CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga kereta dah turun belum? Najib tanya Rafizi

10-6-2024 10:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7157| Komen: 31

Description: KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulangkan ‘paku buah keras’ kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli terkait kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulangkan ‘paku buah keras’ kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli terkait kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20.

Kata Najib di Facebooknya, dulu Rafizi pernah membidas Najib tak turunkan harga kereta sebelum naikkan harga diesel 3 sen selepas subsidi dihapuskan.

“Kini harga diesel naik RM1.20 sen (40 kali ganda berbanding kenaikan masa Najib hapuskan subsidi diesel).

Jadi, harga kereta dah turun belum? MyVi baru RM25,000, Honda Civic RM63,000 boleh tempah kat showroom mana di Pandan? tempelak Najib.

Pada 13 September 2013, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi pernah menulis di blognya bahawa beliau akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional (BN) mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.

Katanya, BN sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak. Sebaliknya BN tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.


“Sebenarnya, sebuah isi rumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70 peratus dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding
jumlah subsidi minyak yang diperolehi.

“Secara purata sebuah isi rumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isirumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan.

“Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isi rumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan,” catat Rafizi.

Dalam hantaran berikutnya, Najib juga menyindir Rafizi dengan mempersoalkan adakah tindakan Kerajaan Madani hari ini sedang menghukum rakyat atas kegagalan mereka sendiri?

Bahkan Najib menempelak Rafizi yang menyatakan kenaikan RM1.20 harga diesel sebagai formula terbaik pernah ada.

Sumber : Suara.TV

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikaido 10-6-2024 11:34 PM
pru 13 najib ckp nak turunkan harga kereta sampai skrg xturun2 dah 10thn dah
Quote sharlenetexas 10-6-2024 11:38 PM
Najib tanya piji tu. Jawablah piji? Pertama, piji tanya adakah najib bertanya dari penjara?


Quote kemaruk 11-6-2024 12:17 AM
Edited by kemaruk at 11-6-2024 12:19 AM

masih ingat tak lagi

dulu pensokong PH lah yang terpaling mewakili suara rakyat
terpaling di barisan hadapan dan vokal mempertahankan hak rakyat

sekarang segala keluhan rakyat diperlekehkan, diejek, dihina

mengapa bah kau berubah

sekali air bah sekali pantai berubah

sekarang tinggal nak cover malu jah
Quote zuuu 11-6-2024 01:33 AM
Apa jawapan rafizi???
Quote pokokmeranti 11-6-2024 07:53 AM
klu kete turun harga maka semakin byk kereta mampu dibeli, akibatnya penggunaan petrol meningkat secara tidak langsung meningkatkan subsidi kerajaan- si sotong munafik
Quote BoongaKertas 11-6-2024 08:04 AM
cpt triggered lah piji skrg. ke dr dulu mcm tu? emo tol jwp soalan pakcik tu
Quote tripleid 11-6-2024 08:44 AM
Edited by tripleid at 11-6-2024 12:00 PM

bodoh punya banduan..ko pikir psl nak kete murah je..pasal lagi byk org beli kete bermakna jalan makin jem dan bumi makin tercemar dgn gas global warming ko tak pikir??



Quote Decaffeinated 11-6-2024 08:53 AM
"... duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan...”

Belum cerita faedah keatas pinjaman. Yang untung nya bank lah.
Quote Decaffeinated 11-6-2024 08:58 AM
pokokmeranti replied at 11-6-2024 07:53 AM
klu kete turun harga maka semakin byk kereta mampu dibeli, akibatnya penggunaan petrol meningkat sec ...

Aku rasa kadar pemilikan kereta di malaysia ni dah near saturation lah. Semua yang nak berkereta dah ada kereta walau pun tak berapa nak mampu.
Quote ultra78 11-6-2024 09:28 AM
Kalau dibuang duti eksais pun harga kereta tempatan pun masih mahal bagi golongan marhaen. Kos nak produce kereta tu sendiri mahal. Kalau nak turunkan kos tiru cara Tesla . Nanti boleh buang ramai pekerja. Tapi benda ni contradict dengan hasrat kerajaan untuk produce lebih banyak peluang pekerjaan. Punca masalah adalah Malaysia ni tak ada economy of scale utk kilangkan kereta untuk pasaran tempatan.Kos lebih mahal untuk buat di Malaysia berbanding di China.

Jika nak kira tax berdasarkan consumption, maka adalah lebih wajar jika tax dikenakan ke atas bahan api itu sendiri. Ini bermakna petrol dan diesel dijual pada harga pasaran dunia dan selepas itu dikenakan tax pada federal level. Tiru mcm kat US.

Sebenarnya lebih cerdik jika duti eksais kereta dihapuskan dan diganti dengan cukai ke atas penjualan petrol dan diesel. Ini bermakna nak beli kereta itu lebih murah tetapi nak operate lebih mahal.
Quote venom1 11-6-2024 09:32 AM
ultra78 replied at 11-6-2024 09:28 AM
Kalau dibuang duti eksais pun harga kereta tempatan pun masih mahal bagi golongan marhaen. Kos nak p ...

Setuju. Orang mampu beli kereta tapi fikir 10kali nak isi minyak. Better guna public transport. Implikasi - kurang kemalangan jalanraya, jalan tak rosak selalu, pusat pelancongan tak diserbu macam semut.
Quote beni_nikaido 11-6-2024 09:40 AM
hahahaha
Beni ingat lagi rafizi kata dia ada formula untuk turunkan harga kereta dulu
Quote Triple_8 11-6-2024 10:36 AM
Sebelum bercakap pasal public transport ke hulu ke hilir macam walanon seekor tu, biarlah public transport M'sia ni setaraf dengan Mesir dahulu...
Quote blue_blur 11-6-2024 11:00 AM
tripleid replied at 11-6-2024 08:44 AM
bodoh punya banduan..ko pikir psl nak kete murah je..pasal lagi byk org beli kete bermakna jalan mak ...
Pada 13 September 2013, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi pernah menulis di blognya bahawa beliau akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional (BN) mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.
kan dia perli piji tu, masa bangkang sembang boleh la.... da jadi menteri, masih sembang lagi aja.....
Quote syamzana 11-6-2024 11:21 AM
sama je la mana2 pun. bila jadi pembangkang dan2 bijak blake, bila berpeluang jadi gomen dan2 otak kat lutut blake.
dia ni maybe otak kembali berfungsi sejak register phd kot
Quote mojarean_X 11-6-2024 11:24 AM
sharlenetexas replied at 10-6-2024 11:38 PM
Najib tanya piji tu. Jawablah piji? Pertama, piji tanya adakah najib bertanya dari penjara?

Semoga sihat walafiat lah najib walau di mana pun beliau berada. Btw setiap kali lalu taman duta iols mesti mengintai dari jalan blkg kediaman najib tu. Tp skang dh x bole sbb dh diblock oleh penghadang.
Quote grouper 11-6-2024 11:26 AM
Najib mangsa scammer jho low...kesian dia klau x masih jadi pm lagi diesel pun murah lagi
Quote mojarean_X 11-6-2024 11:26 AM
[youtube]Qo-Ok5bo2ZE?si=waEMNyCrjnMXjUqE[/youtube]
Quote IzzahF 11-6-2024 11:31 AM
keta banyak2 kat malaysia ni nk buat apa? buat la public transport, bykkan lrt mrt kat semua ceruk supaya mudah org nk pg keje dan urusan harian


keta byk2, besar2 pun jalan jammed mcm jilaker nk buat apa? kita nak hidup lebih selesa, pg balik keje mudah boleh tido aman2 kat rumah bukan bercanda ria dlm keta berejam2 atas jalan raya

ala bodo menteri2 malaysia jaman now

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.153121 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top