada jenis-jenis kenderaan komersil tertentu sahaja dapat mengatasi masalah kenaikan kos dalam rantaian bekalan.

“Syarat-syarat yang dikenakan ke atas penerima bantuan subsisidi diesel menerusi skim Budi Madani juga ketat yang boleh menyebabkan sebahagian besar pengguna tidak layak mendapat bantuan. Ini termasuk petani dan pekebun kecil yang menggunakan jentera diesel bagi mengeluarkan produk pertanian.

“Bagi yang layak menerima bantuan pula, jumlah RM200 sebulan pastinya tidak memadai untuk menampung kenaikan harga diesel yang terlalu tinggi. Akhirnya kenaikan kos dalam rantaian bekalan akan tetap berlaku dan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna,” kata Muhyiddin.

Tegas beliau, penyasaran subsidi diesel tanpa langkah komprehensif untuk menampan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat adalah satu keputusan buruk yang dibuat oleh kerajaan. Kesannya akan dirasai serta merta.

“Ini hanya permulaan. Saya ingin mengingatkan bahawa rakyat akan lebih terbeban apabila kerajaan menarik balik subsidi RON 95 tidak lama lagi,” kata beliau.

Sumber : Suara.TV

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 11-6-2024 12:17 AM
Manifesto melayang-layang.
Quote zuriey 11-6-2024 07:56 AM
Apa je pencapaian ko sembab
Quote pokokmeranti 11-6-2024 08:34 AM
salah kamu juga, bila diberi peluang bentuk kerajaan perpaduan dgn UMNO/BN kamu sombong dgn alasan tak nak Zahid yg sakau duit. lihatlah skrg yg tengah di dakwa sbb sakau duit adalah anak hamzah dan menantu hadi... sakauuuuuuuuuuuuu
Quote noor2 11-6-2024 08:38 AM
Dah jadi PM ..terus hilang sedih kat rakyat
Quote Decaffeinated 11-6-2024 08:41 AM
Rakyat pun sedih bukan kepalang kenang nasib abah kau. Semoga sihat hendaknya.
Quote harkktuih 11-6-2024 08:45 AM
wak tak sedih kenang nasib menantu ke? dah mkn ke tidak menantu tu..
Quote Mary_jane 11-6-2024 09:02 AM
Baik abah fikir nasib sendiri. Pandailah rakyat nak survive.
Quote nusaraya 11-6-2024 09:11 AM
Edited by nusaraya at 11-6-2024 11:09 PM
zuriey replied at 11-6-2024 07:56 AM
Apa je pencapaian ko sembab

Inlah bukti jika banyakyang mengatakan bahwa politikus itu hakikinya adalah seorang munafik  dan X boleh dipercaya ....mengatas namakan penderitaan rakyat tetapi pada hakekatnya Muhyiddin sangat takut jika anak dan menantunya diangkap dan dihukum karena pernah melakukan atau menerima rasuah ketika Muhyiddin masih berkuasa sebagai pemimpin parti/PM ....

Bagi  politikus  ... Lidah itu X bertulang ...

Jangan-jangan anda semua X sedar telah menjadi kurban dari  mitos-mitos, dongeng-dongeng dan  propaganda-propaganda  yang penuh dengan kebohongan dan kepalsuan + manipulasi agama dan rasial yang secara sistematis mereka  (parti-parti  melayu seperti UMNO/BN dan lainnya) ciptakan agar anda terus hidup dalam dunia ilusi dan kungkungan mereka ) ...  

Tujuannya apa ?

Agar anda semua terus hidup dalam dunia khayal, terus  menghamba dan memilih mereka atau parti mereka dalam PRU untuk terus berkuasa (atau dengan kata lain ....untuk mendapatkan legitimasi agar dapat terus menipu anda....

Jangan khawatir dan Cemas ... Hal yang sama juga dilakukan oleh negara-negara lainnya... Tetapi  yang dilakukan di Malaysia itu  LEBIH KOTOR  dan LEBIH JOROK  karena menggunakan pola-pola yang berbasis Racism, Apartheid dan Politik Perkauman Divide at Impera yang sangat berbahaya karena dapat mengancurkan atau merusak rasa persatuan ....Hehehehe.
Quote j3m4h 11-6-2024 09:53 AM
Kuat ponteng parlimen dgn tdo masa bersidang…pekej bapak lockdown!disamping menyakau! Bermenantukan hantu!
Quote tripleid 11-6-2024 01:01 PM
Sedihhh kononnn...


Quote akusukaq 11-6-2024 01:28 PM
tripleid replied at 11-6-2024 01:01 PM
Sedihhh kononnn...

Bila pemimpin munafek camni lah sembang dia..bila hilang kuasa dia sedeh, bila dapat kuasa dia sakau
Quote 3chanceno 11-6-2024 03:29 PM
Sedih tak jumpa menantu ke tu?
Quote Noraniza_Iblis 11-6-2024 06:49 PM
ramai betul walanon yg suke mandi air kencing bangnon dlm ni..haha, yg dijanji kn minyak rm1.50, yg di buat tarik subsidi..plot twist sungguh...
Quote Firenzza 11-6-2024 07:00 PM
Edited by Firenzza at 11-6-2024 07:01 PM
Noraniza_Iblis replied at 11-6-2024 06:49 PM
ramai betul walanon yg suke mandi air kencing bangnon dlm ni..haha, yg dijanji kn minyak rm1.50, yg  ...


Walanon dh x blh buat apa kekonon sokong madanon sbb dh terlajak bergolok bergadai nk menangkan nuart ex banduan berguling atas jln  ujong2 dibalas taik....hanya mampu nangis bucu katil
Quote ninanoni 11-6-2024 07:12 PM
harga mahai takpe..biar duit yg dapat tu dimanfaatkan sebaiknya..bukan disakau anak beranak menantu masuk kantung
pastu buat modai pilihanraya 50 juta dalam bilik senang2 je bagi
Quote ctaz 11-6-2024 08:14 PM
geng2 dlm ni mesti rindau nak baring2 ateh jalan.....
tapi tak leh nak buat....sebab dah byk teguk ayo kencing.......



SAYA ULAM!!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote nw111 11-6-2024 08:31 PM
Semoga semua politicians lahanat tak kora dari parti mana..pkr, dap, bersatu, pas ,amanah, umno, mca, mic..semua2 lah..yg kaki menipu n temberang rakyat, kena rejam kat neraka jahanam...
Quote Kurex 11-6-2024 08:49 PM
Noraniza_Iblis replied at 11-6-2024 06:49 PM
ramai betul walanon yg suke mandi air kencing bangnon dlm ni..haha, yg dijanji kn minyak rm1.50, yg  ...

fetish air kencing

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052157 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top